BAB 24

50 4 0
                                        

LISA perasan sejak perginya Mikhael beberapa hari yang lepas, keadaan Nara seperti hilang arah. Nara kelihatan tidak fokus dengan rutin hariannya. Kawannya itu banyak kali termenung kadang perilakunya seakan menanti khabar dari seseorang. Banyak kali membelek telefon pintarnya  dan kesudahan wajah sugulnya yang jelas ketara.

"Kau ni...janganlah macam ni memanjang. Laki kau tu bukannya pergi buat selamanya. Terlebih drama pula kau ni, Nara!" Omel Lisa bila sekian kalinya dia tidak tahan melihat penderitaan kawannya itu.

Nara yang duduk di sofa itu, langsung menoleh pada Lisa. Wajah muramnya dia bagi. Tidak ada ceria seperti sebelumnya.

"Aku dah sayangkan dia, Lisa. Kali ini aku tahu dia pergi lama dan aku rindukan dia," ujar Nara, dia jelas tidak bermaya.

"Kau tenanglah. Diakan dah cakap dia akan balik. Kau tunggu je. Dia akan balik cepat sebab aku tahu dia pun rindukan kau juga," Lisa mendekat lalu memujuk kawannya itu.

Bahu Nara diusap lembut. Nara seraya melentokkan kepalanya pada bahu Lisa. Untuk saat ini, dia mahu sandaran. Sungguh dia tidak kuat bila harus berjauhan begitu lama dengan suaminya. Dia bencikan perpisahan.

"Apa kata besok kita pergi keluar? Nak tak?" Lisa mendapat cadangan dek kebosanan terperap di dalam rumah itu sahaja.

Nara lama terdiam. Masih berfikir dengan cadangan Lisa. Entah bagaimana dia nak beritahu pada Mikhael nak minta izin keluar. Beberapa mesej dia hantar beberapa hari sebelumnya belum berbalas. Belum dibaca suaminya. Mungkin tempat di sana tidak punya akses pada internet. Risau Nara dibuatnya.

"Jangan risaulah...laki kau baik-baik je di sana. Dia tahulah nak jaga diri dia di sana. Daripada kau terperap di dalam rumah ni bagus kita keluar jalan-jalan esok. Jangan peningkan kepala kau dengan keadaan suami kau. Relax and breathing like nothing happen,"

Nara mula mengakui dengan bicara Lisa itu. Dia lantas ukir senyuman. Mungkin dia perlu suasana luar untuk tenangkan dirinya. Padahal dia tahu Mikhael bukan pertama kali melakukan pekerjaan merbahaya itu. Tapi dia sangat merindui suaminya itu. Mikhael langsung tidak menghubunginya selepas perginya. Itu yang membuat Nara risau sangat. Takut ada apa-apa berlaku pada suaminya itu.

"Ouh ya...aku ada cerita nak kongsi dengan kau. Good news...aku dah ada pilihan hati," Lisa tersenyum. Langsung tidak peduli dengan muka tidak percaya Nara saat dia memberitahu tadi.

"Betul ke? Siapa? Aku kenal ke?" soal Nara, mula berminat untuk mengetahui kisah hidup kawannya itu.

Lisa mula duduk santai dan menghadap Nara. Mukanya nampak gembira sekali.

"Dia satu kampus dengan kita. Tapi dia senior kita," beritahu Lisa begitu gembira sekali.

"Siapa?" tanya Nara yang sedari tadi ingin tahu nama lelaki yang dah berjaya mencuri hati kawannya itu.

"Dia dah hot sekarang ni. Makin hensem. Aku pun tak perasan dia,"

Nara mula panas dan tidak sabar. Cepat sahaja dia menggesa Lisa supaya tidak membuatnya berteka-teki siapa lelaki itu. Malas nak tebak siapa lelaki itu. Dulu dia bukan ada crush mana-mana lelaki di kampus. Dia pendiam dan tidak banyak kawan. Lisa seorang sahaja yang jujur menganggapnya kawan.

"Emir Majid," ujar Lisa dengan senyuman malunya. Eiii...geli pula Nara tengok.

"Ouh...mamat pakai kacamata tu ya...dia kerja apa? Macammana boleh kau jumpa dia?" kini Nara lebih berminat untuk mengetahui kisah pertemuan mereka.

Lisa senyum kambing. Ish, parah pemandangan mata Nara kala itu. Sakit matanya melihat Lisa yang sepertinya hanyut dalam perasaan cintanya dengan lelaki bernama Emir itu.

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang