TUBUHNYA didorong dengan kasar sekali. Hendak memberontak, tubuhnya masih diikat dengan tali. Kepalanya pula masih ditutup dengan kain. Dia betul-betul mahu membebaskan dirinya namun agak sukar. Anak buah Miguel terus menerus memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Dan lelaki itu terus menghilang entah ke mana. Dia sepertinya sedang sibuk menjawab panggilan dari seseorang.
"Kill them all!" Suara Miguel kedengaran memberi arahan.
Mikhael terus memberontak bila tubuhnya ditarik tanpa belas mengikuti langkah orang tersebut. Sepertinya dibawa haluan berbeza dari kawannya yang lain. Mikhael terus sedaya-upaya mengeluarkan pisau lipat kecilnya dari poket seluarnya yang tersembunyi. Meskipun terikat namun tangannya dapat membuat pergerakan kecil.
Tubuhnya ditolak dengan kasar ke bumi. Mujur pisau lipat itu masih kejap di dalam genggaman tangannya. Kedengaran arahan diberi dari suara walkie talkie. Mikhael merasakan ada tali yang sedang mengikat lehernya. Peluhnya merenik di dahi. Tangannya cuba bergerak untuk memutuskan tali di pergelangan tangannya.
Derapan tapak kaki seseorang mendekat kembali. Serentak itu kain yang menutup kepalanya dibuka. Mikhael memandang ke depan pada lelaki bawahan yang membawanya ke tempat itu. Mikhael sedaya upaya mengawal wajahnya untuk kelihatan tenang.
"Now!"
Kedengaran arahan diberi melalui walkie talkie di genggaman tangan lelaki itu. Dia pandang jam di tangannya dan tangannya diangkat ke udara, serupa memberi arahan. Mikhael tidak mengerti dan saat itu dia merasakan leher rasa terjerut oleh tali di lehernya.
Noooo!
Mikhael tidak sempat bersuara menjerit bila merasakan tubuhnya melayang ke awangan. Tubuhnya masih terikat dan sukar untuk dia membebaskan dirinya dari kematian. Dia terkapar-kapar untuk bernafas. Suara tidak kedengaran, tersekat di kerongkong. Sakit dilehernya maha hebat sekali.
Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku.
Mikhael pejam mata dan dapat dia rasakan air mata jernihnya begitu mudah membasahi pipinya. Wajahnya memerah, bibirnya kian memucat. Inikah takdir untuknya? Inikah akhir untuk hidupnya? Dia belum sempat membahagiakan isterinya, bahkan menyelami lebih dalam kekuasaan Allah.
Mikhael diam dan rela dengan nasibnya. Pisau lipatnya hilang entah di mana. Mungkin terjatuh saat tubuhnya ditarik dan tergantung di bawah pokok itu. Tiada jalan keluar untuknya. Di depannya ada kematian yang menantinya.
Inikah lima belas minit yang menyakitkan itu? Kedengaran sekejap namun menyakitkan sekali. Tali itu terus menerus menjerut lehernya sehingga tersiat kulitnya. Seakan mahu terpisah dari tubuhnya.
Nara...Ya Allah!
Semoga lima belas minit itu berlalu dengan cepatnya kerana dia tidak tahan merasai kesakitan itu.
Dushhhh!
Tembakan kedengaran. Namun rasanya terlambat bila nyawanya kini di hujung tanduk. Penglihatannya kian kelam dan akhirnya gelap gelita.
"Cepat lepaskan tali itu!" Ada suara seseorang memberi arahan.
Sekali potong sahaja, tubuh Mikhael yang tergantung itu akhirnya jatuh tersembam ke tanah. Seseorang memeriksa keadaannya namun wajahnya jelas kekhuatiran.
Gelengan kepala diberi.
HAMPIR tiga minggu dah berlalu, namun tiada khabar dari suaminya. Masih lama lagi tugasannya selesai? Nara tidak senang duduk. Lenanya pun kadang tidak tentu. Makannya pun hanya sedikit. Tidak berselera bila hatinya resah akan sesuatu. Berat badannya pun rasa sedikit menurun. Kakinya yang terkehel pun sudah sembuh sedikit. Dia boleh berjalan macam biasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...