USAI solat subuh berjemaah tadi, Nara kembali ke biliknya. Dia perasan kelibat Mikhael tidak berada di ruang tamu tadi. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia mencari kelibat suaminya dan kelihatan Mikhael sedang berbaring di atas katil. Kedengaran dengkuran halus. Sah suaminya terlelap kembali. Nara tidak jadi mendekati katil itu lalu keluar semula. Tidak mahu menganggu lena suaminya yang dalam kepenatan itu. Di tangga ketika hendak turun, dia terserempak dengan Dira. Nampaknya kakaknya itu pun tidak boleh nak sambung tidur.
"Jom lepak dekat luar rumah," ajak Dira.
Nara menurut. Dia lantas mengekori langkah kakaknya menuju ke pangkin bawah pokok tidak jauh dari rumah. Mereka duduk di pangkin itu dan menikmati suhu kesejukan di awal pagi.
"Macammana hidup adik sekarang? Maaflah sebab tak ada di sisi adik waktu adik nikah. Akak terpaksa kerja tolong kawan akak yang tengah cuti," Dira memulakan bicara.
Sungguh dia rindukan momen mereka masih kecil dulu. Bila dah besar ini, mereka jarang bersama seperti dulu. Nara pun kelihatan matang di penglihatannya sekarang. Tidak macam dulu, manjanya lebih. Sejak peristiwa yang telah menimpa adiknya itu, mereka lebih mengutamakan kesihatan Nara. Nara perlukan sokongan dari mereka sekeluarga.
"Adik okey...mula-mula je tak dapat terima siapa abang Mikha tapi lepas dah faham perasaan masing-masing, adik mula sayangkan abang Mikha. Abang Mikha adalah penyelamat adik suatu ketika dulu. Tak percaya je tahun ni dia muncul lagi untuk miliki adik," Nara tersipu malu bila memikirkan bagaimana layanan baik Mikhael kepadanya.
"Akak dengar dia kerja di bawah DEFAGEN...adik okey ke? Boleh terima ke dengan kesibukan kerja dia?" soal Dira penuh berminat.
Nara angguk, tersenyum.
"Adik memang tak suka sebenarnya tapi tu lah...adik tak ada hak untuk halang pilihan abang Mikha. Dari dulu lagi abang Mikha kerja dengan mereka dan adik tak sampai hati untuk suruh abang berhenti kerja dengan mereka. Lagipun abang Mikha bukan saja saja nak sibukkan dirinya dengan kerja. Yang penting adik bangga dengan pencapaian kerja abang Mikha. DEFAGEN tu kurang lebih seperti SWAT juga. Bahaya dan mencabar tapi abang Mikha mungkin seronok kerja macam tu," Nara menghujah dengan senang hati.
Dira perasan Nara bermain dengan cincin di jari manisnya. Sah, adiknya itu sudah jatuh cinta pada Mikhael.
"Kalau adik ada masalah apa-apa ke, adik boleh minta tolong dekat akak. Akak akan sentiasa terbuka dengan adik. Sesibuk apapun akak dengan kerja, tapi akak sentiasa utamakan adik,"
"Sayang akak..." Nara terus memeluk Dira.
Dira senyum senang hati. Dibelai kepala Nara dengan penuh kasih. Dia tidak mahu Nara terluka seperti dulu. Hampir sahaja Nara membunuh dirinya sekiranya mereka lambat menghalangnya.
"Ouh ya...semalam akak cakap dah ada kekasih hati...sampai hati akak tak bagitahu adik awal-awal. Tapi tak apa yang penting akak bahagia dengan bakal abang ipar adik tu. Tak sabarnya nak jumpa dia nanti nak kenal lebih rapat," ujar Nara begitu senang.
"Akak saja nak rahsiakan dulu sebab akak pun mulanya tak yakin. Akak ni kan sibuk memanjang dengan kerja akak mengalahkan perdana menteri. Tapi lepas dia yakinkan akak, barulah akak bersetuju. Dia nak sangat tamatkan hubungan cinta kami dan sepenuhnya memiliki akak. Adik tolong akak ye nanti...akak ni serba serbi tak tahu apa-apa," Dira sedikt malu dengan adiknya itu. Segan bila harus meminta tolong pada Nara yang dah kahwin awal darinya.
"Tak ada masalah pun...no worries! Adik akan bantu akak sekiranya akak perlukan pertolongan adik," Nara mengenggam tangan kakaknya.
Mereka saling tersenyum. Senang sekali bila mereka dapat berbual di pangkin itu tentang kisah hidup mereka. Saling mengingati momen ketika mereka kecil dulu. Diralah yang paling nakal dan Nara pula jadi pak turut memanjang. Kadang Nara juga yang banyak mengalah namun masing-masing saling melengkapi. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari Puan Habsah dan Encik Jamal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
Storie d'amoreNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...