BAB 36

97 4 0
                                        

SEMINGGU sudah berlalu. Dia masih belum biasa dengan tempat kerja barunya itu. Mujur bukan dirinya sahaja, ada Jeb dan beberapa yang lain turut diberi tugasan tempat baru di Itali itu. Namun pengurus DEFAGEN di Itali lebih memerhatikan pergerakan Mikhael. Ketika mereka melapor diri untuk masuk kerja pertama kali, Jeb sedar pihak atasan mereka lebih menunjuk minat ke arah Mikhael. Bukan dia cemburu, tapi dia agak curiga. Mesti ada sesuatu yang telah terjadi dan dirahsiakan dari mereka semua.

Mikhael tersentak bila bahunya dipaut seseorang. Dia menoleh dan tersenyum pada Jeb. Kesibukan kota bandaraya itu tidak sama seperti di Brunei. Semuanya terlalu agak asing namun Mikhael sudah mengharungi segala itu sejak hari pertama kakinya menjejak di tanah Itali tersebut. Tidak menyangka akan terserempak dengan Jeb di situ. Mereka sama-sama berjalan beriringin menuju ke arah bangunan megah terbina di depan mereka. DEFAGEN.

Di hadapan bangunan tersebut, dikawal oleh dua orang pengawal yang berkut hitam, berbangsa Itali. Ketika mereka hendak masuk, mereka ditahan dan diperiksa terlebih dahulu. Itulah rutin harian mereka bila mereka hendak bertugas. Selesai sahaja pemeriksaan, barulah mereka memasuki bangunan gah itu. Seperti hari sebelumnya, kehadiran mereka disapa ramah oleh dua orang perempuan yang selaku penyambut tetamu di dalam bangunan tersebut.

"Aku tak sangka tempat kerja di sini jauh berbeza dari negara kita," Jeb bersuara.

"Maksud kau?" soal Mikhael, tidak mengerti.

"Di sini lebih besar dari negara kita. Mesti orang akan fikir di sini HQ dia. Kau tengok di sini semua barangnya mencukupi. Latihannya pun agak keras sedikit dari aktiviti kita selalu buat. Aku pun mulanya tak percaya DEFAGEN boleh buka cabang jauh dari Brunei. Kau tak syak ke sesuatu? Brunei Itali ni bukan dekat tapi jauh beribu batu. Lagipula Itali ni bukannya berbangsa melayu islam pun tak,"

Mikhael sedikit termakan dengan bicara Jeb. Kenapa dia tidak perasan semua itu? Dia pun pelik juga bila ada cabang DEFAGEN di Itali. Pintu lif terbuka lalu mereka melangkah masuk. Punat nombor ditekan dan lif tersebut membawa mereka menuju ke bilik mesyuarat besar. Awal pagi tadi mereka sudah dimaklumkan untuk menghadiri mesyuarat. Entah mesyuarat apa mereka berdua tidak tahu menahu intinya.

Saat pintu bilik mesyuarat itu ditolak, semua orang di dalam bilik tersebut melemparkan pandangan ke arah mereka. Mikhael melangkah masuk lalu menuju ke tempat mereka selalu. Jeb menyenggol sisi tubuhnya. Mikhael memandang Jeb dengan muka menyeringainya.

"Ada apa?" tanya Mikhael.

"Mereka pandang kita lain macam," bisik Jeb.

Mikhael melihat orang-orang di situ. Dia mula perasan hampir semua orang di situ saling berbisik antara satu sama lain. Bahasa mereka bukan dia faham sangat. Dia masih belajar bahasa Itali. Selama mereka bekerja, mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris.

"Hello, Mike!" seseorang menyapa.

Jeb dan Mikhael menoleh. Seorang lelaki dengan bersut hitam kemas menghampiri mereka berdua. Bibirnya menghulur senyuman ramah.

"It's not Mike, but Mikhael," Mikhael membetulkan cara lelaki itu menyebut namanya.

"I'm sorry...I'm Nicholas and you?" Lelaki yang mengenalkan dirinya Nicholas itu menyedari  kewujudan Jeb di sebelah Mikhael.

"I'm Jeb. Nice to meet you," Jeb memperkenalkan dirinya. Mereka berdua saling berjabat tangan.

Mikhael mula merasakan kejanggalan bila semua mata tertumpu ke arah mereka. Sejak hadirnya Nicholas, semakin dia menyedari berpasang-pasang mata orang di situ memandang mereka dengan pelik. Mikhael tertanya-tanya dan siapa Nicholas sehinga lelaki itu tiba-tiba muncul di depannya. Dahlah mereka baru kenal, boleh pula Nicholas tahu namanya meskipun sebutannya salah.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 25 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang