Bab 2

27K 806 36
                                    

“Hey, mengelamun nampak?”

“Tak adalah. Cuma ada perkara yang difikirkan aje. Tak penting pun”, katanya lemah. “Ajim tak lunch ke?”

“Betul? Ajim nak pergi lunch lah ni, nak ajak Syuhada sekali”, ajak Ajim.

“Syuhada tak naklah. Ajim ajelah pergi”

“Betul ni? Nanti sakit, siapa susah? Ajim juga kn?”, katanya separuh bergurau

“Pergilah”, balasnya sambil senyum.

Ajim pun berlalu meninggalkan pejabat Syuhada. Sebelum pandangan Syuhada hilang, ia menoleh lalu menghadiahkan Syuhada seukir senyuman. Syuhada hanya melihat kelibat kawannya semakin menghilang, ia pun mengeluh panjang.

“MAMA mahu kamu jaga Syuhada tu elok-elok. Dia tu perempuan, ibubapanya baru saja meninggal.”, kata Hajah Ramlah kepada anaknya. “kesian dia tu, dia tu kan sepupu kamu juga”.

“Sepupu ke saudara ke apa ke. Kenapa dia perlu tinggal kat sini? Dia tu kan dah besar panjang. Pandailah dia jaga dirinya sendiri!”, sahut Rafahmi yang duduk di sofa di ruang tamu.

“Dia tu kan perempuan, Fahmi. Mama takut dia di apa-apakan, itu saja. Lagipun, arwah ibunya pernah berpesan kat mak. Kalau mereka tak ada, dia minta tolong jagakan anak tunggalnya tu”, jelas Hajah Ramlah. “Tambahan pulak rumah ni besar, Fahmi”.

“Memanglah rumah nie besar, mak”, kata Rafahmi tidak puas hati. “Tapi badannya tu pun besar!”

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam, Syuhada”, jawab Hajah Ramlah. “Dah balik rupanya. Jemputlah duduk”

“Terima kasih, kak long tapi Syuhada nak keatas. Mandi”

“Pergilah”, balasnya sambil tersenyum.

Sebelum, melangkahkan kaki ke tangga. Di tatapnya wajah Rafahmi yang muram sejak kedatangannya.

“Robohlah tangga ni nanti mak”, sindir Rafahmi.

“Esh, tak baik kau ni Fahmi!”, marah Hajah Ramlah.

Syuhada hanya mampu tersenyum kelat. Dia sedar yang sindiran itu untuk dirinya. Cepat-cepat ia membuka langkah keatas. Sampainya di bilik, ia merebahkan dirinya ke katil. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir ke pipi. Dia rindu akan belaian manja ibubapanya terhadapnya, berbeza keadaannya disini.

Ketukan pintu bertalu-talu. Ia pun sedar dari lamunannya. Tidak tahu sudah berapa lama dia terlelap.

“Puan, ibu panggil. Makan katanya”, kata pembantu rumah yang menjengokkan kepalanya di pintu.

“Baiklah, sekejap lagi saya akan turun. Terima kasih”

“Ya. Sama-sama”

“Mama, jangan nak manjakan ‘Si Badak’ tu pulak. Nanti makin menjadi-jadi pulak dia”

“Yang kamu marah-marah ni kenapa? Cemburu bila mama kamu layan dia macam tu?”, marah Dr. Haji Mahadi.

“Taklah ayah. She is a stranger, and stranger doesn’t belong here. Rimaslah”, rungut Rafahmi.

“Rumah ni besar. Tak payah nak risau about it. Lagipun, She is not stranger. She is your cousin!”

“Ya, dia sepupu saya. Tapi badan dia tu...”

“Maaf lambat”, sahut Syuhada yang berada dikaki tangga.

“Mana tak lambat. Badan tu susah nak bawa kan?”, soal Rafahmi geram.

Syuhada hanya senyum. Walaupun di hatinya, pedih dengan hinaan Rafahmi. Entah apakah salahnya di mata sepupunya ini.

“Ya, susah sikit nak bawa”

Rafahmi tersengih. Sakit hatinya bila budak itu loyar buruk padanya dan tidak menunjukkan kemarahannya.

“Jemputlah duduk, Syuhada. Jangan dilayan si Rafahmi tu. Dia cemburu kalau kak long manjakan kamu. Duduklah”, jemput Hajah Ramlah.

Wasting”, rungut Rafahmi. “Haah, makanlah. Oh, tak cukup? Tak apa you can take mine kalau kau tak kenyang...”

“RAFAHMI!!!”, jerit Dr. Haji Mahadi. “Jangan nak kurang ajar pulak ya!”

Rafahmi hanya menahan geram bila ayahnya memarahinya di depan Syuhada. Sangkanya Syuhada akan berpuas hati bila dia dimarahi.

Namun bila Rafahmi memandang Syuhada, perasaan simpati Syuhada terserlah. Argh, peduli apa!

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now