Rafahmi gelisah, resahnya hanya Allah yang tahu apabila dia menunggu di luar bilik pembedahan. Syuhada kini sedang menjalani pembedahan yang mungkin akan memakan masa yang agak lama.
“Fahmi, mana Syu?,” soal Hajah Ramlah, cemas mendapati Rafahmi.“Mana Syuhada, Fahmi?”
Digoncangnya badan Rafahmi apabila Rafahmi langsung tidak menunjukkan untuk membuka mulut.
“Sabar, Ramlah, bawa mengucap,” perintah Dr.Haji Mahadi. Menyebabkan Hajah Ramlah tersungkur lalu menangis sepuas-puasnya.
“Macam mana ini boleh terjadi?,” soal Rahim yang sudah tak tahan melihat semua ni. Rafahmi masih dalam posisinya, tidak bersuara langsung.
Ajim tak mampu mengangkat kepalanya. Malu, marah dia ketika ini. Lydia tinggal di rumah menjaga ibunya. Nampaknya, sakit Hajah Umi kembali menyerang.
“Mak cik, maafkan saya,” ucap Ajim. Malu dia dengan semua ini, dia malu bukan kerana ibunya yang sakit. Tetapi malu kerana dia gagal melindungi gadia kesayangannya.
“Bagaimana ini boleh terjadi, Ajim?,” sayu Hajah Ramlah merintih. “Kenapa Syuhada kat dalam tu?”
“Emak saya tak setuju kami bertunang”
“Apa? Kenapa pulak?! Apa kurangnya si Syuhada tu??!,” sergah Hajah Ramlah
“Mak saya sebenarnya sakit, kerana perkara lima belas tahun lalu masih menghantuinya apabila adik bungsu kami menjadi mangsa penderaan tukang asuh kami,” Ajim membuka cerita. “Emak saya masih berfikir mana-mana perempuan yang terutama baru dikenali adalah orang yang sama pernah mencedarakan adik bungsu kami sehingga…adik kami meninggal. Itu yang membuatkan emak menyerang sesiapa saja yang berjantinakan perempuan”
“Astagafirullah alazim,” istigfar Dr.Haji Mahadi panjang. “Mengapa tak dihantar ke tempat sepatutnya?”
“Saya tak sanggup menghantar mak saya, bagi saya mak saya adalah orang yang utama saya paling hormati,” ucap Ajim, matanya berkaca menahan tumpahnya air mata. “Lagipun, saya jangkakan dia sekadar tak suka kat Syu kerana dia rasa Syu salah atas kecacatan tangan kiri saya ni”
Rahim tidak mampu bersabar lagi, lalu dengan ganasnya dia menggenggam baju depan Ajim. Mukanya jelas kemerah-merahan menahan kemarahan.
“Kalau kau tahu ini yang akan terjadi, kenapa kau biarkan?,” teriak Rahim.
“Rahim, beradab sikit!,” marah Dr.Haji Mahadi. “Walau marah macam mana kamu sekali pun, perkara ini sudah terjadi. Dalam masa macam ni lah, kesabaran itu kena ada”
“Aku memang dah jangka kau tak kan mampu bahagiakan Syuhada!,”
Rahim akhirnya melepaskan genggamannya.
“SIAPA disini ahli keluarga pada Dayang Syuhada?,” maklum Doktor yang masih dalam berpakaian hijau, menandakan dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan.
“Kami keluarga dia,” jawab Dr.Haji Mahadi.
“Oh, Dr.Haji Mahadi, jadi Dayang Syuhada ni menantu ke apa?,” sempat pulak sang doktor ini berborak.
“Dia anak kepada Haji Adlee dan Hajah Iqa,” umum Dr.Haji Mahadi. Membuatkan doktor tadi terangguk-angguk. “Bagaimana keadaan Syuhada, Dr.Misli?”
“Oh, mengenai Dayang Syuhada, setelah selesai menjalani pembedahan. Alhamdulilah, luka pada bahagian perut sudah dirawat, nasib baik ada yang cepat datang membawa dia ke hospital kerana dia hampir kehilangan banyak darah yang mungkin akan membawa ke peringkat serius seperti kematian kalau terlambat,” beritahu Haji Misli, membuatkan Hajah Ramlah memanjat kesyukuran. Kejadian malang itu dapat jugak di hindari.
Semua yang mendengar menarik nafas lega, Rafahmi adalah diantaranya.
“Boleh kami melawatnya sekarang?,” soal Hajah Ramlah.
“Boleh, tapi terhad pada seorang pelawat, kerna Syuhada belum sedar lepas disuntik ubat bius,”
Rafahmi datang lalu ingin menawarkan diri menjadi pelawat itu. Pada awalnya, Hajah Ramlah membantah menginginkan dia saja yang perlu melawat, tetapi Rahim pun segera menyokong Rafahmi begitu juga Dr.Haji Mahadi. Manakala, Ajim tidak berkata apa-apa.
Hajah Ramlah tidak mampu berbuat apa-apa tapi hanya mampu mengalah. Rafahmi meminta maaf lalu segera memasuki bilik peribadi Syuhada yang hampir di penuhi dengan pelbagai mesin perubatan dalam bilik peribadinya, ada mesin alat membantu bernafas, mesin menunjukkan frequency nadi.
Sayu hati Rafahmi melihat wajah Syuhada yang pucat ditutupi dengan alat bantu pernafasan itu.
Digenggamnya erat tangan Syuhada yang tak bermaya itu,
“Maafkan, Fahmi,” ucap Rafahmi. Dia tahu Syuhada pasti mendengarnya walaupun dalam keadaan tak sedar.
“Kalau Fahmi balas cinta Syuhada lebih awal, ini pasti tak akan terjadi,” buat sekian kalinya, air mata lelakinya mengalir. “Tolong lah jangan tinggalkan kami dulu, I really need you now, I really want you to marry me, menjadi ibu kepada anak-anak Fahmi, menjadi peneman tua Fahmi”
Tiba-tiba, Rafahmi melihat Syuhada dalam tak sedar mengalirkan air mata. Rafahmi mengesat lembut gadis kesayangannya.
“Fahmi janji, Fahmi akan jadikan Syuhada isteri Fahmi,” nekad Rafahmi menyatakan janji. “No matter what it takes, Fahmi akan bahagiakan Syu”
Rafahmi mengucup lembut tangan Syuhada. Lalu perlahan-lahan meletakkannya ke posisi asal. Dia nekad akan mengahwini Syuhada dan menyuarakan hasratnya apabila ia keluar saja dari bilik peribadi Syuhada.
Dia terus meninggalkan hospital setelah memberitahu ibubapanya dia ada urusan yang penting untuk diselesaikannya.
“SUDAH lah tu,” pujuk Dr.Haji Mahadi. Melihat isterinya masih bersedih.membuatkan hatinya sungguh pilu. “Syuhada tu akan baik-baik saja”
“Tapi bang, Syuhada tu amanah kita, sekarang kita ni macam…,”
“Ramlah, insyaa Allah semuanya akan menjadi seperti biasa kembali,”
“Pa,” panggil Rafahmi, “Nak bincang pasal tanah kita kat Tutong,”
“Ok, kita pergi ke bilik baca,” arah Dr.Haji Mahadi.
“Pa, it’s not about tanah, ni pasal Syu,” beritahu Rafahmi sebaik pintu bilik baca ditutup. “Fahmi nak kahwini dia”
Rafahmi tidak menyangka reaksi ayahnya akan setenang ini.
“Hmm,” itu sahaja yang terluah dari Dr.Haji Mahadi. “Kamu pasti itu yang kamu berdua mahu?”
“Ya,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomantiekCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...