"Syu, air..," pinta Rafahmi, berperangai seperti budak-budak. Syuhada yang berdiri hanya memandang tajam pada wajah suaminya. "Sayang, air?"
Walau sudah berkali-kali suaminya memanggilnya Sayang, berkali-kali itu juga mukanya akan memerah, malu.
"Ambil sendiri," beritahu Syuhada lalu meneruskan perjalanannya ke dapur yang terbantut. 'Perangai mengalahkan budak-budak'
Rafaie tersenyum melihat gelagat kedua adiknya, tak ubah macam drama televisyen lagaknya mereka ini. Namun dihatinya, dia menyimpan satu rahsia. Entah bagaimana kah dia akan menyampaikan nanti.
"Ah!," teriak Syuhada terkejut bila merasa badannya didakap lembut oleh seseorang. Semestinya Rafahmi, takkan bapa mertuanya kot.
"Air kat peti sejuk," beritahu Syuhada. Bukannya Rafahmi tak tahu, dah berpuluh tahun tinggal di rumah ini, mustahil dia tak tahu. Tapi itu lah isyaratnya untuk menyuruh Rafahmi melepaskannya.
"I know, but I am not coming here untuk tu," bisik Rafahmi perlahan ke telinga kanan Syuhada.
"Habis?,"
"Nak Syuhada," sekali lagi muka Syuhada memerah bagai lampu isyarat menyuruh berhenti. Lembut Rafahmi mencium pipi gebu isterinya. Syuhada mengeliat kegelian, dia masih tak biasa dengan semua ini.
"Dah, tak de. Nanti mama atau taknya kak Ayu tengok buat malu je," nyata Syuhada menolak lembut badan suaminya. Makin ditolak, makin erat pelukan Rafahmi, "Fahmi"
"Ok, fine," akhirnya Rafahmi mengalah dengan melepaskan pelukannya. "Tapi Syu berhutang dengan aku malam nanti"
"Hah?,"
"APA?!," jerit seisi rumah selepas mendengar cadangan Hajah Ramlah yang sudah tersengih-sengih gembira.
"Kan elok kita semua pergi honeymoon bersama," beritahu Hajah Ramlah.
"Ma, kalau Fahmi dan Rahim yang pergi kami faham lah tapi...," kata Rahim terhenti. "Kalau papa dan mama, tak pelik ke tu?"
"Mama kamu ni kan isteri papa jadi, apa yang peliknya?," soal Dr.Haji Mahadi. Hajah Ramlah tersenyum gembira, ternyata suaminya menyokongnya.
"Bukan ke, honeymoon ni untuk orang yang newly wed-," kata-kata Rafahmi terhenti apabila Syuhada sudah menyinggung badan suaminya.
"Itu cadangan yang sangat baik, mama," sokong Syuhada. Begitu jugak Ayu yang tersenyum lebar.
"Ayu pun setuju mama,"
"Mereka berdua ok je, jadi kenapa korang tak?," soal Hajah Ramlah yang di ajukkan kepada anaknya Rahim dan Rafahmi.
"Baiklah," jawap Rahim dan Rafahmi serentak. Membuatkan Ayu dan Syuhada tergelak kecil.
"Jadi, sekarang semua dah setuju jom kita tempah tiket untuk ke Venice, Italy!," umum Hajah Ramlah.
"Venice?," soal Rahim. "Mahal yang melampau lah!,"
"Jangan risau tentang tempat penginapan, I believe your uncle Saidi Imran is still live there," beritahu Dr.Haji Mahadi.
"But still, mahal lah papa," rungut Rafahmi.
"Hmm, apa saja untuk mama kamu ni," ucap Dr.Haji Mahadi selamba, sambil menyuapkan nasi ke mulutnya. Hajah Ramlah sudah mula tersengih-sengih.
Rafaie menongkat kepalanya, melihat gelagat keluarga yang rasanya semakin janggal baginya.
"Faie tak ikut ya?," beritahu Rafaie. "Lusa kena balik ke Mesir, ada.hal"
"Laa, dah nak balik ke?," soal Hajah Ramlah hampa. "Tak apa lah"
Rafaie tersenyum hambar. Maaf, mama.
"ARE you sure Syu ok naik kapal terbang ni?," soal Rafahmi merebahkan dirinya ke katil.
"Kenapa tanya?,"
"Dulu, Syu muntah-muntah kat dalam kapal terbang tu," Rafahmi meningati. Wajah mempamerkan kerisauan yang sangat jelas.
"You still remember?," tanya Syuhada. Matanya bersinar kerana memori Rafahmi yang masih ingat tentangnya. Kejadian sewaktu mereka berbelasan tahun.
"Yes, pasal itu adalah kejadian paling memalukan seumur hidup aku," rungut Rafahmi. "Kau muntah kat aku!,"
Syuhada tergelak, memang. Dulu, bapanya Haji Adlee dan Dr.Haji Mahadi bersetuju untuk bercuti bersama ke Bali, Indonesia. Syuhada berkeras hendak duduk di sisi Rafahmi.
Rafahmi pulak berkeras hendak duduk di tepi jendela. Tetapi sebaik saja kapal terbang mula bergerak, Syuhada merasa pening-pening. Rafahmi hairan apabila dia tidak sebising apabila menaiki kapal terbang tadi.
"Nak muntah lah, Fahmi," beritahu Syuhada. Rafahmi cemas lalu memimpin sepupunya ke tandas tetapi tak sempat lalu terhembur lah 'the digested food'
"Stop laughing atau aku akan hukum kau, Syuhada," beritahu Rafahmi.
"Ok, I am sorry," pinta Syuhada tetapi beberapa saat kemudian, tawanya tercetus lagi. "You were so cute back-,"
Kata-kata Syuhada terputus apabila Rafahmi sudah memautkan bibirnya pada bibir isterinya. Oleh kerana geram sangat pada isterinya yang baginya teramat comel, digigitnya bibir bawah isterinya.
"Argh," rungut Syuhada. "Sakit lah,"
"More to come,"
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...