Bab 24

12.7K 392 2
                                    

Rafahmi membaling kasar kunci keretanya ke mangkuk tempat penaruhan kunci-kunci lainnya. Hajah Ramlah dan Dr.Haji Mahadi tercenggang melihat perilaku anak bungsu mereka.

“Kenapa dengan Fahmi tu, Syuhada?” soal Hajah Ramlah.

“Dia baru dapat tahu, Syuhada nak bertunang,”

“What? Bertunang?!,” soal Hajah Ramlah, jelas sekali dia terkejut. “Dengan siapa?”

“Ajim,”

“Ya Allah, betul ke ni? Alhamdulilah,” ucap Hajah Ramlah sambil menapuskan panjat syukur kepada Allah. Dia peluknya tubuh Syuhada.

“Itu perkara baik, tapi kenapa si Fahmi tu marah pulak?,” soal Dr.Haji Mahadi.

“Dia marah pasal Syu tak maklumkan lebih awal kepada kak long dan abang long,” sayu Syuhada melontarkan jawapan.

“Apa lah si Fahmi ni, bukannya si Syu ni kahwin lari kan?,” belai Hajah Ramlah lalu menggosok lembut belakang Syuhada. Syuhada tersenyum hambar.

SUDAH beberapa kali Rafahmi menumbuk dinding batu biliknya. Tangannya pun sudah luka-luka dan bengkak. Ada juga bahagian yang mulai mengalirkan darah.

Tapi sakit fizikal itu langsung tak sama dengan sakit di hatinya sekarang. Walau tak berdarah, sakitnya amat menusuk-nusuk hati.

“Sebab saya…saya suka awak,”

Terngia-ngia kembali suara Syuhada melafazkan cintanya. Rafahmi menutup mata, betapa hypokritnya dia, dia pernah mengucapkan selamat berbahgia kepada Syuhada untuk bersama Ajim tapi sekarang. Kenapa dia seakan tidak mahu melepaskan?

“Fahmi,” panggil Syuhada. Disertakan dengan ketukan pintu bertalu-talu, oleh kerana risau tiada jawapan Syuhada masuk juga ke bilik milik sepupunya.

“Ya Allah, Fahmi,” Syuhada berlari mendapat Rafahmi yang tersandar di dinding dengan lemahnya. “Apa yang awak buat ni?,”

Rafahmi hanya tersenyum, sangkanya Syuhada kini berlari kepadanya. Berlari meninggalkan Ajim di belakang.

“Saya pergi ambil first aid dulu,” kata Syuhada cemas tapi dipegang tangannya oleh Rafahmi.

“Jangan pergi,”

“Saya kena rawat awak, apa yang awak buat sampai tangan luka macam ni?,” marah Syuhada, tapi dia tak mampu bergerak kerana tangan maaih dipegang Rafahmi. “Please Fahmi jangan macam ni, awak buatkan saya risau”

Aliran air mata Syuhada membuatkan dia tersedar dari khayalannya. Lemah tangannya menerpa ke lantai. Terus Syuhada berlari mendapatkan first aid di dapur.

Balutan demi balutan akhirnya ianya cukup tebal untuk membaluti tangan luka Rafahmi.

“Serius kau nak kahwin dengan Ajim?,” soal Rafahmi lemah, dia tidak bertenaga langsung.

“Saya tak tahu, kalau ada jodoh. Insyaa Allah,”

“Walaupun kau tak cintakan dia?,”

“Cinta saya boleh dipupuk selepas kahwin nanti,”

Rafahmi memalingkan wajahnya ke kanannya. Sungguh dia tak mampu melepaskan sepupunya yang mulai dia cintai ini pergi.

“Fahmi, I really wish you luck with Lydia too,” ucap Syuhada diantaranya sendunya. Laju Syuhada membuat langkah ke biliknya, melepaskan segala tangisnya.

Rafahmi juga tidak mampu menahan air matanya, tiba-tiba lagu yang sering bernyanyi di hatinya mulai hilang.

Kenapa ianya berhenti?

MALAM, Syuhada kini berdiri tegak di hadapan pintu Rafahmi. Dia merasa sangat risau. Kalau dia masih tak tahu mengenai keadaan Rafahmi, mungkin dia tak akan bisa melelapkan mata.

“Hmm, dah ok dah,” kedengaran suara Rafahmi di balik pintu.

Syuhada mendekati telinganya ke arah pintu. Untuk mendapatkan pendengaran lebih jelas.

“Tak, bukan salah kau pun, Lydia. Jangan risau sangat,”

Lydia?

“Hey, kami dah ok lah. Dari kau risau macam ni, kan lebih baik kau tidur je sekarang, ya…, hah love you?”

Love you?

“Ye lah, love you too, happy?,”

Hati Syuhada bagi diretak ke beribu keping. Amat pedih rasanya. Laju dia pergi ke biliknya. Ya Allah, pedihnya kenyataan ini.

Adakah ini lah hukuman bagi kesalahannya?

KEESOKANNYA, Rafahmi langsung tidak memandangnya sama sekali. Sakit rasanya, diperbuat begitu.

“Kamu gaduh dengan Fahmi?,” tanya Dr.Haji Mahadi. Eh, kenapa abang long nya bertanya soalan begitu kat dia sekarang?

“Er, tak,” bohong Syuhada. “Kenapa abang long tanya?,”

“Hmm, selalunya bukan main kamu berdua ni usik-mengusik. Perangai macam budak-budak, ni dah kekok je,” beritahu Dr.Haji Mahadi. Mata abang long ni tajam betul.

“Dah masing-masing ada pilihan hati sendiri, itu yang kekok antara mereka tu,” beritahu Rahim yang ditafsirkan sebagai penyibuk.

“Hmm, bang long bukannya buta selama ni, masa malam tu, yang bising-bising tengah malam tu, kerja kamu kan?,” soal Dr.Haji Mahadi.

Syuhada menunduk, “Ya”

“Korang ni dua-dua dah besar panjang, fikir lah apa yang elok buat kamu berdua,” ucap Dr.Haji Mahadi. “Jangan menyesal di kemudian hari sudah”

“Baiklah, bang long”

“Apa yang menyesal tu, bang?,” tanya Hajah Ramlah membawa set minuman untuk minuman pagi sekeluarga. “Serius je bunyinya”

“Tak ada apa lah,” jawap Dr.Haji Mahadi. Dia lebih rela menyembunyikan keadaan antara anak bungsunya dengan anak saudaranya ini.

“Hmm, ye lah sangat,” bebel Hajah Ramlah. Membuatkan Rahim dan Syuhada tersenyum.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now