Rafahmi bersiul riang di dapur rumah, tengah dia menyiapkan makan petangnya. Iaitu, sekeping roti dan secawan milo. Dia terdengar seperti bunyi peti sejuk dibuka, ditolehnya,
“Esh si Itik ni, ingatkan pencuri tadi,” Rafahmk membuka perbualan. Tapi orang yang diajak berbual hanya berdiri tegak merenung isi peti sejuk.
Rafahmi menghampiri, oleh kerana geram tak dihiraukan lalu perlahan dia meniup muka Syuhada, membuatkan Syuhada mengeliat kegelian.
“Apahal awak tiup-tiup muka orang ni?,” soal Syuhada geram. Nasib baik dia cepat dapat tahu itu sepupunya dan bukannya lalat, kalau tak habis lah kena penampar.
“Eh, garangnya kau,” cakap Rafahmi sambil bercenggak pinggang. “Period ke ni?”
Eh, gila budak ni. “Tak ada lah,” jawap Syuhada lalu menutup pintu peti sejuk. Dia membuat perjalanan ke ruang tamu, yang tak lama lepas tu Rafahmi pun menyusul.
“Ni, nak jalan tak petang esuk?,” ajak Rafahmi. Lucu jugak di fikirkan hubungan mereka ni macam pasangan kekasih.
“Tak boleh,” jawap Syuhada. Kalau lah boleh, tentu dia bahagia bersama orang yang dicintainya. Walaupun hanya bertepuk sebelah tangan.
“Kenapa?,” soal Rafahmi, sambil mengunyah roti yang disediakannya tadi. Tak mungkin sebab kerja, “Esuk kan Ahad”
“Saya ada janji dengan Ajim,” jawap Syuhada, matanya masih terancao pada televisyen di hadapan mereka.
Ajim. Eh, namanya saja dah boleh buat aku geram. Eh, tapi kenapa pulak aku nak geram?
“Oh,”
Syuhada memandang Rafahmi yang bahagia dengan rotinya. Uh, tentu lah dia tak kan cemburu, kerana aku bukan orang yang dia kisah pun.
Beberapa saat kemudian, Rahim muncul lalu mengambil tempat duduk di tengah-tengah sofa bertempat tiga diantara Syuhada dan Rafahmi.
“Syu, kenapa muka kau nampak pucat ni?,” soal Rahim penuh belas. Rafahmi turut merenung ke wajah sepupunya. Eh, baru dia perasan.
“Ah, arr…. Kurang tidur agaknya,” jawap Syuhada tersenyum-senyum, memang betul lah. Dia berjaga semalaman, memikirkan tentang apa yang terjadi kelmarin.
“Syu kena jaga kesihatan,” nasihat Rahim, yang mengundang anggukan dari Syuhada dan jelingan dari adiknya.
“Baik,” jawap Syuhada sepatah. Tak selesanya, duduk dekat-dekat ni.
Rahim bangkit apabila mendapati keadaan terlalu kekok antara mereka. Dia pun berjalan ke dapur membuat sesuatu untuknya.
“Syu,” panggil Rafahmi bila mendapati hanya mereka berdua saja yang tinggal di ruang tamu ini. “Nah,”
Syuhada menoleh, aduh lembut semacam je panggilan si Fahmi ni. Syuhada tersenyum lebar, lalu mengambil lembut sebungkus coklat pemberian sepupunya.
“Thank you, Fahmi,” ucap Syuhada lembut. Ditatapnya bungkusan coklat tadi. Yeah, hari ni pun dia tak lupa. Syuhada menoleh kembali ke arah sepupunya lalu tergelak kecil bila melihat Rafahmi bermuka merah.
‘Kenapa dia ni, kepanasan ke?’
Keadaan mereka mulai sunyi, hanya kedengaran suara dari televisyen sahaja yang berbicara.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomansaCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...