Ajim tertawa kecil apabila mendengar cerita yang adiknya Lydia juga pernah menasihati Haiqal tentang Syuhada.
“Saya setuju dengan awak yang lelaki memang payah nak berpaling,” bicara Ajim. Senyumannya mekar apabila memandang Syuhada jugak tersenyum tetapi bukan padanya, pada Rafahmi.
“Rafahmi mesti bahagia dapat cinta Syuhada,” ucap Haiqal, juga memandang Syuhada, yang membuatkannya tersenyum. “Kalau lah aku muncul lebih awal, adakah dia akan memilih aku?,”
Ajim menggeleng, “Tak,” membuatkan Haiqal merasa geram. Lelaki ini seperti mencabar kelelakiannya.
“Tidak kira kita terawal atau terakhir atau yang terakhir ada di muka bumi ini, bagi Syuhada. Rafahmi adalah satu-satu lelaki baginya,” ucap Ajim lalu menyandarkan dirinya ke belakang kerusi. “Walaupun sepupunya itu pernah lukakan hatinya, tapi dia tetap mencintai Rafahmi,”
Haiqal mengeluh buat sekian kalinya, nampaknya peluang untuk memiliki Syuhada teramat lah tipis sekarang.
Haiqal melirik sesekali pada tangan kiri Ajim yang tersarung dalam poket seluarnya. Dia ingin bertanya tapi rasanya itu tiada kena-mengena dengannya.
“Hairan?,” duga Ajim, yang perasan Haiqal sering melirik ke tangan kirinya yang di dalam poket.
“Ya, awak tak ada gaya langsung walaupun awak buat macam tu,” perli Haiqal lalu bersandar lemah.
Ajim tertawa, “Gaya? Maksud awak, saya buat macam ni sebab gaya?,”
Haiqal mengangkat bahu, kononnya tak kisah dan tak ingin tahu. Ajim tergeleng perlahan.
Perlahan dia menarik tangannya dari poket seluarnya, bila saja tangannya tidak sama sekali terpaut. Jatuh lah tangan kirinya yang tak bermaya itu ke kerusi tempatnya duduk.
Haiqal hairan, mengerutkan dahinya.
“Lumpuh,”
Haiqal mengangguk-angguk tanda faham. Tiba-tiba rasa bersalah pulak dia kerna menyebabkan Ajim mengeluarkan tangan tak bermayanya hanya untuk diperlihatkan padanya.
Dengan selamba dia menolong Ajim susah payah menyarungkan ke dalam poket. Ajim tersenyum, sebelum kedua mereka mengalihkan pandangan ke arah tetamu yang sibuk berceloteh.
“Syuhada sangat istimewa bagiku,” kata Haiqal tiba-tiba.
“Bagiku juga,” beritahu Ajim. Dia bangkit dari duduknya, “Well encik Haiqal, the best way untuk buat our beloved special lady adalah untuk buat dia gembira bukan memilikinya. Aren’t you agree?”
Kata-kata Ajim tadi bagai membuka mata Haiqal, buat dia gembira? Dia tersenyum, betapa benarnya kata-kata itu.
“AMIN ya rabbal alamin,” ucap semua tetamu yang hadir. Setelah selesai membaca doa kesyukuran yang dibaca oleh anak sulung Dr.Haji Mahadi.
“Jemput lah makan,” jemput Dr.Haji Mahadi dan Hajah Ramlah kepada tetamu yang datang.
“Bang, sedapnya suara abang melafaskan doa tu,” puji Rahim kepada abang sulungnya, Rafaie. Lagaknya seperti budak perempuan yang sudah jatuh cinta.
Rafaie tersenyum sebelum merosakkan kemasan rambut Rahim, “Terima kasih, tapi abang buat semua ni bukan kerana pujian semata-mata,”
“Tahu,” beritahu Rahim mengemaskan kembali rambutnya dengan muka masamnya.
Rafahmi yang duduk di samping Syuhada menjulingkan matanya memandang kedua abangnya. Macam budak-budak lagaknya. Kalau orang lain melihat, mungkin mereka akan menyangka dia adalah abang sulung kepada dua orang tu.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomantizmCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...