“Syu…at…ok?,”
“She…fe,”
Syuhada susah payah hendak membuka mata. Rasanya seperti ada pemberat yang menghalangnya untuk bangun. Dia tak dapat mendengar dengan jelas perbualan di sekelilingnya.
“You should know!,” bentak Rafahmi. Syuhada terkejut, Rafahmi? Kenapa suaminya ada di pejabatnya? Tunggu, ini bukan di pejabatnya.
“Kat mana ni?,” soal Syuhada membuatkan Ajim dan Rafahmi menoleh padanya. Bersusah payah dia mencuba untuk bangun dari bangkitnya.
“Sayang, you’re in the hospital right now,” beritahu Rafahmi lalu mencapai genggaman tangan isterinya. Perlahan dia menolong Syuhada untuk bangun. “Ajim kata dia dapati Syu terbaring kat pejabat tadi, pengsan,”
“Oh, ye ke?,” tanya Syuhada meminta kepastian. “Memang Syuhada rasa pening-pening tadi,”
Rafahmi mengucup lembut dahi isterinya, “Sayang rehat ok?,”
Ajim memalingkan wajahnya ke luar jendela. Pastinya dia cemburu. Tapi tiada apa yang dapat dia lakukan. Rafahmi adalah suami bagi pujaan hatinya.
Pintu wad dibuka, seorang lelaki menjejakkan masuk ke bilik wad Syuhada. Haiqal Manan.
“Hey, macam mana keadaan Syuhada?,” soal Haiqal kasual. Rafahmi tersenyum, lalu menjongketkan kedua bahunya.
“Masih menunggu doktor membuat pemeriksaan,” jawap Rafahmi sambil mengenggam tangan Syuhada. Syuhada tersenyum memandang sahabat suaminya.
“Oh,”
Haiqal mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang baru dijumpainya. Siapa pula lelaki berpakaian pejabat ni? Apa dia buat kat sini?
Ajim membalas renungan Haiqal dengan pandangan yang tidak disenanginya. Dia dapat merasa cara lelaki ini memandang Syuhada lain semacam je. Mungkin dia ada niat tak baik.
“Oh, Haiqal, itu Ajim, rakan sepejabat Syu dan Ajim itu Dr.Haiqal, rakan Fahmi,” kata Syuhada memperkenalkan satu per satu. Tetiba je dia dapat mereka aura tak selesa dalam bilik ni.
“Hai,” tegur Ajim menghulurkan tangannya lalu disambut gagah oleh Haiqal.
“Hai,”
Sekali lagi mereka membalas renungan, tangan mereka pasti terpaut. Masing-masing menunjukkan tidak mahu kalah.
Batuk Syuhada membuatkan mereka berhenti sesama sendiri. Rafahmi menghampiri isterinya. Diusapnya belakang badan Syuhada perlahan. Dia sangat-sangat risau.
“Syu rasa sakit kat mana-mana tak ni?,” soal Rafahmi lembut. Syuhada menggeleng laju. Hanya lehernya saja merasa sedikit loya bagai ada sesuatu yang berkisar di dalamnya.
“Syu tak apa-apa,” beritahu Syuhada lalu tersenyum paksa. Dia memandang Ajim, “Jim, thanks err.. I owe you this time,”
“Syu tak apa lah, you are my friend. Kawan tak terhutang sesama sendiri ok?,” beritahu Ajim lalu mengenyitkan mata. Syuhada tertawa kecil. Sekarang dia menyesal pulak mengenyit mata pada Syuhada apabila melihat Rafahmi seperti sudah sedia untuk mengorek matanya.
“Terima kasih, Jim,”
“Ajim, kita kena sambung perbualan kita tadi, kat luar,” beritahu Rafahmi lalu berdiri untuk sedia melangkah keluar. “Sorry sayang, Ajim beritahu something quiet useful information pasal...SPA,”
Syuhada mengangkat keningnya, tak sangka Rafahmi meminati SPA sekarang. Ajim tersenyum lalu mengikuti Rafahmi ke luar dari belakang.
“SPA,” sebut Haiqal sebelum tertawa. Syuhada hanya mengangkat bahu. Sebelum tersenyum lebar. “Mungkin dia nak bawa Syu ke sana tak?,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomansaCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...