Bab 5

20.3K 579 18
                                    

Syuhada hairan melihat sejambak bunga mawar merah kegemarannya di atas meja pejabatnya. Siapa yang memberi padanya? Tak mungkin Rafahmi.

“Wah, ada peminat nampak”, tegur Ajim di muka pintu. “Dari siapa?”

“Tak tahulah, Jim. Tak kan Syu yang macam ni, ada peminat”, keluh Syuhada. Dia sedarkan keadaan dirinya.

“Tapi apa perasaan Syu, bila dapat bunga tu? Happy tak?”

“Tak”, jujur syuhada menjawab. “Walaupun, bunga ni bunga kegemaran Syu sendiri tapi Syuhada teringin sangat nak tengok pemberinya”.

It’s must be your secret admirer lah, Syuhada”, kata Ajim menenangkan Syuhada.

“Atau jangan-jangan orang salah beri kot?”, soal Syuhada tiba-tiba. “Baik saya...”

“Itu untuk awak”, jawab seorang jejaka yang berada di permukaan pintu.

“Rahim!”, jerit Syuhada. “Bila sampai ke Brunei?”

“Baru sampai, saya nak jumpa awak terus”, kata Rahim yang terus-menerus menghampiri Syuhada. Syuhada bagai tak bernafas apabila Rahim memeluknya erat. “I miss you, Syuhada”, bisik Rahim ke telinga Syuhada.

Ajim berdaham, ingin memaklumkan bahawa ia juga berada di sana, menyaksikan Rahim yang memeluk Syuhada dengan mesra. “Syuhada, ini siapa?”, soal Ajim dengan nada yang sedikit cemburu.

“Ini sepupu saya. Rahim, abang kepada Rafahmi. Masih ingat Rafahmi kan? And Rahim this is my friend Ajim ”. Kedua-dua mereka bersalaman.

Yeah, I still remember him”, ucap Ajim. “Jadinya, dia juga akan tinggal sebumbung dengan dia?”

“Kemungkinan besar...”, jawab Syuhada tapi belum pun sempat Syuhada menghabiskan percakapan.

“Awak tinggal dengan papa, mama dan Fahmi selama ni?”, nadanya sedikit berbeza dari tadi. “What’s going on? Awak dah kahwin with my brother?”

Ajim yang berdiri sebagai pemerhati dari tadi meminta izin untuk meninggalkan Syuhada dan Rahim berbual. “Saya keluar dulu”. Tanpa disuruh ia pun keluar.

 “Esh, tak lah!”, Syuhada menafikan. “You know that my parents were dead, right? So I have to live with your family”. Syuhada menatap wajah Rahim, “kenapa? Rahim pun tak suka Syuhada tinggal kat sana?”

“No, Rahim suka sangat you tinggal pat rumah mummy and daddy”, jerit Rahim. Dia tak mahu Syuhada bersangka buruk terhadapnya. “Tunggu, kenapa cakap ‘kenapa Rahim ‘pun’ tak suka Syuhada...’?”

“Tak ada apa-apa”, malas Syuhada bercerita. Letih rasanya bila ia memburukkan nama sepupunya yang dicintai. “Kita balik sama-sama, ok?”.

Rahim tersenyum lebar. Senang dengan perlakuan Syuhada. Dia berfikir, adakah Syuhada masih ingat akan pengakuan yang dahulu itu? Sebelum ia berangkat ke Amerika. Pengakuan yang pernah dilafazkan oleh Rahim sendiri kepada Syuhada.

“Kak Long, Abang Long, Rafahmi!”, jerit Syuhada ketika pintu utama rumah keluarga itu dibuka.

“Jangan panggil dulu. Biar kita berdua-duaan dulu”, kata Rahim bergurau.

“Eleh, nak buat apa?”, Syuhada tergelak. “Kejap, nak naik atas kejap. Nak panggil Rafahmi, Kak Long dan Abang Long”

“Silakan and thanks, Syuhada, buat susah-susah aje”, ucap Rahim ikhlas.

Syuhada senyum lalu membuka langkah ke tangga. Dia tak sabar melihat reaksi Rafahmi bila melihat abang kesayangannya telah sampai ke Brunei. Puas Syuhada mengetuk-ngetuk pintu bilik Rafahmi, namun tiada jawaban yang diterimanya. “Fahmi”, jerit Syuhada dari luar.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now