“Aku terima nikahnya, Syuhada binti Haji Adlee dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” lafas Rafahmi, diikuti dengan empat orang saksi yang masing-masing mengangguk.
Setelah membaca doa, Rafahmi menghampiri Syuhada. Linangan air mata Syuhada dikesat lembut. Perlahan dia mengucup lembut dahi isteri yang baru dinikahinya.
“You are mine now,” ucap Rafahmi lalu mengukirkan senyuman. Syuhada hanya mengangguk lalu dia menyalami tangan suaminya.
“I’m yours, selamanya,” ucap Syuhada dengan berbisik.
“Aduh, jiwanya ayat adik-adik ku ni,” ucap Rahim yang duduk bersebelahan Ayu yang mengundang tawa semua orang.
Rahim pun kini sudah mendirikan rumah tangga yang sudah berusia 5 bulan sekarang. Ayu kini tinggal di rumah ibu mertuanya. Syuhada merasa sangat bahagia.
Ajim, tak pasti sama ada dia sudah melupakan Syuhada sekarang. Tapi rasanya dia akan gembira suatu hati nanti. Lydia kini menumpukan perhatian kepada penyambungan ‘master’ nya.
Alhamdulilah, sekarang bukan dia sahaja yang gembira.
“Assalamualaikum,” sapa orang yang baru datang ke rumah.
“Waalaikumsalam,”
“Rafaie anak ku,” jerit Hajah Ramlah lalu mendakap tubuh jejaka yang baru menjejakkan kaki ke rumah.
“Selamat pulang, abang,” sambut Rahim dan Rafahmi tersenyum. Abang yang setelah tiga tahun tak jumpa kini pulang juga.
“Hai, adik-adikku,” tegur Rafaie, tersenyum tampan. “Mana pengantinnya ni?,”
Rafahmi menarik lembut lengan Syuhada. “Ni, isteri tercinta Rafahmi”
Syuhada tersenyum, tersipu-sipu. Mana lah dia biasa dengan perubahan mendadak ini.
“Woah, Syuhada. Kamu nampak sangat cantik sekarang, dah kurus ya?,” puji Rafaie, matanya bersinar-sinar melihat adik iparnya. Matanya beralih pada Ayu. “Dan ini mesti Ayu?,”
Ayu mengangguk, “Apa khabar, bang?”
“Sihat,”
“Maaf ya, abang tak dapat datang waktu korang kahwin,”
“Tak apa,” ucap Ayu.
SYUHADA berpura-pura menyibukkan diri dengan menolong mamanya atau ibu mertuanya dan kaka iparnya sekarang.
“Pergi lah layan si Fahmi tu,” beritahu Hajah Ramlah. Tapi Syuhada masih berkeras. Sehingga lah, “Fahmi, bawa isteri kamu ni”
Panas muka Syuhada membahang, “Mama dah buang Syuhada ke?”
“Bukan buang, kamu tu bukannya mama tak tahu dari tadi muka kamu merah, tangan pulak terketar-ketar. Lebih baik berehat dengan Fahmi sekarang,” beritahu Hajah Ramlah. Ayu yang berada di dapur pun turut tersenyum.
“Tu lah, lain kali ejek akak lagi,” ejek Ayu. Rasanya macam baru semalam Syuhada mengejek kaka iparnya ketika malam pertama perkahwinan mereka.
“Kenapa mama panggil?,” soal Rafahmi yang baru muncul. Wah, adakah Rafahmi setampan ini sebelum ni? Atau selama ini, dia tak perasan langsung?
“Bawa Syuhada ni,” perintah Hajah Ramlah.
“Arahan diterima,” jawap Rafahmi.
“Tung-,”
Belum sempat Syuhada membantah, kini Rafahmi sudah mendukungnya naik ke biliknya. Ah, ke bilik mereka sekarang.
“Fahmi, malu kat mama tau,” marah Syuhada, terus dia bangkit dari baringannya.
“Malu apanya,” ucap Rafahmi lalu perlahan mendekati Syuhada. Perlahan dia membuka ipin tudung Syuhada kemudian tudungnya. “Kan Syu dah jadi isteri sah aku”
Rafahmi terpesona dengan kecantikan Syuhada tidak bertudung yang dia pernah sekali je dulu. Ketika Syuhada menangis dan menyangka gelang kesayangan Syuhada hilang. Mengingatkannya kembali mengundang rasa lucu pada Rafahmi.
“Esh, jangan lah gelak,” marah Syuhada lalu mengambil tudungnya dari genggaman Rafahmi. “Tau lah, kita ni tak cantik”
“Bukan, kau cantik sangat, in fact aku pun terkejut,”
“What?,”
Rafahmi kemudian mendekati mukanya ke arah Syuhada, tiba-tiba Syuhada menolak lembut.
“Tunggu, hati ni dah berdebar-debar lah Fahmi, I think I need to-,”
Perlahan Rafahmi mencapai tangan Syuhada. Lalu dibawanya ke arah dada kirinya.
Dub… Dub… Dub…
Syuhada merasakan ada debaran yang teramat kuat di dada Rafahmi. Rafahmi pun berdebar ke?
“See, aku pun berdebar jugak,”
Syuhada tersenyum, bukan dia seorang yang gementar sekarang. Rafahmi turut tersenyum. Kemudian dia menghampiri Syuhada lalu memautkan bibrnya pada bibir isterinya.
Dan sempurna lah perkahwinan mereka.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomansaCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...