“Syu,” panggil Rafahmi di balik pintu. Diikuti dengan ketukan pintu bertalu-talu, Syuhada akhirnya bangkit membuka pintu apabila tudungnya sudah tersarung elok.
“Kenapa…?,” terputus soalan Syuhada apabila pemandangannya dihalang oleh sejambang bunga ros.
“Untuk kau,” kata Rafahmi sambil menjenggokkan kepalanya di balik bunga.
“Buat apa?,” soal Syuhada, hairan. Apa ke jedahnya si Fahmi tiba-tiba beri dia bunga, kalau beri coklat tak apa lah.
“Hmm, mana tahu kau nak makan ke, teman berbicara ke dengan bunga ni macam yang dalam movie tu,” jawap Rafahmi sepenuhnya dalam sindiran.
Syuhada sudah memuncungkan mulut. Layanan si Fahmi ni macam dia ni bukan kekasihnya je. Betul ke Rafahmi dah melamar dia? Atau semua itu hanya mimpi?
“Ambil lah, buat hiasan ke apa ke,” beritahu Rafahmi mulai beransur lembut. “Nah”
“Ar, thanks,” ucap Syuhada lalu mengambil huluran bunga ros yang pernah menjadi kegemarannya.
“So, bila kita nak date ni?,” soal Rafahmi penuh ceria, matanya bersinar-sinar mengalahkan cahaya bulan.
“Hmm, tak nak lah, kita…,” Syuhada tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila melihat reaksi muka Rafahmi mula muram. “Err, Fahmi?”
“Kenapa tak nak?,”
“Sebab saya nak…,”
“Fahmi, Syuhada kenapa belum tidur ni?,” soal Dr.Haji Mahadi apabila.melihat pasangan berdua ni bersembang di depan pintu. “Ni, masuk tidur. Esuk nak kerja. Pergi masuk tidur”
‘Aduh, papa ni layan kita macam budak kecil pulak’
“Hah, apa lagi. Masuk, mulai sekarang selepas jam 10 malam, korang papa larang untuk bersembang berduaan macam ni, masuk!,” marah Dr.Haji Mahadi.
Rafahmi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia pun melangkah bergerak ke biliknya, manakala Syuhada pun berbuat hal yang sama.
“Hey, I love you,” ucap Rafahmi, menjenggokkan kepalanya. Syuhada yang melihatnya terus masuk ke dalam biliknya. Meninggalkan Rafahmi teepinga-pinga. Tak romantik langsung itik ni.
BUAT ke sekian kalinya, Rafahmi mengeluh berat mengenangkan sikap Syuhada semalam padanya. Kenapa Syuhada tak ingin pergi temu janji dengannya?
Dulu bukan main dia selalu keluar menemui Ajim bila Syuhada menjadi kekasih Ajim. Hampir tiap-tiap hari. Adakah Syuhada masih suka kat Ajim? Kepalanya digeleng, tak mungkin lah.
Telefon ganggang dipegang, belum sempat dia memikirkan alasan untuk berbicara dengan Syuhada, tangannya sendiri sudah pantas menghubungi nomber telefon Syuhada.
“Assalamualaikum,” suara Syuhada memberi salam membuatkan Rafahmi tersenyum sendiri di pejabatnya. Kalau orang tengok, habis jatuh saham kena tuduh dah jadi orang tak waras.
“Waalaikumsalam,”
“Kenapa Fahmi telefon?,” tanya Syuhada, suaranya menunjukkan seperti dia tak suka Rafahmi menelefonnya pada waktu macam ni.
“Saja, I miss you actually,” luah Rafahmi penuh romantis.
Sunyi.
“Syu?,”
“Jangan telefon lah kalau macam tu,”
Talian dimatikan. Muka Rafahmi sudah berubah menjadi lebih muram. Kemungkinan Syuhada maaih menyukai Ajim meningkat. Sekarang mahu tak mahu, terpaksa lah dia menunggu waktu pulang untuk berbicara dengan Syuhada.
Namun dada terasa sesak tiba-tiba apabila memikirkan perangai Syuhada terhadapnya. Adakah benar Syuhada masih menyukai Ajim?
SYUHADA merasa perangai Rafahmi lain semacam hari ni. Selalunya bertentangan sahaja mata mereka, Rafahmi akan mengukir senyuman lebar padanya.
Tapi tidak hari ni, Rafahmi.. Ada masalah kat pejabat ke?
“Syuhada,” Rafahmi membuka perbualan, membuatkan Syuhada sedikit tersetak. Mana taknya, tengah seronok merenung kekasih hati, terdengar pulak suara garau Rafahmi.
“Kenapa?,” Syuhada memandang tepat pada Rafahmi yang masih matanya menonton televisyen. Ada ketar sedikit suaranya, takut ketahuan merenung Rafahmi dari merenung televisyen.
“Do you love me?,” soal Rafahmi, kepalanya disandarkan ke sofa. Manakala matanya merenung Syuhada yang sudah membahang kepanasan. Malu.
“Err...., tak tahu ke?,”
Rafahmi menggeleng, nampaknya mood dia memang nampak tak baik. Syuhada tak mampu merenung mata Rafahmi lama, dia pun menunduk.
“Ingat dah tahu,” ucap Syuhada.
“Hmm, suka dengan cinta adalah dua perkara berbeza,” ucap Rafahmi dengan nada suara yang serius.
Syuhada menjadi gugup, mana lah dia tahu bercakap benda macam ni. Seumur hidup dia, tak pernah pun dia bercinta.
“Saya…,”
Mata Rafahmi bersinar, baginya ucapan cinta Syuhada akan menggugurkan rasa was-was atau curiga yang bertalu dalam hati.
“Korang buat apa ni?,” soal Rahim menjenggokkan kepalanya di antara ruang pandangan Syuhada dan Rafahmi.
Rafahmi mengalihkan pandangannya ke televisyen, “Tengok TV lah, tak kan memancing kot”
Rahim mengosok kepala Rafahmi membuatkan rambut Rafahmi tidak sekemas tadi, “Korang tengok TV ke, atau TV tengok korang?”
“Err, hehe,” Syuhada tergelak kecil. Sekali gus, ingin membuang rasa malu yang bertandang sekarang.
“Hmm, cepat-cepat lah kahwin,” beritahu Rahim, mula melangkah meninggalkan adiknya dengan sepupunya.
“Dia pun belum kahwin lagi,” bebel Rafahmi.
“Nak kahwin lah ni, dua minggu lagi,” laung Rahim dari tingkat atas sebelum masuk ke biliknya.
“Show off,” bebel Rafahmi lagi.
Syuhada melihat Rafahmi, lalu dia tergelak kecil. Lucunya. Tetapi tawanya mati apabila melihat Rafahmi sudah melangkah pergi lalu beredar ke biliknya.
“Marah ke?,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...