Bab 30

14K 422 6
                                    

“Assalamualaikum, saya Ayu,” sapa Ayu, gadis cantik yang memiliki wajah kacukan arab melayu. Syuhada tersenyum, menerima huluran tangan Ayu.

“Waalaikumsalam, saya Syuhada,”

Keadaan mulai jadi kekok antara mereka. Baru hari ni lah, mereka dapat berbual macam ni. Masa tu, keadaan dengan tetamu yang ramai menyukarkan dia berbual dengan Ayu. Lamanya dua adik-beradik ni memesan makanan.

Ini semua sebenarnya, cadangan Dr.Haji Mahadi. Katanya keluar berempat macam ni baik untuk mengelakkan perkara tak baik ketika berduaan dan bagi menggeratkan silaturahim bagi ke empat-empat pihak.

“Jadi, Syuhada ni teman wanita adik Rahim lah?,” soal Ayu, manis sungguh suaranya.

“Er, ya. Saya jugak sepupu mereka,” beritahu Syuhada membuatkan Ayu mengangguk tanda faham. Patut lah, mereka tinggal serumah. Sepupu.

“Syuhada ni kerja apa?,” soal Ayu, berhati-hati.

“Kerja sebagai kerani je kat AANQ sdn.bhd,” jawap Syuhada. “Err, akak kerja apa?,”

Mendengar sahaja soalan Syuhada, Ayu tersenyum riang. “Kerja jadi cikgu je”

“Oh,”

“Syuhada,” panggil Ayu teragak-agak.

“Ya?,”

“A-,”

“Makanan dah sampai,” umum Rahim, dengan membawa dulang makanan mereka. Ayu tersenyum.

“Argh, abang ni tak payah lah order banyak sangat, susah nak bawa,” rungut Rafahmi, lalu dibantu oleh Syuhada. “Terima kasih, Syu”

“Merungut je kerja kau, tak malu ke depan bakal kakak ipar kau ni,” marah Rahim tapi lontaran suaranya tidak lah nyaring.

“Hmmph!,” degus Rafahmi. Syuhada dan Ayu hanya tersenyum,.memandang sama sendiri.

‘Abang ni memang saja ke pilih orang yang wajahnya macam Syu?,’ bisik Rafahmi dalam hati.

SELESAI menikmati jamuan, mereka bersetuju untuk masing-masing menuju ke hala sendiri. Syuhada bersama Rafahmi dan Rahim pulak bersama Ayu. Kerana mustahil untuk berdua-duaan dalam pusat membeli belah, The Mall ni.

“Rahim,” panggil Ayu, membuatkan Rahim menoleh ke belakang. Tak sedar dia rupanya, Ayu ketinggalan di belakang. Bukannya mereka tadi berjalan seiringan ke tadi?

“Ya?,”

“Adakah Ayu ni, hanya pengganti Syuhada?,” soal Ayu sayu.

“Eh, kenapa cakap macam tu pulak?,” soal Rahim kembali, menatap sepenuhnya wajah bakal isterinya.

“Sebab, kan Rahim pernah kata Rahim suka kat sepupu Rahim,” jawap Ayu, wajahnya sudah menunduk.

Dia masih ingat lagi, dulu Rahim adalah merupakan kawan karib kepada abangnya, Rizman ketika di bangku sekolah. Rahim selalu bertandang di rumah Rizman. Kalau tak belajar, mereka akan bermain bola di halaman rumah.

Di situ lah, Ayu mengenali Rahim. Sedikit demi sedikit dia mengetahui hal Rahim dari abangnya. Tapi dia perlu berhati-hati, agar tak tertangkap yang dia menyimpan perasaan pada kawan abangnya.

Pernah jugak dia berusaha untuk melupakan Rahim, apabila dia baru mengetahui Rahim dua tahun muda dari usianya. Tapi, dia tak mampu.

Sehinggalah suatu hari tu, Ayu berani mengatakan perasaannya pada Rahim, apabila Rahim berangkat sedia untuk menyambung pelajaran ke Amerika di lapangan terbang.

“Sa…saya suka kat Rahim!,” ucap Ayu. Rahim tercenggang, kata-kata yang tak mampu dibalasnya dengan segera.

Rahim memalingkan wajahnya, “Maaf, saya dah ada orang lain”

Ayu memandangnya, aliran air mata terkeluar jugak. “Siapa?,” soalannya yang asalnya ingin diluahkan hanya di dalam hati.

“Sepupu saya,”

Itu lah kata-kata terakhir yang terlafas dari mulut Rahim, membuatkan Ayu berlari meninggalkan abangnya dan Rahim.

Tetapi takdir itu sungguh indah, beberapa bulan yang lalu. Dia menemui kembali lelaki yang dicintainya ketika dia sedang membeli alat tulis di sebuah kedai. Awalnya, memanglah mereka agak kekok.

Setelah kerap berjumpa, akhirnya masing-masing mengakui ada perasaan cinta antara mereka.

Rahim tergelak, “Wah, kuat cemburu juga my lovely wife to-be ni,”

Ayu memuncungkan mulutnya, kenangan tujuh tahun lalu terus hilang.

“Listen, Syuhada adalah masa lampau saya. Sekarang, Ayu adalah satu-satunya wanita yang bertandang di dalam hati Rahim ni,” beritahu Rahim. “Ok?,”

Ayu yang kini mukanya sudah membahang merah mengangguk laju, “Ok”

Dalam hati, dia bersyukur kerana Allah sudah menentukan takdir yang indah buatnya. Alhamdulilah.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now