“Fahmi tengok, ada coklat!,” beritahu Syuhada riang. Hasratnya kalau dia cakap macam tu, Rafahmi akan membelikannya.
“Hmm,” jawap Rafahmi.
Syuhada sedar perangai Rafahmi berbeza sekarang. Adakah, dia sudah mulai bosan dengannya sekarang?
Memikirkan yang Rafahmi akan meninggalkannya, menyesakkan dadanya. Rafahmi menoleh ke belakang apabila melihat Syuhada tidak seiring dengannya.
“Kenapa lambat jalan ni?,” suara Rafahmi walaupun tidak nyaring tetapi amat jelas dia sedang marah sekarang.
“Ah, sorry, terleka,”
“Argh!,” marah Rafahmi. Sekarang apabila dia memandang wajah Syuhada, dia merasa dadanya sempit. Kemungkinan Syuhada masih mencintai Ajim meningkat.
Mendengar suara Rafahmi begitu, hati wanita Syuhada tersentuh. Air matanya pun mengalir.
“Hey, kenapa ni?,” Rafahmi mulai cemas.
“Awak memang masih cintakan Lydia kan?,” soal Syuhada dalam esakkannya.
“What kind of nonsense is that?,”
“Habis, kenapa awak berperangai macam ni?,”
Rafahmi tergamam, jadi. Memang Syuhada terasa lah.
“Awak nak semudah ini tamatkan hubungan kita ke?,” ucap.Syuhada, mukanya di tutupnya, menyembunyikan paras rupa yang memang memalukan untuknya dilihatkan pada sepupunya.
“Hmm, buka cincin tu,” arah Rafahmi. Mungkin ini lah masanya? Syuhada melihat Rafahmi dengan rupa hairan. Memang serius ke Rafahmi akan menamatkan hubungannya?
“Kenapa?,”
“Buka cincin tu sekarang, Syuhada,” Syuhada masih berdegil. Tangan kanannya disembunyikan. “Buka sekarang atau aku akan paksa kau buka”
Syuhada terkilan, jadi. Percintaan mereka hanya sementara? Ianya akan berakhir begitu saja.
Rafahmi menarik kasar cincin yang dilihat sangat menyeksakan di matanya. Air mata Syuhada tidak berhenti mengalir.
Teresak-esak dia menangis, memang Rafahmi bukan untuknya? Jadi selama ini hanya pura-pura?
Beberapa saat kemudian, Rafahmi mengeluarkan sebentuk cincin lagi tetapi saiznya lebih besar.
“Now, you are mine,” kata Rafahmi, memyarungkan cincin barunya ke jari manis Syuhada. Membuatkan Syuhada lebih terkilan. “Aku rancang nak beri nanti malam, rosaklah rancangan aku”
Hah.
“I love you, only you, itik,” ucap Rafahmi sambil tersengih.
“Hah?,”
Bukannya Rafahmi patut cakap I hate you ke apa waktu sekarang ni?
Syuhada memnadang cincin yang baru tersarung ke tangannya, ehh?
“Hmm, cincin tu tak muat tapi masih nak pakai lagi buat apa?,” marah Rafahmi. Oh, jadi dia memang sedar lah. “Much better, now?”
Syuhada menggangguk, dia memgesat laju air matanya. Senyuman mula terukir. Ingatkan inilah akhirnya.
“You know what?,” soal Rafahmi berdepanan dengan Syuhada. Jarak antara mereka berkurangan. “Sekarang aku tengah marah sangat-sangat dan terbakar dek api cemburu“
“Eh, kenapa?,” soal Syuhada, matanya masih belum teralih dari cincin pemberian Rafahmi, ditengah-tengah pusat membeli belah.
“Pertama, kau tak nak keluar date dengan aku. Kedua, kau tak layan pun ayat-ayat manis aku. Dan yang paling penting, ketiga kau belum cakap I love you kat aku hmmph!,” rajuk Rafahmi sambil memeluk tubuh. “Masih ingat Ajim dia lah tu”
Syuhada tidak lagi sekaku tadi, dia tergelak besar mendengar semua perkara yang terucap dari mulut Rafahmi. Rafahmi hanya mengerutkan kirainya. Apa hal?
“Untuk pengetahuan encik Rafahmi. Pertama, saya nak kita date lepas nikah, lebih afdal kan? Kedua, awak telefon saya waktu saya tengah berbincang dengan klien saya masa tu, saya terpaksa menjawap menggunakan loudspeaker kerana nanti kalau saya jawap secara sembunyi, mereka fikir saya mengkhianati mereka, lagipun awak tak suka saya reject call awak kan? Dan ketiga…,”
Rafahmi masih menunggu penjelasan dari Syuhada. Ya Allah, betapa bodohnya dia. Senyumannya makin membesar.
“Saya malu,”
Rafahmi tergelak besar sehingga beberapa orang yang lalu lalang merenung mereka.
“Malu lah sangat,” ejek Rafahmi.
“Ye lah, malu!,” ucap Syuhada memucungkan mulutnya. “Lagipun, dia yang selalu cakap I love you macam tak ikhlas je”
“Hey, ikhlas lah. Bedah lah jantung ni kalau nak tahu,” Rafahmi sudah mood romantik dia.
“Hah, bedah jantung buat apa?,”
“Huh, cut the crap. Shall we go, beli coklat now?,” tanya Rafahmi mula melangkah. Tetapi terhenti kepalanya ditoleh 180 darjah, “Apa kata, kita tengok baju pengantin dulu, nak?,”
“Baju pengantin?!,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...