“AAAAAAAHHHHHHH,”
“Tekan lagi,” suruh perempuan tua berusia lima puluh tahun lebih. Yang menyandang gelaran bidan hospital.
“Syu,” Rafahmi menggenggam tangan Syuhada. Syuhada sekali lagi mengeran, memutuskan urat-urat yang ada. Sakitnya tiada bandingan dengan apa yang pernah dilaluinya dulu.
“Fahmi!!!,” jerit Syuhada. Hilang segala gelaran ‘sayang’, ‘darling’nya sekarang. “Jangan nak sentuh saya lagi!!,”
Rafahmi menelan air liur, “Ya, ya, ya, but please push more,”
“Cepat dayang, mak cik dah nampak kepala dia ni,” kata Bidan secara tak langsung memberi semangat kepada Syuhada.
Syuhada menarik nafas dalam sebelum melepaskannya dalam satu tekanan. Bismillah. Sekali lagi Syuhada meneran. Ya Allah, seumur hidupnya, ini lah pertama kali dia meneran sebegitu kuat.
Suara bayi menangis membuatkannya terbaring lega. Peluh yang mengalir dilap Rafahmi berhati-hati sebelum suaminya itu bakal menimang anak sulungnya.
Tali pusat si bayi dipotong dan dibersihkan.
Rafahmi tersenyum memandang bayi kecil yang baru lahir ke dunia. Sungguh, sungguh kecil. Tanpa membuang masa, Rafahmi segera mengerjakan apa yang patut dia lakukan.
Selepas Rafahmi habis meng-azankan di telinga kanan si bayi dan meng-iqamah kan di telinga kiri. Bayi kecil itu diserahkan kepada isterinya. Air mata Syuhada tumpah sewaktu menyambut si bayi kecil itu.
Bayi tadi berhenti menangis apabila didakapan ibunya, Syuhada tersenyum.
“Sayang, terima kasih,” ucap Rafahmi mengucup lembut dahi isterinya dengan kasih sayang. “Terima kasih, ya Allah atas anugerah terindah ini,”
Beberapa tika selepas itu, pintu wad terbuka
“Syu,” berlari-lari anak Hajah Ramlah mendapatkan anak buahnya. Rafahmi terkejut melihat perangai ibunya yang tak pernah langsung dipandangnya sekali pandang macam anak gadis berlari berkejaran.
Syuhada tersenyum sebelum menyerahkan anaknya pada nenda tersayang. Buat pertama kalinya.
“Ala ala comelnya,” puji Hajah Ramlah tersenyum lebar. Si bayi kecil hanya mengeliat didakapan nendanya.
Pintu terbuka luas, Dr.Haji Mahadi tercungap-cungap menghampiri isterinya serta anaknya dan menantunya.
“Kenap-,”
“Tak, jangan cakap apa-apa, kamu dah tahu kenapa aku macam ni, jangan tanya apa-apa,” pintas Dr.Haji Mahadi.
Dr.Haji Mahadi berkelakuan begini kerana isteri kesayangannya, sekali lagi lari meninggalkannya terpinga-pinga mencari parkir kereta sedangkan Hajah Ramlah sudah berlari mendapatkan Syuhada di wad hospital.
Hajah Ramlah hanya menjeling, bosan dia asyik dilayan macam budak kecil oleh suaminya. Tapi dia tak kisah, kerana dia sangat sayangkan suaminya hingga kini masih kukuh rumah tangga mereka.
“Siapa nama si comel ni?,” soal Hajah Ramlah sambil mencium-cium pipi si kecil.
“Farish,”
“Hayat,”
Jawab Rafahmi dan Syuhada serentak, mereka saling berpandangan. Walaupun nama yang berbeza tetapi dapat juga disatukan.
“Farish Hayat,” betul Rafahmi dan Syuhada sebelum tersenyum mesra.
Dr.Haji Mahadi tersenyum, tanda dia juga suka nama itu.
Alhamdulilah.
“BABY boy kita buat apa tu, sayang?,” laung Rafahmi dari dapur. Kini mereka bertiga lah penghuni rumah peninggalan Haji Adlee dan Hajah Iqa.
“Shh, tidur,” bisik Syuhada sedaya upaya tidak ingin mengejutkan bayi didukungnya. Walau beribu kali wajah si kecil Farish ditatap, namun tak pernah sekumit pun ada rasa bosan. Ini lah perasaan ibu. Usia Farish kini mencecah 1 bulan 4 hari.
“Sorry,” ucap Rafahmi sambil melabuhkan punggung di sisi isterinya.
Syuhada sedikit panik, melihat Farish sudah mula mengeliat gundah. Tetapi kembali tenang sesaat kemudian. Kecilnya Farish.
Rafahmi mendekatkan jari telunjuknya berhampiran dengan jemari Farish, tidak lama itu Farish mengenggam lemah jari ayahnya yang berganda besarnya.
Rafahmi tersenyum gembira dengan respon yang ditunjuk oleh Farish. Syuhada juga tersenyum dengan keseronokkan suaminya meluangkan masa hari Ahadnya bersama mereka.
“Farish,”
“Sayang, dia tidur tu,” larang Syuhada, membuatkan Rafahmi membuat muka. Tetiba timbuk satu perasaan negatif, tetapi segera ditepisnya.
“Mama garang kan?,”
Syuhada tergelak halus, itu adalah tomahan.
“Nanti, Farish nak adik tak?,” soal Rafahmi tetapi matanya tak memandang langsung si pendukung, Syuhada.
“Tak nak,” ucap Syuhada, cuba meniru suara seperti budak-budak. Membuatkan Rafahmi tergelak kecil.
“Suara Farish romantik ok?,” beritahu Rafahmi. Syuhada memandang sayu pada anaknya, dia harap satu hari nanti dia sempat lah melihat Farish mendirikan rumah tangga, dan memberikannya cucu atau mungkin cicit. “Syu ok ke ni, jadi suri rumah sepenuhnya,”
Syuhada tersenyum lebar sebelum menganggukkan kepalanya. “Syu suka sangat beri tumpuan sepenuhnya pada sayang dan Farish,” beritahu Syuhada jujur.
“Tapi kalau Syu bosan sangat dan Farish pun dah besar, Fahmi izinkan Syu kerja,” beritahu Rafahmi.
“Syu fikirkan nanti lah,”
“But then, I am gonna miss you more than ever,” bisik Rafahmi yang sudah menghampirkan diri ke arah isterinya.
“Sayang, Syu rindukan sayang lebih di tiap-tiap hari,” spontan Syuhada berbicara, matanya memandang Farish yang nyenyak tidurnya.
“Wah, sejak bila Syu jadi romantik ni? Sukanye,” sorak Rafahmi bertepuk tangan menyebabkan Syuhada tergelak halus. “Kalau dari dulu macam ni, wah, tak sedap lah hati Fahmi risaukan sayang kat tempat kerja,”
“Hmm, mungkin kerna Syu kesian tengok sayang yang asyik dia sorang-sorang cakap yang menyentuh hati,”
Rafahmi tersenyum, pandangannya di alihkan pada anaknya di pangkuan isterinya, “Dan, Fahmi adalah lelaki yang paling gembira dalam dunia ni kerana memiliki Syu dan Farish,”
“Yelah tu,”
“Sedihnya, isteri tak percaya,”
“Isteri percaya suaminya, cuma kalau tiap-tiap cakap romantik ni takut nanti bosan pulak didengar,” beritahu Syuhada jujur. “Dan Syu tak mahu itu,”
Bosan?
“But I will make sure yang sayang ni tak akan bosan,” ucap Rafahmi yang kemudiannya melekatkan bibirnya kepada bibir isterinya.
Syuhada tertawa selepas dapat menenangkan dirinya dari terus bermuka merah, “Thanks for that,”
Rafahmi membeliakkan mata, ini lah perubahan yang paling ketara yang sangat dia suka.
Atau mungkin, paling dia risaukan.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...