“Aku terima nikahnya Siti Salydia binti Haji Kasim dengan wang tunai lima ratus ringhit tunai,” lafas si pengantin lelaki Haiqal, yang berpakaian serba putih.
Para saksi masing-masing mengangguk sebelum sebulat mengatakan, “Sah,”
Alhamdulilah.
Syuhada tersenyum memandang Lydia yang baru sah menjadi isteri orang mengesatkan air mata kebahagian. Diusapnya lengan Lydia yang akhirnya tersenyum mekar.
Kini sudah lima tahun berlalu, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Mata Syuhada memandang ke arah abang kepada pengantin perempuan, Ajim. Yang juga tersenyum bahagia disamping keluarga tercintanya.
Ajim kini sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka berkahwin atas dasar cinta pandang pertama dengan perempuan bernama Faizawatul seorang pelajar universiti, kawan kepada Lydia, adiknya.
Pertemuan romantik bermula apabila Faizawatul tersalah anggap Ajim adalah pencuri yang dikehendaki di Universiti mereka. Romantik lah kan?
Hajah Umi, ibu kepada Ajim juga semakin sembuh atas kuasa Allah dan menerima kedua menantunya dengan tangan terbuka.
Haiqal seperti yang dilihat hari ni sudah sah menyandang gelaran suami kepada Salydia atau biasa dipanggil Lydia. Haiqal melamar cintanya dua tahun yang lalu (secara rasmi) melalui telefon pintarnya.
Sebenarnya dia pernah melamar lebih awal cintanya kepada Lydia ketika setahun selepas mereka berjumpa, tetapi penerimanya tertidur ketika menunggu matahari terbenam di pantai.
Dari itu, Haiqal seakan trauma dengan lamaran-lamaran ini yang membuatkannya tertunda selama dua tahun lamanya. Selepas mendapat sokongan dari rakan sekaumnya, Ajim dan Rafahmi.
Rahim sedia menunggu kedatangan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Alhamdulilah, Sofia pun tidak banyak kerenah seperti budak lain.
Rahim kekadang bergelut dengan isterinya, Ayu untuk siapakah yang layak bakal menamakan anak kedua mereka. Tetapi pergelutan mereka adalah pergelutan kasih sayang.
Mereka masih tinggal di bawah rumah milik ayahnya, kerana dilarang hebat oleh ibunya, Hajah Ramlah untuk berpindah ke rumah lain.
Rafaie sudah mempunyai perkerjaan tetap di Brunei sebagai guru bahasa Arab di sekolah Arab lelaki Hasannal Bolkiah. Raudha juga kini sudah fasih berbahasa melayu dengan menghadiri kursus bahasa dengan Hajah Ramlah dan Dr.Haji Mahadi dirumah mereka.
Dengan percuma.
Mukhriz anak mereka mempunyai perangai sebiji seperti Rafahmi dulu-dulu. Ini mungkin kerana Rafahmi selalu menghabiskan masanya bermain dengan Mukhriz sebelum pindah ke rumah mereka di Rimba.
Rafahmi, suaminya selalu menumpahkan kasih sayang kepada anaknya dan juga isterinya tak habis-habis. Wajah dan personaliti anak sulung lelaki mereka, Farish Hayat saling tak tumpah seperti suaminya. Comel.
Syuhada? Kini dia menjadi suri rumah sepenuhnya atas arahan suaminya dan dia, seribu kali rela kerana baginya kerja menguruskan Rafahmi adalah cita-citanya dari kecil.
Hana, sudah lama tak mendengar khabar gadis itu. Masih di penjara kah dia? Atau dah bebas? Lucunya, semua ini sebenarnya bermula dari perpisahan yang Hana cipta.
Tidak disangka hujungnya akan menjadi begini.
Syuhada menoleh apabila terasa kainnya ditarik sesorang yang kerdil, dia bercangkung mendapati si penarik, “Kenapa sayang?,”
“Abang Mukhriz jahat, dia tarik rambut Sofia,” adu Sofia, rambutnya memang sah sudah berserabut dikerja budak Mukhriz tu. Allah.
“Fia maafkan dia ya?,” pujuk Syuhada, laju tangannya mengemaskan ikatan rambut Sofia. Sofia mengangguk laju. Syuhada tersenyum, “Fia sayang abang Mukhriz kan?,”
“Ya, Sofia sayangkan abang Mukhriz,” ucap Sofia tersenyum lebar.
Hmm, macam kenal je ayat tu.
Syuhada tersenyum tiba-tiba, bagai deja vu. Sofia mengucapkan terima kasih sebelum berlari menuju ke arah sepupunya, Mukhriz. Mukhriz tersenyum memandang Sofia lalu sedia menarik rambut Sofia lagi.
“Rimas lah,” ucap Mukhriz dengan eksperasi muka yang memang tak menunjukkan dia rimas pun.
“Sorry, tapi Fia nak dekat dengan abang,”
Syuhada mendekati suaminya yang sibuk menghiburkan si kecil Farish Hayat. Rafahmi tersenyum mekar melihat isterinya di depan mata.
“Syu, cuba tengok Sofia dengan Mukhriz tu,” arah Rafahmi.
Syuhada memandang lalu terkejut apabila tiba-tiba dia seperti terlihat bayang Rafahmi sewaktu kecil di sisi Mukhriz dan bayangnya sewaktu kecil di sisi Sofia.
Oh, nampak gayanya akan ada lagi lah sepupu bercinta.
TAMAT
**My author’s note**
Bismilah,
Assalamualaikum,
Alhamdulilah, akhirnya novel Sepupu yang Tercinta ni habis juga saya kerjakan. Ini semua atas sokongan readers, voters and commentors sekalian. I love you all! You are the best!! Yay!!
Here are the three most contribute fans (rasanya lah, I mean can I call y’all the fan?):
Raffyqah_
Puterifara
AmiraharissaThanks to kawan saya ->Papier<-yang sudi sokong saya dari segi mental dan fizikal (wait, huh??)
And of course you! Yes, yang sudi baca till the end.
Well, ini adalah my first and last author’s note untuk cerita ni. Yang sudi vote, thank you. Yang sudi comment, thank you.
Esh, tak habis-habis dengan thanks huh? Hahaha, ok lah. That’s all. Ah, and sorry kalau endingnya tak cantik sangat. Like hmm~
Assalamualaikum.
^^,
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...