Syuhada melangkah lemah ke rumah milik keluarga Dr. Haji Mahadi sekeluarga. Sekali lagi malam ni, dia pulang agak lewat dari biasanya. Mesti lah semua dah tidur, tak kan mereka nak tunggu aku, bicara hatinya.
Syuhada terkejut besar melihat Rafahmi sedang meneguk segelas air di dapur. Tak! Dia harus cuba lupakan Rafahmi sekarang, kerna diri nya sekarang..
Milik Ajim.
Malam ni, tak seperti semalam, Rafahmi mengukir senyuman manis apabila memandang Syuhada. Namun, Syuhada kaku berdiri di situ masih mem-prosesskan kenapa Rafahmi tersenyum pulak?
“Lewat lagi?,” soal Rafahmi lembut yang kini berdiri di depan Syuhada. Lembutnya ia mengutarakan soalan, membuatkan Syuhada ingin menangis di saat itu.
Rafahmi mengangkat tangan lalu perlahan, mengusap kepala Syuhada yang berlapikkan tudung, Syuhada tidak mampu bergerak. Apa yang si Rafahmi buat ni?
“Lain kali, tolong jangan lewat sangat balik, bahaya,” nasihat Rafahmi lembut. Kalau Syuhada tak waras, sudah pasti dia akan menendang tubuh lelaki ini kerana sungguh dia tak kenal lagi! “Tambahan, I am worry about you”
“Ya, saya cuba,” jawab Syuhada sambil ingin melarikan tangan Rafahmi dari kepalanya. Yang membuatkan Rafahmi tergelak kecil.
“Ni Syu,” panggil Rafahmi membuatkan Syuhada mendongak sedikit.
“Ya, Fahmi?,” respon Syuhada.
“I know I should say this a long time ago, and I hope it’s not too late,” ucap Rafahmi, berbahasa Inggeris.
Mata mereka bertentangan, aura romantik tiba-tiba menguasai.
“I love you”
Bermimpikah dia?
Lelaki yang dicintainya selama hampir dua puluh tahun lamanya, juga mencintainya. Rafahmi sepupunya, mencintainya?
Fahmi, aku juga...
Ajim.
“Maaf, saya tak dapat terima cinta awak,” balas Syuhada terketar-ketar.
“What? Didn’t you say kau suka kat aku dulu,” teriak Rafahmi mematikan mood romantiknya. Sekarang baru lah Rafahmi Mahadi.
“Itu dulu,” tunduk Syuhada menjawap, dia tak sanggup memandang ke arah mata sepupunya. “Kan dah saya katakan, saya dah berubah”
Masing-masing diam.
“Buktikan,” kata Rafahmi tiba-tiba. “Pandang kat mata aku sekarang dan buktikan kat aku yang kau dah tak cinta nor sayang kat aku”
Syuhada diam, dia yakin dia tak mampu lakukan itu sekarang atau pada masa akan datang pun.
“Saya dah secara rasminya kekasih Ajim,”
HAJAH Ramlah memandang aneh pada kedua makhluk yang memang ketara yang hubungan mereka agak rengang sekarang. Ditanya, mereka masing-masing menafikan.
Rahim pula hanya memandang skrin telefon bimbitnya. Kadang-kadang tersenyum-senyum sendiri. Tapi bila menyedari yang dia tidak bersendirian dia sedaya upaya dia menyembunyikan senyumnya.
“Yang kamu tersenyum-senyum ni kenapa, Rahim?,” soal Hajah Ramlah seakan tidak ingin anak tengah nya ni gembira.
“La, salah kah Rahim nak gembira?,” senyum Rahim melebihi yang sepatutnya. “Ma, ada seseorang yang nak jumpa mama dan papa nanti”
“Hah, siapa?,” soal Hajah Ramlah, manakala Dr.Haji Mahadi menurunkan surat khabar hariannya.
“Siapa Rahim?,” kini giliran Dr.Haji Mahadi yang bertanya. “Serius je bunyinya”
“Bakal menantu mama dan papa,”
“Budak ni, main-main pulak dia dengan kita,” marah Hajah Ramlah.
“Saya serius mak,” ucap Rahim terus hilang suara riangnya, Rafahmi dan Syuhada kini melihat sesama sendiri. Macam tak percaya.
“Rahim ingin move on,” ucap Rahim seakan-akan memberitahu Syuhada. Syuhada faham lalu tersenyum, perlahan-lahan menayangkan ibu jarinya.
Rahim tersenyum, ya. Tiba masanya dia perlu meneruskan hidupnya tanpa mengharap cinta dari Syuhada. Cinta yang sememangnya bukan untuknya.
“Apa dia, Him?,” soal Hajah Ramlah keliru. Bahasa Inggeris ni mana lah dia mengerti sangat.
“Bagus lah, macam tu,” ucap Dr.Haji Mahadi seakan selama ini tahu tentang cinta yang tak bertepuk Rahim terhadap Syuhada.
“Apa yang bagus, bang,”
“Bagus lah yang anak kita seorang ni dah ada calon bini,” ucap Dr.Haji Mahadi. Muncung terus mulut si isteri. Itu dia tahu lah.
“Siapa nama dia, Rahim? Tinggal kat mana? Umur berapa? Kerja apa? Siapa mak bapa dia? Siapa keturunan dia? Agama apa?”
“Hajah Ramlah oi, bawa bertenang dulu, ada masanya kita jumpa budak ni,” tenang Dr.Haji Mahadi apabila melihat isterinya semput menarik nafas.
Rahim tergelak, betul-betul seperti yang dijangkakannya, “Nama dia Ayu, umur dua tahun tua dari Rahim, hah itu je yang Rahim mampu beritahu dulu,”
“Dua tahun tua?!,” jerit Hajah Ramlah. Budak ni, suka hati dia aje memilih calon isteri. Kalau Rahim dah berusia 27 maknanya budak ni 29? Allah.
Rafahmi yang nampak sangat tidak berminat dengan topik yang dibincangkan, berlalu ke dapur. Baru saja Syuhada memasang niat hendak ke dapur nasib dia berlengah lagi, kalau tak. Tak mampu dibayangkan.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomansaCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...