Bab 21

13.4K 400 7
                                    

Takdir seakan memihak pada mereka, pada saat-saat ini lah, keluarga pengantin perempuan iaitu keluarga Ayu mengajak keluarga Rahim ke rumah mereka. Meninggalkan Rafahmi dan Syuhada bersendirian di rumah ketika ini.

“Kami akan pulang sebelum jam 8 nanti,” pesan Hajah Ramlah. “Makan malam ada bibi sudah sediakan, tinggal panaskan saja”

“Fahmi, don’t be so naughty tonight,” Rahim memberi amaran. Membuatkan muka Rafahmi membahang merah.

“Eh, aku tahu lah,”

Syuhada menayangkan muka tak faham dia. Itu yang terjadi dua jam yang lepas, sekarang pada malam jummat ni, seorang-seorang mengurung diri di bilik masing-masing.

Krrrukkkkkkk~

‘Aduh,.berbunyi pulak perut ni,’ rungut Syuhada. Lalu membuat keputusan keluar dari biliknya untuk makan malam. ‘Lebih baik aku keluar sekarang dari bertembung Rafahmi nantinya’

Alangkah malangnya, betul-betul dia keluar pintu biliknya, Rafahmi yang berada tidak jauh jugak ingin keluar dari biliknya.

‘Malangnya!,’

SEPERTI yang dijangkakan, suasana di meja makan antara mereka berdua memang janggal.

“Siapa perempuan masa tu datang ke rumah tu?,” soal Rafahmi, matanya masih memandang pinggannya.

“Ah, itu adik kepada Ajim,”

Sudu dan garpu Rafahmi dilepaskan ke pinggan, ‘nampaknya Rafahmi dah marah’

Rafahmi tertawa sinis, “So now, keluarga dia pun tahu,”

“Itu bukan salah dia, dia datang nak ambil jaket je,” ucap Syuhada terketar-ketar.

“Huh,” rengus Rafahmi lalu kembali menyambung makan. “Siapa nama dia?”

Kini Syuhada yang terhenti makan, kenapa dia ingin tahu? Kenapa? Dia tak tentu arah, dia sangat-sangat ingin tahu kenapa Rafahmi ingin tahu nama adik kepada Ajim? Bukankah selalunya, dia tak hiraukan?

“Nama dia siapa?,” ulang Rafahmi.

“Lydia,” kini Syuhada menjawab sambil memandang wajah Rafahmi, dia ingin tahu reaksi Rafahmi. Kenapa dia tersenyum?

“Kenapa tanya?,”

“Well, she is attractive dari orang tu so why not to try pikat dia, baik nasib berbesanlah kita,”

Kata-kata selamba Rafahmi yang bagai belati tajam menusuk ke hati Syuhada. Oleh kerana tak tahan menampung air mata, dia segera melangkah laju ke biliknya.

Meninggalkan Rafahmi yang memandangnya berlalu pergi, yang seterusnya menyusul dan tegak berdiri di hadapan pintu.

Dari situ sahaja, dia mampu mendengar esakan lembut Syuhada menangis. Rafahmi sendiri tak tahu mengapa dia bertindak macam tu.

Akhirnya, dia hanya mampu turun ke bawah lalu menyambung makan dan kemudian, tidur.

“SEMENJAK dua menjak ni, kamu sering datang ya, ke rumah ni?,” soal Hajah Umi

“Ya, makcik,” jawap Syuhada lembut.

“Nampak sangat orang bersalah tu,” sindir Hajah Umi lalu bangkit dari duduknya untuk ke dapur.

“Sorry, Syu tak selesa ya?,” soal Ajim, dia tak mampu berbuat apa-apa, emaknya perlu dihormati.

“Tak, ok je,” ucap Syuhada, kepalanya sibuk menjenguk-jenguk ke sekeliling. “Mana Lydia?”

“Ah, tengah tolong mak kat dapur gayanya,” jawab Ajim, sambil menoleh ke belakang ingin melihat ke arah dapur.

“Syu, betul ke Syu dak tak suka dengan Fahmi sekarang?,” soal Ajim, memang dia tahu Syuhada masih sayangkan Rafahmi. Tapi dia ingin bertanya jugak.

“Syu…,” gagap sungguh Syuhada berkata. “Syu tak tahu”

Ajim memandang sayu wajah teman wanita barunya, “Tak apa, Syu. Pelan-pelan ya?,”

“Ya,”

LYDIA teragak-agak ingin mengutarakan soalan pada wanita di sisinya. Hari ni, abangnya berkeras menyuruhnya menghantar kekasih hati abangnya balik.

“Kak,”

Syuhada memandang Lydia yang sedang memandu, “Maafkan kaka ya, Lydia? Menyusahkan kamu je”

“Eh, tak ada lah,” jawab Lydia pantas, takut Syuhada mula rasa bersalah. “Sebenarnya ada benda Lydia nak tanya”

“Tanya apa?,”

“Ahh.. Sepupu akak nama Rafahmi tu, ada yang punya ya?,” tanya Lydia lalu tersipu-sipu malu. Hampir terbeliak mata Syuhada.

“Tak, masih single,” jawap Syuhada yang baginya sangat pedih diluahkan. “Kamu...minat ke?”

Muka Lydia nampak memerah.

“Ya, masa pertama kali jumpa tu memang lah dia agak kasar dan sombong orangnya tapi pada masa yang sama, dia dah ambil hati Lydia,” jawab Lydia riang, kekadang diselitkan helaian tawa. “Lydia rasa Lydia dah jatuh cinta pada pandangan pertama lah kak”

Syuhada tersenyum, “Bagus lah macam tu”

“Akak kena sokong Lydia ya kak?,”

Begutu besarnya permintaan Lydia, namun betapa peritnya jawapan yang ingin diberikan namun ianya kena dilontarkan jugak.

“Baiklah,”

“Yay!,” jerit Lydia lalu bersiul riang. Pemanduannya sangat lancar sahaja malam ni. Namun, jauh di hati Syuhada ianya kenyataan yang sangat pedih.

Akan tetapi, dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Ini adalah keputusan yang perlu dia terima, kerana keputusan ini dia sendiri yang cipta. Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk melupakan Rafahmi dengan membiarkan dia bersama dengan orang lain.

Walaupun pahit, tapi perlu ditelan jugak.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now