Bab 23

13.1K 410 9
                                    

Syuhada memandang lama diari birunya, sebelum menyimpannya ke kotak yang akan dihantar ke tempat pembuangan. Diari ini lah salah satu sebab yang mengeratkan hubungan mereka.

Dia membuat keputusan untuk membelak beberapa kenangan manisnya, dari muka surat yang bertulis sampai lah ke muka surat yang belum terisi.

Tetapi di penghujung buku, Syuhada terlihat ianya sudah terisi. Seingatnya, dia tak pernah menulis apa-apa di muka surat terakhir ini.

Dia pun duduk di hujung katil, lalu membaca isinya.

“Kepada Syuhada,

Mungkin kau akan marah atau mungkin akan berterima kasih selepas kau baca bahagian ni. Well, yes. Aku ada baca buku ini tapi hanya jika aku ada di hari-hari yang kau tulis. Yang pasal si Ajim atau abang Rahim tu aku skip aje, buang masa aku.

Anyways, aku sendiri tak tahu kenapa but every time aku tengok kau, aku dapati hatiku menyanyi lagu cinta yang macam ni kau lah hidupku, kau lah cintaku, kau lah segala-galanya. And yes, jangan tanya aku kenapa lagu tu yang muncul, dah lah lagu cinta, lagu perempuan pulak tu.

One thing yang aku rasa, aku rasa lah, aku dah suka *dipangkah*, aku dah minat *dipangkah*. Kejap, aku rasa aku dah sayang kat kau. There.

Ok, kau dah mengeliat dah ni, takut pulak kau terbangun. Boleh tahan gundah jugak kau ni tidur, panas-panas pakai tudung pulak tu. So itu je, Insyaa Allah, nanti-nanti kalau aku rajin nak hendap kau, aku tulis lagi.

Rafahmi”

Syuhada tak mampu menahan air matanya dari terus mengalir dengan curahnya. Teresak-esak dia di hujung katil. Sakit dan luka dihatinya makin kuat bila membaca luahan hati Rafahmi sendiri di buku diarinya.

Terngia-ngia suara Rafahmi yang mentuturkan kata-kata ini, pedihnya dugaan ini, ya Allah. Sakitnya kenyataan ini.

“AKU tak setuju kamu nak bertunang ni!,” teriak Hajah Umi, mengegarkan rumah miliknya. “Perempuan ni dah menyebabkan kau nyaris-nyaris mati!”

“Mak, dah beribu juta kali Ajim katakan yang ini bukan salah Syu,” tegas Ajim memperingati namun suaranya tidak lantang seperti ibunya.

“Tak kira, mama tak suka perempuan ni jadi menantu mak!,”

Jari tunjuk Hajah Umi dihala ke arah Syuhada yang menunduk, Ajim tak tahan lali menarik Syuhada keluar dari rumah. Orang minta restu elok-elok, ditundingnya pulak jari, rungut Ajim.

“Jim, tak apa lah, kita perlahan-lahan ambil hati mak,” pujuk Syuhada melihat Ajim yang sudah kembang kecut hidungnya menarik nafas. “Ya?”

Ajim mengangguk, “Maafkan Ajim, Syu. Depan mak, rasanya Ajim ni tak berguna pada Syu, Ajim tak dapat derhaka pada mak. Maafkan, Ajim”

Syuhada tersenyum, satu sifat yang amat disenangi Syuhada. Dia tahu Ajim adalah anak yang taat pada ibubapa, malah Syuhada bangga melihat tindakan Ajim yang lebih rela berdiam diri dari melawan tadi.

“Syu faham,” lontar Syuhada tenang.

RAFAHMI dengan senangnya, menyumbatkan sekeping roti ke mulutnya.

“Sedap?,” tanya Lydia, macam dia yang masak roti bakar.

“Kalau tak sedap, tak ada aku makan nya,”

“Nak sikit,”

“Beli sendiri lah,” marah Rafahmi, menjengkelkan betul lah. Lydia sudah memuncungkan mulut, garang gila lelaki ni.

Lydia bangkit untuk memesan roti bakar untuknya, “Satu roti bakar ya encik”

Rafahmi hanya menggeleng tak sangka budak ni, betul-betul nak kan roti bakar. Dilihatnya Lydia adalah seorang gadis yang cantik, sangat cantik sebenarnya. Dia hampir menepati ciri-ciri wanita idaman Rafahmi selain mulut bisingnya.

“Yang awak tengok saya macam tu kenapa?,” soal Lydia. “Am I that attarctive?”

“Yes actually,” jawap Rafahmi jujur. Muka Lydia sudah membahang merah. Memang Lydia cantik, malah lebih cantik dari sepupunya. Tapi dia lebih mahukan Syuhada dari Lydia. Pelik kah tu?

“Fahmi, adakah awak melamar saya sekarang?,”

Tiba-tiba telefon bimbit Lydia berbunyi menyelamatkan keadaan.

“Waalaikumsalam, abang”

Rafahmi terhenti makan, abang maknanya Ajim lah tu yang dalam talian.

“La, tengah dating dengan Fahmi ni, kacau lah,” rungut Lydia, rasanya Ajim sedang menyuruhnya sesuatu. “Kak Syu tak bawa kereta ke?”

Sekali lagi Rafahmi mendongak memandang Lydia, mengikut pengetahuannya, Ajim masih belum kuat untuk memandu menggunakan satu tangan. Syuhada pulak dia tak tahu kenapa dia tak bawa kereta.

“Ok, kejap lagi jalan,” Lydia mematikan talian. “Abang telefon, minta jemput”

“Hmm, jom lah”

“Eh, makanan Lydia macam mana?,”

“Bungkus je lah. Nanti tertunggu-tunggu pulak mereka,”

Lydia tersenyum gembira, hari ni dia bertuah dapat berada sekereta bersama Rafahmi, “Jom”

SYUHADA sama-sama memandang langit dengan Ajim. Selepas penat berjalan hampir tiga kilometer dari rumah, akhirnya mereka bercadang untuk berhenti dan menelefon Lydia untuk mengambil mereka.

“Jim, itu pun mereka,” ucap Syuhda sambil menunding jari ke arah kereta mazda siri lima berwarna merah. “Jom”

Selepas memasuki kereta, Syuhada terkejut melihat Lydia di kerusi penumpang manakala Rafahmi di kerusi pemandu. Bermakna sebelum ni, mereka bersama.

“Sorry Lydia, ganggu korang,”

“Tak apa. Kan, Fahmi?,” ucap Lydia.

“Ya,” jawap Rafahmi selamba.

Sepanjang perjalanan, hanya Lydia seorang yang bercerita tentang kehidupannya sebagai pelajar dahulu. Syuhada tak mampu berbuat apa-apa hanya mampu tersenyum.

Ajim merasa kurang sihat kerana berjalan jauh tadi, tapi dia hanya ingin berdiam.

“So, mak setuju tak?,” soal Lydia. Lalu menerima gelengan dari Syuhada. “Sabar lah, lama-lama setuju lah tu,”

“Setuju apanya?,” soal Rafahmi. Binggung jugak dia.

“Ni tak kan Kak Syu tak beritahu, mereka nak bertunang,“ tidak semena-mena, kereta Mazda Rafahmi sengaja di brek kan. Hampir terhantuk kepala Lydia dibuatnya, nasib baik memakai tali pinggang keledar.

“Kenapa Fahmi?,” soal Lydia hairan. “Apa yang dah lalu tadi?”

“Syu, both of us, out now!,” arah Rafahmi. Lalu keluar di bahu jalan, menunggu Syuhada untuk menyusul.

“Sorry Lydia, Ajim rasanya dia marah kerna Syu belum maklumkan keluarga dia,” ucap Syuhada sambil membuka pintu.

“Oh, sorry, terlepas,” ucap Lydia, rasanya ini semua salah dia.

Selepas saja pintu kereta ditutup, “What do you think engagement is?”

“Kami baru minta izin kat mak Ajim, Fahmi. Belum aturkan lagi,” kata Syuhada seakan memujuk. “Stop overreacting, Fahmi”

“Overreacting?,” Rafahmi seakan menghampiri, “Just apa yang kau fikirkan tentang keluarga kami, anything happen, you have to tell us first! Kami adalah satu-satunya keluarga kau, Syuhada. Beside why do you even need to ask permission from his mother?,”

“Ya Allah, Fahmi kami plan je belum tentukan apa-apa,” ucap Syuhada seakan menangis, dia tak ingin dimarahi terus-terusan begini.

“You what Syuhada, I started to think yang kau buat semua ni seakan-akan ingin membalas dendam kat aku, kerana aku tak membalas cinta kau lebih awal,” ucap Rafahmi. Merah mukanya kerana menahan kemarahan. “Well, if that’s your intention then well done, you did it. Masuk!”

Dengan itu Rafahmi membuka pintu lalu memasuki kereta dengan penuh kemarahan. Disusuli dengan kedatangan, Syuhada. Lydia dan Ajim tidak berkata apa-apa, kerna sememangnya keadaan sedang keruh.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now