Bab 10

16K 519 10
                                    

“Ya, bos. Sudah bos,” bual lelaki tadi melalui telefon. Selesai berbicara, dia pun menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Dia membuka langkah menuju ke Syuhada yang terikat di kerusi, dia berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“Bos aku nak aku ‘rosak’ kan kau,” terang si lelaki bertopeng. Dia berkengkang menatap wajah mangsanya. “Bila dilihat, kau ni gemuk je tapi rupa boleh tahan”

Syuhada yang ditutup mulutnya hanya mampu meronta-ronta, kakinya ditendang-tendang agar mencapai susuk tubuh si pemuda berbaju hitam ni.

Tetapi sebaliknya, kakinya pulak diikat. Kini Syuhada terikat habis. Si pemuda tersengih-sengih lalu,

Butang baju tidur Syuhada dibuka satu persatu, hanya titisan air mata yang mengalir mampu menceritakan kepedihan dan terseksanya Syuhada sekarang.

Semua butang bajunya sudah terbuka, nafas pemuda tadi dapat dirasa terhembus di leher Syuhada yang membuatkan Syuhada menagis lebih kuat.

Hatinya menjerit memanggil nama Rafahmi!

Pintu depan rumah Syuhada tiba-tiba terkuak besar, Rafahmi dan Rahim muncul tercungap-cungap.

“Jahanam kau!,” jerit Rahim lalu menumbuk terus ke perut si penjenayah. Yang menyebabkan si penjenayah tersandar ke dinding. Tidak cukup itu, Rahim melepaskan tumbukannya ke arah muka si penjenayah tadi bertalu-talu.

Rafahmi segera mendapatkan Syuhada yang terikat di kerusi dengan keadaan separuh bogel. Rafahmi pantas menutupi tubuh badan Syuhada yang terdedah dengan baju luar nya. Tangannya laju mendial nomber telefon polis.

Beberapa minit kemudian, si penjenayah yang dah pengsan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Syuhada masih dalam keadaan ketakutan.

Dengan perasaan pilu, Rafahmi memberi sokongan moral berbentuk pelukan kepada Syuhada. Yang menyebabkan Syuhada bertambah sedih dipelukan Rafahmi.

Nasib baik hari ini, ibunya berkeras ingin menjemput Syuhada malam ni jugak, yang menyebabkan Rahim mengheret sama dia ke tempat Syuhada sekarang. Kalau tak, tak ingin dibayangkan apa yang mungkin terjadi.

“SYU, makan lah,” pujuk Hajah Ramlah. “Syu, jangan lah macam ni, kalau berterusan Syu akan jatuh sakit”

Sejak kejadian beberapa hari yang lalu, Syuhada disuruh tinggal di rumah keluarga Rafahmi untuk tempoh yang lama.

Rafahmi muncul di ambang pintu, “Masih begitu kah Syuhada mama?”

“Macam ni lah, Fahmi,” jawap Hajah Ramlah yang seakan putus asa memberi makan Syuhada. Talam yang mengandungi makanan Syuhada diletakan ketepi.

“Mari Fahmi cuba,” tawar Rafahmi. Dia membuka langkah menghampiri Syuhada yang bersandar di katil.

“Kamu cuba lah, mama ambil cucur kat dapur dulu,” arah Hajah Ramlah lalu beredar ke dapur. Meninggalkan Syuhada dan Rafahmi bersendirian.

“Syu,” panggil Rafahmi.

Diam.

“Aku nak minta maaf, aku rasa bersalah sangat sebab..,”

Rafahmi kini telah duduk di katil Syuhada. Menatap wajah Syuhada yang pucat.

“Kalau aku tak putuskan Hana, pasti dia tak akan buat macam ni kat kau,” Rafahmi membuka cerita. “Kalau aku tak halau kau, pasti semua ini tak kan terjadi..”

Titisan air mata Syuhada mula mengalir, tapi reaksi dan posisi kepalanya masih sama. Masih menghadap ke luar jendela.

Secara automatik, Rafahmi pun mengesat air mata sepupunya.

“Syu,” panggilnya lagi.

“Please, at least makan ni, penat mama masak bubur ni untuk kau,” ajak Rafahmi lagi. “Syu, makan lah. Kalau Syu makan, I’ll buy you a lots of chocolate nanti”

Syuhada kini memandang wajah Rafahmi, matanya penuh dengan kesayuan, “Betul?”

Rafahmi tersenyum lebar, akhirnya, “Yes, apa saja coklat. Name it”

“Thank you,” ucap Syuhada lembut. Tangannya perlahan mendekati bubur masakan Hajah Ramlah. Baru sahaja dia ingin mencapai sudu, pantas Rafahmi mengambilnya.

“Biar aku yang suap,” perintah Rafahmi lalu mencedok sedikit bubur lalu di suakan ke arah Syuhada. Syuhada tidak banyak membantah, dimakannya saja bubur suapan orang tercintanya, Rafahmi.

‘Coklat rupanya umpan dia, no worry start from now, tiap-tiap hari aku akan belikan dia coklat,’ bisik Rafahmi dalam hati.

Rahim, Hajah Ramlah serta Dr. Haji Mahadi segera menghembuskan nafas lega mereka masing-masing disebalik pintu luar bilik Syuhada. Akhirnya, Syuhada mahu jua makan.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now