Laju tangan Syuhada melipat pakaian yang terletak di lantai rumahnya. Dia tersenyum melihat Farish yang tidur lena di sisinya. Alhamdulilah, sepanjang dia menjaga Farish, anaknya ini tidak pernah membuatnya merungut.
“Assalamualaikum,”
Syuhada menoleh ke arah pintu rumahnya, siapa yang datang? Setahunya jam 2 petang ni, terlalu awal bagi suaminya untuk pulang dari kerja.
“Waalaikumsalam,” jawap Syuhada menjengukkan lehernya untuk melihat tetamunya.
“Mama!,”
“YA, mama dan papa je yang datang, hmm cepat-cepat lah balik,” beritahu Syuhada di balik telefon. Rafahmi tersenyum, bagus lah isterinya tak berkeseorangan di rumah sekarang.
“Insyaa Allah, nanti Fahmi cuba usahakan,” entah mengapa sekarang mulutnya bagai berat mengucapkan kata-kata manis seperti mula-mula dulu.
“Terima kasih, sayang,” ucap Syuhada sebelum tergelak kecil. Rafahmi sudah membayangkan bagaimana merahnya muka isterinya mengutarakan ayat itu.
“Sama-sama, sa-,” sekali lagi ungkapan itu tidak dapat diucapkan. “See you later, Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
Berhati-hati dia meletakkan gagangan telefon. Rambutnya disasar ke belakang sebelum keluhan dilepaskan. Kenapa aku tak boleh ungkapkan kata-kata manis pada isteriku lagi?
Apa dah jadi pada aku sekarang ni?
HAJAH Ramlah tersenyum mekar memandang Farish yang lena tidurnya di pangkuan ibunya.
“Bagaimana kamu dengan Fahmi, Syu?,” soal Dr.Haji Mahadi selamba. Syuhada memandang hairan melihat Dr.Haji Mahadi.
“Alhamdulilah baik,”
Hajah Ramlah memandang anak wajah Syuhada dan Dr.Haji Mahadi. Perasaan hairan tetiba menyelubungi, kenapa suaminya ini bertanyakan hubungan Rafahmi dan Syuhada? Tak nampak ke terang-terang mereka bahagia sangat?
“Kenapa abang tanya macam tu?,”
“Tanya je, dari duduk diam macam batu je,”
Hajah Ramlah memuncungkan mulutnya, Syuhada tersenyum tetapi dalam hatinya timbul perasaan takut. Nampaknya, bapa mertuanya sudah mengesan sesuatu.
Tajam sungguh deria orang tua ini, dia kena berhati-hati dari sekarang. Sebenarnya, semenjak dua menjak ini, dia dapat merasa perubahan suaminya. Rafahmi tidak lagi semesra dulu. Syuhada tahu suaminya seperti sudah bosan dengannya.
Tetapi dia tak berputus asa, seminggu lagi adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tiga tahun. Tak sedarnya masa berlalu begitu pantasnya. Dia akan buat sesuatu tentang itu.
“Farish, sayang nak jumpa kaka Sofia tak? Dengan abang Mukhriz,” soal Hajah Ramlah manja, bermain-main lembut tangan Farish yang tergapai-gapai.
Syuhada tersenyum, kalau Farish bisa bercakap. Pasti dia akan menjawap ya.
“Syu, kalau bosan sangat, lawat-lawat lah kami kat rumah ya?,” ajak Hajah Ramlah. Dia seperti mengerti kesunyian Syuhada, yang membuatkan Syuhada tersenyum sebelum mengangguk.
SELEPAS meletakkan Farish di tempat tidurnya, Syuhada segera merebahkan dirinya ke katil. Hatinya sedikit tersentuh dengan layanan Rafahmi sekarang. Janji mereka termungkir.
Memang aku ni membosankan ke?
Syuhada sudah menutup matanya mencuba untuk tidur di katil mereka apabila Rafahmi memasuki bilik tidur mereka. Rafahmi memandang sayu wajah lesu isterinya. Mesti isterinya letih.
Hari ini, dia secara tidak sengaja memungkir janji yang dia akan pulang awal untuk sama-sama melayan mama dan papanya datang melawat. Tapi sungguh dia lupa.
Segera Rafahmi melabuhkan punggungnya di birai katil sebelum mengusap lembut kepala isterinya.
“Ya Allah, perkuatkanlah hubungan rumah tanggaku ya Allah,” doa Rafahmi lemah sebelum bangkit untuk membersihkan diri.
Syuhada membuka mata, perkuatkan? Adakah ini bermakna, hubungan rumah tangga mereka kian lemah? Kenapa? Adakah kelemahan ini berpunca darinya atau...
Rafahmi sudah tak cintakannya?
Tanpa disedari, air matanya mengalir laju membasahi bantal tempatnya melenakan diri.
Memang cinta dalam realitinya akan berakhir begini kah?
SUDAH seminggu peristiwa itu berlalu, kini Syuhada lebih kepada mendiamkan diri, begitu juga dengan Rafahmi. Masing-masing berdiam diri, mereka hanya bercakap mengikut keperluan.
Pada hari cuti, Rafahmi akan membawa diri makan angin di luar manakala Syuhada dan Farish akan berkurung sepanjang hari di rumah.
Hari ini, sudah genap lah tahun ke tiga mereka berjaya disatukan. Namun, Rafahmi langsung tidak ingat apa-apa. Syuhada berhasrat untuk menyelamatkan hubungannya dengan Rafahmi walau apa sekali pun.
“Assalamualaikum, Fahmi,” ucap Syuhada, membahaskan suaminya mengikut nama. Dia tak yakin akan dapat mengunakan perkataan seperti sayang, darling itu lagi. Dia lebih kepada takut.
“Waalaikumsalam,”
“Syu dan Farish nak makan luar, jadi nak minta izin lah,”
“Dengan siapa?,”
“Kami berdua je,” jawab Syuhada tergagap. Sah lah, suaminya tak akan izinkan tapi tak kan dia nak menipu.
“Hmm, jam 4 ni, aku dah boleh balik, kita pergi sama-sama lah,”
Aku?
Pedih sungguh rasanya, bila Rafahmi mula membahaskan dirinya begitu. Cepat-cepat Syuhada menepis tanggapan tak baik itu.
“Baik, Syu akan bawa Farish ikut teksi dan tunggu kat pejabat tingkat bawah nanti,”
“Hmm,”
Talian dimatikan. Ya Allah, lancarkanlah untuk aku menyelamatkan hubungan rumah tangga ku, ya Allah.
SYUHADA sudah melabuhkan punggung di satu kerusi di lobi tempat Rafahmi berkerja, topi kecil milik Farish disarungkan. Walaupun masih ada 30 minit lagi, Syuhada berhasrat akan menunggu sahaja kedatangan suaminya.
Hatinya berharap sangat suaminya akan ingat yang hari ini adalah hari istimewa mereka. Tak ingat langsung pun tak apa lah. Asalkan ada terlintas di fikirannya bahawa hari ni hari penting mereka.
“Maaf ya Puan, tempat ni perlu ditinggalkan kerana pekerja di sini ingin memulakan kerja pembersihan,” seru perempuan tua yang kelihatan lemah.
“Maaf, ya mak cik,” tanpa banyak songgeh Syuhada terus meninggalkan tempat lobi bangunan tadi lalu memutuskan dia akan menunggu di luar bangunan sahaja.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 tapi, bayangan Rafahmi masih belum kelihatan. Belakang badan Syuhada sudah mula terasa sakitnya akibat terlalu lama mengendong si kecik Farish.
“Tak apa, mungkin ada klien buat hal, itu yang lambat tu,” kata Syuhada menyedapkan hatinya sendiri. Dia ingin menghubungi Rafahmi tapi dia tahu dia akan menganggu suaminya itu. Dia ingin naik ke tempat Rafahmi bertugas tapi, dia tak tahu tempatnya.
“Syuhada?,” panggil seseorang.
“Abang Rahim!,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...