Ajim berkeras hendak membukakan pintu kereta untuk Syuhada, hari ini dia nak jadi se -gentle- mungkin, masalahnya Syuhada pulak yang rasa tak selesa.
“Silakan Puteriku,” sapa Ajim menunduk seperti pelayan. Puteri lah sangat. Syuhada melangkah lembut, kasut yang sederhana tinggi terinjak ke tanah.
“Jim, sorry. Saya rasa tak perlu lah kita berpautan tangan,” tolak Syuhada lembut apabila Ajim sudah menunjukkan posisi ingin berpautan tangan.
Ajim tersenyum, Syuhada memang perempuan yang mementingkan agama.
Hari ni Ajim mengatakan rancangannya hari ni hanyalah berjalan di taman permainan sambil berborak mengenai hati masing-masing.
“Nak tahu kenapa Ajim suka kat Syu?,” tanya Ajim tiba-tiba. Syuhada hanya mengangguk, dari tiada apa yang nak dibualkan, “Ajim suka kat Syu masa kali pertama Ajim jumpa Syu”
“Oh, ya?”
“Ya,” Ajim tersenyum bangga. “Masa tu pertama kali Ajim datang kat pejabat, semua perempuan tak serupa perempuan, pakai ketat-ketat, skirt pendek tak pakai tudung”
“Biasa lah tu, perempuan kononnya nak moden,” Kata Syuhada.
“Ye lah tapi bila Ajim tengok Syu, hati Ajim ni sejuk, Syu adalah ciptaan Allah yang mampu menyedapkan permandangan mata makhluk-Nya,” ucap Ajim penuh pujian. “Tanpa Ajim sedar, Ajim dah jatuh cinta pada pandangan pertama”
“Jim,” ucap Syuhada sayu. Ya Allah, payahnya dia untuk menolak cinta Ajim. Akhirnya, dia hanya bisa berdiam.
“Lydia kata nak jumpa Syu sangat-sangat,” bilang Ajim, tersenyum lebar. Lydia yang dimaksudkan adalah adik perempuan kepada Ajim. “Ajim tiap-tiap hari cerita kat Lydia tentang Syu”
“Oh,” itu sahaja jawapan Syuhada. Bukan dia tak suka cuma ianya agak janggal sekarang antara mereka. “Lydia sekarang kerja apa ya?”
“Menganggur, rancang nak sambung master pada masa terdekat ni,”
“Oh,”
“Sorry, bosan ya?,” soal Ajim, matanya menunjukkan dia rasa bersalah sekarang.
“Tak, cuma fikiran Syu asyik melayang,” ucap Syuhada jujur. Dia tak berani memandang Ajim sekarang, lebih kepada tak sanggup. “Maaf, Jim”
Ajim tersenyum, tak terus berkata. “Tak apa,” jawapnya. Sejujurnya, dia memang terasa hati tapi dia sedar ini salahnya kerana meluahkan perasaannya secara tiba-tiba. “Jom, pergi seberang jalan sana, ada orang jual aiskrim”
Ajim memegang lembut lalu menarik sama tangan Syuhada. Entah dimana silapnya, gelang kesayangan Syuhada terputus lalu terletak elok di tengah-tengah jalan.
Syuhada yang perasan gelang sudah tiada, ingin berpatah balik tapi Ajim sendiri ingin mengambilkan untuk gadis kesayangannya.
Namun, malangnya, sebuah kereta yang dipandu laju menuju ke arahnya.
“Ajim!!,” teriak Syuhada.
Jeritan Syuhada menandakan tiada impak untuk mengubah apa-apa yang akhirnya menyebabkan Ajim dilanggar lalu terpelanting agak jauh dari tempat insiden.
Syuhada menangis teresak-esak lalu mendakap tubuh Ajim yang tidak bermaya. Tangan Ajim perlahan-lahan bergerak lalu menghulurkan gelang kesayangan Syuhada dengan payahnya.
“Sudah panggil ambulance tak ni?,” soal seorang yang perihatin.
“Sudah,”
“Ni, kenapa pandu laju ni? Kan dah tahu ini tempat perlintasan,” marah seorang saksi kepada pemandu yang datang untuk menunjukkan diri.
“Jim, bertahan ya, ambulance akan datang kejap lagi,” pinta Syuhada. Ajim tersenyum,
“Ajim sayang kat Syu sangat-sangat,” kata Ajim dengan payahnya. “Jangan tunjuk muka sedih ni kan Ajim, it really hurts me”
Makin kuat esakan Syuhada di bahu jalan. Badan Ajim tidak lagi setegap tadi, ia lebih lemah, adakah.. Ajim telah pergi?
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...