Bab 12

14.8K 494 1
                                    

Ajim yang kelelahan, menghempaskan badannya ke katil. Penat akibat kerja pejabat yang melambak, mematikan hajatnya untuk berangan-angan.

Syuhada.

Apakah khabar gadis kesayangannya sekarang? Bahagia kah? Sengsara kah? Ingin dia menghubungi gadis kesayangannya itu tapi dia tidak mahu menganggu keamanan Syuhada. Atau mungkin Syuhada masih dalam keadaan menyembuhkan diri.

Sudah seminggu lebih, dia tidak bertentangan mata. Rindunya kini sangat membuak-buak. Esuk hari Ahad, macammana kalau dia buat kejutan buat gadis pujaannya itu?

“SYUHADA!,” jerit Rafahmi memanggil nama penuh sepupunya di luar bilik. Lazimnya, dia hanya akan mengetuk pintu kalau ingin masuk ke bilik Syuhada.

Tiada jawapan.

“Dah tidur ke?,” Rafahmi bermonolog sendiri. Ditolehnya jam di dinding masih menunjukkan pukul 8 malam. “Tak kan dah tidur, awalnya”

Tombol pintu bilik Syuhada pulas, terlihat sekujur tubuh yang berbaring elok di atas katil. Selimut yang menutupi tubuhnya menandakan dia sudah tidur.

Rafahmi tersenyum, mesti sepupunya ini keletihan mengejarnya satu rumah tadi petang. Bila difikirkan kembali, perangai mereka mengalahkan zaman kanak-kanak mereka dahulu.

Buku yang dipeluk Syuhada menarik perhatiannya, perlahan-perlahan dia menarik buku berwarna biru langit dari pelukan Syuhada yang sedang lena tidur.

“Diari?,” bisik Rafahmi. Tanpa rasa bersalahnya, dia pun membuka dan menyelak ke muka surat yang masih baru.

Rindunya pada bonda dan ayahnda, Syu ingin melawat pusara mereka tapi Kak Long tak benarkan, dia kata mesti bertemankan Rahim atau Fahmi. Tapi Syu tak nak susahkan mereka, biarlah doa dan bacaan Yaasin disedekahkan kepada mereka di setiap malam-malam Syu. Amin”

Rafahmi berpaling memandang ke arah wajah tidur Syuhada, terbit perasaan simpati pada perempuan ini. Memang Rafahmi tidak dapat memahami perasaan Syuhada kerana dia masih mempunyai ibu bapa.

Diselaknya lagi hari yang bertarikh kelmarin yang tercatat di diari kecil Syuhada.

Fahmi, he came to my room lagi tadi. Kitaorang berborak kosong mengenai masalah global sekarang. Tak tahu macam mana boleh terpelanting ke topik yang satu tu, but I really glad he was here”

Lebar Rafahmi mengukir senyuman, namanya tertera jugak di dalam buku hikmat ni. Ternyata Syuhada masih menyukainya, tapi apa kah dia jugak perasaan sedemkian?

“Fahmi!,” bisik Rahim di ambang pintu. Aduh, apa hal abang Rahim panggil-panggil ni?

Rafahmi segera beredar mendapati abangnya.

“Apa yang kamu buat kat bilik Syu tu hah?,” soal Rahim bernada serius. “Kau jangan nak buat hal tak senonoh ya?,”

“Alah, bang. Macam tak tahu aje, kan dah tiap-tiap malam Fahmi pergi ke bilik Syu berborak sampai kekadang tu sampai larut malam, tapi malam ni je Syu tidur awal,” jawap Rafahmi panjang lebar.

“Walaupun, Syuhada dan kita sepupu tapi ingat Fahmi, kita tak halal buat dia,” peringat Rahim. “Fahmi bukan suami dia”

“Yang abang marah-marah ni kenapa?,” soal Rafahmi hairan. Oleh kerana mereka masih berada di depan pintu Syuhada. Suara mereka peflh dikecilkan sekecil mungkin.

Rahim menarik baju Rafahmi lalu diheretnya ke tingkat bawah, bilik tamu. Agar mereka bebas berbahas tanpa perlu mengawal kenyaringan suara.

“Hukum Islam bukan boleh dimain-main,” sambung Rahim.

“Siapa nak main-mainkan hukum Islam ni bang?,” soal Rafahmi lancang. “Aku tahu mana haram, mana halal”

“Jadi, kamu kena kurangkan melepak berdua-duaan dalam bilik tah lagi,” amaran Rahim. Aduh, tak padan dengan perangai lah Rahim ni. Bukannya dia warak sangat kan ilmu agama. Dulu pun dia pernah tinggal serumah dengan perempuan bukan mahramnya di Amerika Syarikat.

“Takkan lah nak bawak mama dan papa ke bilik pulak,” soal Rafahmi, sambil menggaru kepala yang tak gatal. “Atau sebenarnya abang ni cemburu kat aku sekarang ni?”

“Jangan merepek lah,” dalih Rahim lalu ingin membuka langkah tapi dihalang Rafahmi.

“Bang, betul ke?,”

Rahim memandang tepat ke mata adiknya, Rahim hanya mengeluh. Dengan lemah Rafahmi melepaskan genggaman lengan abangnya. Jadi, benar lah apa yang dikatakan Syuhada dulu.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now