Ajim sudah beribu kali mundar mandir di luar keretanya. Mengapa lah dia mempunyai adik terlambat di dunia? Sudah sejam lebih dia menunggu.
Beberapa jam yang lalu Lydia merayu-rayu padanya agar abangnya dapat menemaninya ke Universiti untuk menyelesaikan beberapa perkara seperti pengambilan dokumen, menandatangani sijil yang perlu dibuatnya dalam masa satu hari.
“Hey, tengok tu, kau tak rasa ke orang tu mencurigakan?,” bisik perempuan bertudung kuning kepada kawannya yang terpaksa mengalihkan pandangannya dari buku yang dibacanya sedari tadi.
“Eh, yelah, pakai kaca mata hitam pulak tu, jangan-jangan dia lah pencuri barang makmal komputer kita tu,” setuju perempuan bertudung hitam.
Kedua-dua mereka mendekati Ajim secara perlahan-lahan dan kemudian bersembunyi di belakang tiang apabila Ajim berpaling ke arah mereka.
“Mengikut gambaran CCTV masa tu, lebih kurang macam tu lah, struktur badan dia,” yakin betul perempuan bertudung kuning. “Apa kita nak buat?,”
“Serang,” beritahu perempuan bertudung hitam. “Tapi tengok tangan kiri dia tersarung ke poket mungkin ada senjata, jadi kau halang dia keluarkan tangan kiri dia dan aku pulak pergi tumbuk perut dia untuk rebahkan dia,”
“Hah? Kau pandai ke?,”
“Hey, sekolah menengah dulu aku pernah belajar karate tau,”
“Tak panggil pensyarah dulu ke ni? Bahaya lah,”
“Tak sempat punya, mesti dia akan cabut nanti,”
Kemudian kedua-dua mereka menarik nafas dalam, nanti dapat lah mereka kepujian ke apa ke dari pensyarah kerana berjaya menangkap penjenyah dikehendaki.
Mereka memasang angan-angan, mungkin mereka akan diberikan bisasiwa atas jasa mereka. Tinggi sungguh angan-angan gadis-gadis ini.
“Sedia, dalam kiraan 3,”
“1… 2… 3!,”
“AAAAAAAAA!,” jerit perempuan bertudung hitam berlari mendapati Ajim dan menumbuk perut lelaki tak beraalah itu manakala perempuan bertudung kuning tidak bergerak satu langkah pun.
Ajim terundur ke belakang sementara tangan kanannya memegang tempat dia ditumbuk, dia tertunduk menahan sakit.
“Lebih baik awak menyerah, penjenayah tak guna,” jerit perempuan bertudung hitam. “Tiqah, cepat lah tolong aku!,”
Tiqah, si perempuan bertudung kuning hanya menggeleng di belakang tiang, “Takut,”
Ajim mendongak ke atas, mahu saja dia memaki hamun perempuan kecil di depannya, “Kenapa?,”
“Awak tu pencuri jangan sangka hanya awak berkaca mata hitam bererti awak dapat menyamar,”
Ajim kini sudah batuk-batuk, darah yang mengalir keluar dari mulutnya dikesat. Perempuan bertudung hitam tergamam, tak sangka tumbukannya tadi kuat juga. Tapi teknik tadi digunakan hanya untuk membuatkan lawannya lemah bukannya cedera.
“Saya rasa awak ni salah orang,”
“Awak tak akan terlepas!,” jerit perempuan bertudung hitam. “Lebih baik awak menyerah sebelum saya cederakan awak lagi!,”
“Faiza!,”
Faizawatul menoleh ke arah si pemanggil. Dia terkejut memandang rakannya, Lydia memanggilnya dengan nada marah. Rakan yang dia tak pernah rapat.
“Apa yang awak buat ni?,” soal Lydia lalu mendapatkan abangnya. “Ok tak?,”
Ajim mengangguk sebelum tertawa, “Saya tak tahu pulak rupa saya ni macam penjenayah,”
“Penjenayah?,”
Faizawatul menjeling ke arah Ajim, “Lydia, dia lah penjenayah yang mencuri maknal komputer tu!,”
“Faiza, penjenayah tu dah ditangkap lah! Semester lepas, masa kau cuti,” beritahu Lydia, menyebabkan Faizawatul bermuka pucat. Lydia membuat muka, tahu lah kita tak rapat dengan dia, tak perlu cederakan apa bagai.
“Tapi dia mungkin memiliki senjata, tengok, tangan kiri dia tersarung kat poket tu, simpan senjata lah tu,” kata Faizawatul tak berputus asa.
“Esh, bukan lah-, eh, tak perlulah keluarkan,” larang Lydia apabila melihat Ajim sudah mengeluarkan tangannya.
“Tak apa,”
Faizawatul menelan air liur, silap hari bulan melayang lah nyawanya. Bersusah payah dia mengeluarkan tangan kirinya dibantu oleh tangan kanannya. Hampir hilang segala darahnya apabila melihat tangan kiri Ajim yang tak bermaya.
Lydia sudah berpaling wajah, menyembunyikan muka sedihnya. Dia tak suka apabila abangnya bercerita mengenai tangan kirinya. Dia takut abangnya akan menyesal.
“Tangan saya,” beritahu Ajim berhati-hati memandang tangannya yang terhayun sebelum kekal di sisi kakinya. “Lumpuh,”
“I… I…,” gagap Faizawatul mengungkapkan kata-kata maafnya. Sudah menggunung rasa bersalahnya.
“Faiza, right? It’s ok,” beritahu Ajim jujur, siap tersenyum mesra lagi. Faizawatul rasa terpukau dengan senyuman Ajim yang menawan. Baru dia sedar, Ajim memiliki wajah paras yang kacak saat dia menanggalkan kaca mata hitamnya.
“It’s Faizawatul,” beritahu Faizatul. Entah dia tak tahu mengapa, tapi dia mahu lelaki ini tahu itu.
Lydia membuat muka benggang dia. Aku sampai hari terakhir aku kat sini tak tahu langsung nama penuh dia, dia sedap-sedap je beritahu kat abang aku. Aish.
“And I’m Ajim,” beritahu Ajim sebelum memasukkan tangan kirinya kembali ke poket dibantu oleh adiknya.
Faizawatul tahu Lydia memandangnya dengan pandangan tak suka dia. Baik aku minta maaf, mana tahu lepas ni aku tak jumpa lagi dua pasangan ni. Eh perempuan ni, aku tak nak lah boyfriend kau ni.
“I am so sorry, encik Ajim dan Lydia sorry too pasal insult your boyfriend,” kasual Faizawatul mengucapkan.
Lydia dan Ajim memandang sesama sendiri sebelum tertawa besar. Faizawatul tersenyum aneh, kenapa mereka ni?
“Oi Faiza, ini abang aku lah,”
Oh, patutlah rapat sampai terpegang-pegang tangan pun tak kisah. Allah, ini lah akibat membuat kesimpulan tanpa memeriksa keadaan dahulu. Akhirnya, aku yang malu.
Ajim tersenyum memandang Faizawatul yang sudah bermuka merah.
“Oh, ini cara baru untuk orang zaman sekarang nak tahu dia single ke tak ke ni?,” gurau Lydia apabila melihat abangnya senyum gembira yang sudah lama dia tak nampak.
“Lydia, man…mana ada,” Faizawatul tersipu-sipu.
“Hah, Lydia jangan nak usik si Faiza tu,” tegur Ajim, menutup tawanya.
Faizawatul memandang tajam pada anak mata Ajim. Sekali lagi dia terpena dengan kekacakan Ajim. Aduh, susah lah.
“Faiza, kitaorang nak balik dulu kalau nak minta hantarkan boleh lah kami tumpangkan,” ucap Ajim berbasi-basi.
Faizawatul dengan secara tak sengaja telah mempamerkan muka sedih dia tapi cepat-cepat dia menutup dengan tersenyum mekar.
“Tak pe lah, Faiza ada kawan lagipun,” jawap Faizawatul, Lydia merengus kegeraman.
“Kalau macam tu, kami minta diri dulu, Assalamualaikum,” pamit Ajim
“Waalaikumsalam,” jawap Faizawatul lemah.
Selesai Lydia menulis sesuatu, kertas kecil tadi diberi laju pada tangan Faizawatul. Walaupun kebenggangan, Faizawatul tetap menyambut.
“Call him tonight,” jerit Lydia sebelum memasuki perut kereta Ajim.
Faizawatul membuka lipatan kertas Lydia,
Ajim +6737XXXXXX
Memerah muka Faizawatul sebelum tertawa dan ditanya kawannya yang baru muncul, Tiqah.
“So, siapa tu?,” soal Tiqah. Dia tahu tak mungkin yang tadi tu penjenayah. Tak kan lah kawan aku ni bergurau dengan penjenayah.
“Future boyfriend kot,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...