“Alhamdulilah, semua yang ada di sini akhirnya bisa dikumpulkan,” umum Rafahmi berdiri di tengah-tengah ruang. Malam ni menjadikan hari yang ke lima selepaa Syuhada sedarkan diri dari ‘tidur’nya.
Sebab itu, malam ini keluarga Dr.Haji Mahadi menjemput keluarga mertua Rahim, Ajim dan keluarganya ke rumahnya mengadakan doa kesyukuran.
“Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan satu pengumuman penting,” beritahu Rafahmi mengambil perhatian para tetamu.
Hajah Ramlah menanyakan suaminya, pengumuman apa yang anak bungsunya ingin lakukan. Namun, Dr.Haji Mahadi hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
Syuhada pun berpaling dari Ajim melihat sepupunya membuat pengumuman yang lagaknya macam pengumuman yang sangat penting.
“Saya akan berkahwin,” umum Rafahmi cukup lantang.
Syuhada merasakan hatinya bagai diretakkan dengan tukul yang berat. Pantas dia melihat ke arah Lydia yang tersipu-sipu. Syuhada tidak mahu mendengar semua ini lalu dia bercadang ingin lari sahaja ke dapur.
“Dengan orang yang sangat saya cintai,”
Makin cepat Syuhada lari, dia tak nak dengar semua ini.
“Syuhada,”
Langkahnya terhenti, apa? Apa yang terjadi?
Rafahmi walaupun jauh darinya tapi dia bisa nampak Rafahmi sedang merenungnya. Bukan Rafahmi seorang sebenarnya, semua orang terutama Lydia dan Ajim.
“Saya ingin mengahwini sepupu saya, Syuhada,” umum Rafahmi tersenyum lebar. Tidak diragui, kedua-dua mereka berdebaran.
Syuhada masih tidak percaya, dia memang pernah bermimpi Rafahmi memegang tangannya dan berjanji akan mengahwininya semasa dia tidak sedarkan diri. Tapi, ini semua di luar jangkaannya.
“Rafahmi, tak habis-habis kamu ni mengejek Syuhada ya?,” marah Hajah Ramlah. Dia bukannya tak suka anaknya bersama Syuhada, tapi apa kata orang nanti kalau betul?
Rafahmi hanya mengukir senyuman lalu membuka langkah mendapati Syuhada. Betul-betul di hadapan Ajim dan Lydia, Rafahmi melutut lalu mengeluarkan kotak kecil berwarna biru tua. Perlahan-lahan dia membuka, mendedahkan isi kotak.
Syuhada tergamam melihat sebentuk cincin berlian terletak elok di dalam kotak, adakah ini mimpi? Adakah ini hanya gurauan Rafahmi? Jika bukan mengapa segalanya nampak indah?
“Sudikah Syuhada Adlee menjadi isteri dunia dan akhirat saya?,” lembutnya suara yang utarakan Rafahmi. Syuhada memandang ke arah Ajim dan Lydia masing-masing menunjukkan muka hairan mereka. “Syu, please look at me now. Only me, kalau Syu sayangkan saya terimalah lamaran saya”
Syuhada keliru, dia memang sangat mencintai sepupunya tapi dia akan melukakan hati dua orang insan yang tak bersalah. Syuhada memandang Ajim, Ajim hanya tersenyum lalu memberi isyarat ‘go’
Lydia dilihat menunjukkan dia tak suka semua ni, tapi bila teringatkan Syuhada yang menyelamatkannya tempoh hari dengan berat hati dia mengangkat kedua ibu jarinya. Dengan terpaksa.
Syuhada tersenyum, air matanya menitis juga. Dr.Haji Mahadi mengangguk. Hanya Hajah Ramlah tak tahu apa-apa, dia hanya tercenggang. Rahim yang nampaknya berdiri di sisi Ayu tersenyum lebar.
Syuhada kini memandang Rafahmi yang masih dalam posisi melutut.
“Psst, cepat lah nak reject ke receive cakap je. Letih dah lutut aku ni,” ya Allah Rafahmi. Dalam melamar pun dia masih merungut, betul ke dia akan membahagiakan Syuhada.
“Saya terima, Rafahmi,” jawap Syuhada lantang. Semua tetamu bersorak. Termasuk Ajim dan Lydia, kedua-dua adik beradik saling berpandangan lalu tercetus tawa di antara mereka.
Rafahmi berdiri lalu secara berhati-hati menyarungkan cincin ke jari manis Syuhada. Tiada persentuhan kulit antara mereka.
“Kenapa payah sangat nak masuk kan ni?,” rungut Rafahmi.
“Awak beli saiz yang betul tak ni?,”
“Mana ku tahu, just pretend it fits. Malu kat orang,” bisik Rafahmi kembali berpura-pura senyum.
“Romantik apa macam ni?,” bebel Syuhada.
“Apa dia?,” soal Rafahmi.
Syuhada menggeleng laju, “Tak ada apa”
SETELAH hampir semua tetamu pulang, Syuhada mendekati Ajim dan Lydia.
“Kenapa tak beritahu Lydia yang akak cintakan Rafahmi?,” soal Lydia, berpura-pura marah. “Lydia baru tahu tadi, dari abang ni”
“Maaf, Lydia,”
“Hmm, akak kena belanja Lydia lah macam ni. Tapi, please no more secret antara kita lagi lah kak,”.pinta Lydia lalu memeluk Syuhada. Pelukan terlerai.
“Insyaa Allah,” ucap Syuhada lalu berpaling pada Ajim. “Jim, I am so sorry”
“It’s ok, Syuhada. Sebenarnya Ajim jugak agak relief kerana Ajim tak nak menjadi anak derhaka pada mak, lagipun Ajim tak yakin akan dapat membahagiakan Syu”
“Jim,”
“Betul, Ajim tak rasa akan dapat memihak pada Syu kalau kita jadi kahwin nanti, sebab mak kan sakit. Ajim tak nak berkeras selalu dengan mak,”
“Anak manja,” bebel Lydia, lalu menerima cubitan dari si abang. Syuhada hanya tertawa melihat gelegat dua adik-beradik ni.
“But really, if Syuhada dah meluat kat Rafahmi you can always come to me,” Ajim melirik mata.
“Semua berlaku terlalu pantas but,” Syuhada tertawa, “No, saya tak rasa saya akan meluat dengan Rafahmi saya. Insyaa Allah untuk selamanya. Kalau meluat pun, saya buat sesuatu supaya tak meluat kat dia”
Lydia dan Ajim senyum lebar.
“Oh, buat sesuatu kat aku ya?,” suara yang cukup dikenali Syuhada. Ya Allah, itu suara Rafahmi. Ajim dan Lydia tertawa besar, jadi Ajim sengaja mengenakan dia? Malunya, dah lah dia tercakap Rafahmi saya.
“Baiklah, kami balik dulu, nak jemput mak dari hospital,” pamit Ajim dan Lydia. “Assalamualaikum,”
Setelah tetamu yang terakhir itu pergi, Syuhada secara senyap-senyap ingin melarikan diri. Tetapi pantas tangan Rafahmi menyentuh dinding menghalang perjalanan Syuhada.
“Buat sesuatu?,” ungkit Rafahmi.
Syuhada tertawa palsu, “Ya,”
“Contohnya, k.i.s.s.i.n.g ke?,”
Syuhada dapat merasakan mukanya panas membahang, laju dia membuka langkah meninggalkan Rafahmi yang tertawa besar di ruang tamu. Mengundang rasa hairan pada Hajah Ramlah dan suaminya.
“Syuhada, you are really interesting,”
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...