Lydia masuk terkoncoh-koncoh dengan tas tangannya yang tiba masa nak putus ke hospital RIPAS Brunei. Wajahnya menunjukkan dia memang bergegas datang ke hospital ini.
Syuhada yang dari tadi menunggu di depan bilik pembedahan terus mendekati Lydia yang dalam keadaan sedang menarik nafas panjang.
“Mana abang?,” tanya Lydia pada Syuhada. “abang Ajim mana?”
“Masih dalam ICU,” bicara Syuhada lemah. Kepalanya masih menunduk, esakkan Lydia makin kuat. Menambahkan perasaan bersalah pada Syuhada. Ini berlaku semua salahnya.
Sudah hampir empat jam menunggu, akhirnya Lydia bersuara.
“Kaka balik lah dulu,” akhirnya Lydia berbicara. Aliran air matanya dikesat lemah, “Terima kasih, Kak Syu”
“Lydia, kaka minta maaf, sebab kaka, Ajim dah...,”
“Tak, ini semua takdir Allah kak, kita kena redha,” bicara Lydia. “Lagipun Lydia ada dengar dari beberapa saksi. Kak, jangan lah salahkan diri kaka. Kaka pulang lah dan berehat kalau ada apa-apa Lydia akan telefon akak”
Syuhada memeluk erat tubuh kecil Lydia, Lydia hanya menepuk lembut belakang Syuhada.
“Maafkan akak”
PINTU depan rumah keluarga Haji Mahadi terbuka, Rafahmi yang sedang menonton televisyen berseorangan pun menoleh.
“Lambat balik,” laung Rafahmi, lagak seperti ketua keluarga. “Duduk sini dulu,” dihempuknya sofa di sisinya, menyuruh Syuhada duduk.
Dengan lemah Syuhada menurut, televisyen yang menayangkan rancang sukan bola sepak ditutup. Rafahmi tak ingin perbualannya diganggu. Dia tak tahu mengapa tapi dia mahu sangat mendengar alasan kenapa Syuhada pulang lewat hampir tengah malam.
“Seronok keluar dengan lelaki tu?,” tanpa Rafahmi sendiri sedari ada nada berbaur cemburu di situ. “Sampai tengah malam baru balik”
Diam.
“Kenapa diam?,” tanya Rafahmi lagi. “Oh, sekarang kau dan dia dah ada hubungan lah”
“Awak tak tahu situasinya, awak tak akan faham,”
“Apa yang aku tak faham?,” bentak Rafahmi, dia tak ingin memandang wajah Syuhada sekarang. “Apa yang aku tak faham, Syuhada?”
“Kenapa awak marah saya macam ni?,” soal Syuhada. Menatap sepenuhnya ke arah wajah Rafahmi yang tidak memandangnya pun. “Awak bukan teman lelaki saya pun”
“Well, you said, kau suka kat aku and you should just look at me!,” jerit Rafahmi. Syuhada terkilan, tak sangka lelaki ini sungguh ego.
“Awak pernah tak dengar perkataan ‘Berubah’?”
“Semestinya bukan kau, cik Syuhada”
“Enough,”
Oleh kerana tak tahan, dia pun bangkit dari duduknya. Laju langkahnya menuju ke biliknya di tingkat atas. Laungan Rafahmi tidak dihiraukan.
Jahat!
Rafahmi jahat!
PAGI cerah, tidak secerah mood Syuhada dan Rafahmi. Di meja makan, sedang menikmati sarapan pagi. Hajah Ramlah menghidangkan roti bakar bersama madu hari ni.
“Semalam, mama dengar bunyi bising di ruang tamu,” kata Hajah Ramlah. “Siapa yang belum tidur hmm?”
Senyap.
“Mesti si Fahmi lah ni, tengok bola sampai larut malam,” ucap Rahim, menyuapkan sapuan madu yang ada pada roti ke mulutnya.
“Maaf kerana hobi Fahmi ni menyusahkan orang lain,” ucap Rafahmi agak sarkastik.
Syuhada tunduk, sarapan pun dia tak mampu makan. Lebih baik kalau dia terus sahaja ke tempat kerjanya tadi.
“Televisyen ke semalam tu, bang?,” tanya Hajah Ramlah.
“Tak tahu lah, Yang,” jawap Dr.Haji Mahadi. Tak nak dia panjang-panjangkan cerita, entah apa-apa lah.
“Syu, biar Rahim hantar Syu hari ni,” ajak Rahim yang turut bangkit, aduh. Akhirnya Syuhada hanya mampu mengangguk.
Rafahmi hanya menayangkan muka selamba dua puluh empat jamnya. Tapi dalam hatinya, timbul sesuatu perasaan yang dikategori sebagai negatif, perasaan tak senang hati.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...