Bab 34

12.8K 409 8
                                    

Syuhada melirik cemburu melihat Ayu yang berbadan dua ke hulur hilir dipimpin oleh Rahim. Rahim mengucup lembut perut Ayu, menyebabkan Ayu tertawa kecil kegelian.

Usia perkahwinannya dan Rafahmi kini sudah mencecah satu tahun namun, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

“Dah kamu beri nama, Ayu?,” soal Hajah Ramlah tersenyum riang. Maklumlah cucu sulung bagi mereka. “Perempuan ke laki?,”

“Belum tahu lagi ma, baru lima bulan lebih usianya,” beritahu Ayu, tersenyum riang. Hajah Ramlah turut mengangguk.

Rafahmi seakan memahami perasaan isterinya di kala melihat wajah sayu Syuhada melihat pasangan gembira kaka iparnya dan abangnya.

Disaat itu juga Rafahmi mengucup lembut dahi isterinya, Syuhada hairan lalu mendongak melihat Rafahmi.

“Sabar sayang, our time’s soon,” ucap Rafahmi tersenyum penuh makna. Syuhada mengangguk, tanda dia faham. “Come, dah masa nak tidur dah ni,”

Syuhada melihat jam dinding masih menunjukkan waktu tujuh malam, “Tapi masih-,”

Rafahmi menegakkan jari telunjuknya ke depan mulutnya, menandakan ia menyuruh isterinya senyap. Syuhada tertawa kecil. Baiklah, dia faham.

“ALLAHU Akhbar, Allahu Akhbar,”

Tumpah jua air mata Ayu saat mendengar suaminya melafazkan azan ke telinga kanan anaknya yang baru lahir. Sakit yang menyeksakan tadi hilang serta merta tatkala melihat bayi seberat 3.5 kilogram disambut doktor lalu diberi kepada Rahim.

Buat pertama kalinya, Ayu melihat suaminya menumpahkan air mata kelelakiannya.

“Sayang, we got baby girl,” beritahu Rahim lalu menyerahkan anak sulungnya ke arah Hajah Ramlah yang sudah tak sabar ingin menimang cucunya.

“Ala sayang cucu nenek,” sapa Hajah Ramlah.

Tanpa Syuhada sedari, air matanya mengalir keluar. Wah, indahnya. Dalam hatinya, dia berdoa agar dapat mengalami perasaan macam kakak Ayunya. Sungguh murni.

“Syu,” panggil Rafahmi lembut. Risau dia dengan isterinya yang sudah mengalirkan air mata. Pasti Syuhada juga ingin menimang anak macam kakak iparnya.

Syuhada mengesat lemah air matanya, “Comel kan?,”

“Ya,” jawap Rafahmi. Matanya beralih ke arah bayi comel yang didukung oleh Hajah Ramlah. Dalam hatinya, dia berdoa agar dia juga dapat merasa perasaan menjadi ayah.

“FAHMI,” tegur Syuhada apabila melihat Rafahmi yang seperti sedang dibuai angan di luar wad persalinan Ayu. Suaminya tahu dia berkeadaan tak baik dari segi mental. Itu sebabnya dia membawa Syuhada bertenang di luar wad.

“Ya?,” jawap Rafahmi, namun matanya masih tak memandang ke arah isterinya. Mungkin isterinya, malu dipandang sekarang ni.

“Macam mana kalau-,” kata Syuhada tersekat. Dia tak mampu meneruskan persoalannya. Pastinya amat sakit apabila meneka dirinya tak mampu melahirkan anak. “Syu tak dapat kurnia-”

“Syu, no!,” ucap Rafahmi, nadanya sedikit marah, segera dia menghampiri isterinya. Dia tahu apa yang bermain di fikiran isterinya. “Ini semua kuasa Allah menentukan, kita hanya mampu merancang, sayang”

Ditariknya badan isterinya rapat padanya, didakapnya penuh cinta. Dia sangat-sangat melarang isterinya walau sekumit pun berfikiran negatif.

“And I am not done merancang,”

“Tapi-,”

Percakapannya tak mampu diteruskan apabila bibir suaminya bertaut pada bibirnya. Membahang wajahnya.

“Kalau Syu cakap lagi, aku akan buat macam ni. Tak kira kat mana pun, I will do it,” amaran diberi oleh Rafahmi pada isterinya. Dia mengenyit mata sebelum masuk ke bilik wad milik kakak iparnya.

“Jahat!,” jerit Syuhada, pura-pura tak suka. Tangannya diletaknya ke muka.

“HOI, Haiqal,” tegur lelaki berpakaian serba hijau menghampiri lelaki yang dipanggilnya dengan nama Haiqal. “Apa yang kau pandang memanjang sampai aku panggil pun kau tak dengar?”

“Ah, Aiman. Itu Syuhada kan?,” soal Haiqal sekali gus tidak menghiraukan persoalan dari kawannya. Yang penting hatinya ingin tahu bahawa matanya tak menipunya.

“Siapa?,”

“Alah, perempuan yang satu sekolah dengan aku dulu, waktu tingkatan enam,” beritahu Haiqal namun matanya masih melihat ke arah perempuan yang duduk bersendirian di luar wad persalinan.

“Syuhada, Syuhada,” ucap Aiman, cuba mengingati tuan empunya nama.

“Esh, perempuan yang indirectly menyelamatkan aku dari bunuh diri dulu,” keluar saja penyataan itu dari mulutnya, terus berubah reaksi wajah Aiman seakan teringat sesuatu.

“Syuhada Adlee?,”

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now