Bangun sahaja dari tidurnya, Syuhada menyentuh wajahnya, dicubitnya sedikit pipinya kemudian air mata kebahagiaan segera mengalir. Dia tak bermimpi.
Perlahan dia menuruni tangga, terlihat dia Hajah Ramlah yang duduk di ruang tamu. Sejak peristiwa malam tu, Hajah Ramlah menjadi kurang bercakap. Bukan dia tak suka anak adiknya, Syuhada akan menjadi menantunya.
Tapi dia terasa dipinggirkan bila hanya dia saja yang tidak tahu apa-apa mengenai perasaan anak buahnya ini terhadap anak bungsunya.
“Kak Long,” panggil Syuhada, mengukir senyuman. Hajah Ramlah juga mengukirkan senyuman tetapi ianya agak palsu. Syuhada menyedari itu. “Kak long adalah wanita yang Syuhada sangat hormati,”
Hajah Ramlah memandang ke arah Syuhada. Agaknya rajuknya kini ketahuan. Dia perlahan mengusap kepala Syuhada.
“Oh, ya?,” tanya Hajah Ramlah. Mukanya kembali muram. Agaknya, Syuhada hanya memanisnya, fikirnya.
Hajah Ramlah merasa badannya didakap dari belakang. Dilihatnya, Syuhada sedang meemeluknya, kepalanya sengaja dialih ke kiri sedikit. Memberi ruang untuk Syuhada memeluknya lebih erat.
“Kak long, marah ke?,” soal Syuhada. Terketar-ketar dia melontarkan soalan. Kerana sungguh, dia tak inginkan perempuan yang sudah dianggapnya seperti ibu ini berduka hati.
“Ya, marah sangat sebenarnya,” jawap Hajah Ramlah agak lantang. Syuhada terdiam, terbit penyesalan kerana tak pernah berterus terang dulu. “Marah sebab Syu belum panggil mama ni mama”
Hah?
Syuhada menayangkan muka tercenggangnya. Hajah Ramlah mengusap lembut tangan yang masih memeluknya.
“Mulai hari ni, Syuhada kena panggil mama, mama dan abong long kau tu papa,” arah Hajah Ramlah sambil berpura-pura membuat muka tegasnya. “Understand?”
Syuhada tergelak kecil, sangkanya Hajah Ramlah akan memarahinya kerana berahsia selama ini, “Faham, err.. Mama”
Kemudian, ruang tamu dipenuhi helaian tawa Hajah Ramlah dan Syuhada.
“Amboi, bukan main seronok dua beranak ni ya?,” tegur Dr.Haji Mahadi sambil melabuhkan punggung. “Dah bincang dengan Fahmi bila kamu berdua ni nak kahwin?”
“Kahwin?,”
“Ye lah, sekarang korang berdua dah tahu hati dan perasaan masing-masing, agaknya lebih baik cepat kahwin. Tambahan ni, korang berdua tinggal serumah,” bicara Dr.Haji Mahadi sambil menghirup teh panasnya. “Bukan tak percaya dengan korang tapi darah muda ni payah sikit”
Oh, baru Syuhada mengerti. “Err, Fahmi memang dah lamar Syuhada Bang.. Ah.. Papa,” gagap Syuhada memanggil Dr.Haji Mahadi dengan gelaran baru Dr.Haji Mahadi yang diajar Hajah Ramlah. “Tapi kami belum bincang apa-apa”
“Hmm, balik je si Fahmi ni nanti terus bincang, mama nak dengar,” sampuk Hajah Ramlah.
“Ibunya, tak payah nak menyibuk hal mereka, biar mereka sendiri uruskan. Kamu uruskan saya je, ni badan ni dah lenguh-lenguh kalau ada yang picitkan mesti nyaman,” ucap Dr.Haji Mahadi sambil mengukir senyuman yang ada makna tersembunyi.
“Miang benar orang tua ni lah,” rajuk Hajah Ramlah yang membuatkan Syuhada dan Dr.Haji Mahadi tergelak.
RAFAHMI gelisah memandang komputer skrinnya, akhir-akhir ni wajah Syuhada sering bermain di fikirannya. Menganggu kosintrasi kerjanya. Senyuman Syuhada, riang tawa Syuhada.
Tuk! Tuk!
“Berangan lagi lah ni,” tegur Rahim yang sudah bersandar di ambang pintu. Rafahmi berpura-pura menyusun kertas kerjanya.
“Kenapa abang datang pejabat Fahmi?,” soal Rafahmi sedikit cemas, ke-macho-annya mesti dikekalkan kalau tak habis lah saham.
“Kenapa-kenapa, balik lah, tak nak balik?,”
“Laa, abang guna teksi je lah balik hari ni,”
“Aik, selalunya abang minta tumpang boleh je ni kenapa tak boleh? Macam lah kita tinggal lain rumah,”
‘Masalahnya aku nak ke tempat lain dulu, baru balik rumah,’ bidas Rafahmi di dalam hati.
“Yelah, tapi kita kena pergi suatu tempat dulu sebelum balik,” ucap Rafahmi dengan nada geramnya. ‘Suruh pakai kereta sendiri tak mahu, jimat lah konon’
NYARING ketawa Rahim di dalam kereta, Rafahmi membuat muka geramnya. Hah, ni yang dia tak suka.
“Eh, nak beli bunga pun tak payah lah sejambang penuh macam ni, dik,” usik Rahim melihat Rafahmi yang menyimpan jambangan besar bunganya ke bahagian tempat duduk belakang.
“Diam lah,”
Tawa Rahim masih bersisa, manakala muka Rafahmi sudah merah membakar menahan malu dan marahnya.
“Ni bang,” panggil Rafahmi apabila keadaan sudah mula sunyi. “Fahmi.nak cakap thank you”
“Huh?,”
“Kerna dah lepaskan Syuhada dari janji abang yang dulu,” ucap Rafahmi, matanya masih terhala pada jalan raya. “Fahmi ada dengar perbualan abang dulu waktu majlis mama dengan Syuhada,”
Rahim menggaru kepala, aduh, nak beritahu ke tak ni,“Ni Fahmi”
“Hmm?,”
“Janji tu tak pernah wujud pun,” jawap Rahim memandang wajah adiknya.
“What?!,” teriak Rafahmi, mengejutkan Rahim. “Habis, buat apa abang nak tipu Syuhada?”
Rahim tertawa, “Abang nak buatkan dia rasa bersalah je lepas tu kalau baik nasib dia terima lah abang, tapi tak sangka otak dia tu masih ingat yang dia tak pernah berjanji sama sekali pun dengan abang”
“Jahat juga abang ni,” ucap Rafahmi sambil mengalihkan sedikit badannya tanda dia cuba menghindari abangnya.
“Itu dulu tahu tak?,”
Lalu kemudian tertawa apabila mengingatkan betapa keanak-anakannya mereka.
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
عاطفيةCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...