Bab 4

21.2K 641 11
                                    

“Elok dah kaki kau tu?”, tanya Ajim sejurus ia memasuki pejabat Syuhada. “sakit-sakit pun, masih nak berkerja jugak”.

Syuhada tergelak, “sembuh dah sikit...”

“Kenapa sembuh?”, rungutnya.

“Aik, tak kan nak Syu sakit. Kenapa? Tak suka tengok muka Syu kat sini?”, tanyanya bergurau namun dia mengharapkan jawaban.

“Eh, tak! Aku suka, suka sangat”,katanya sedikit cemas. “Cuma, kalau kau sakit aku boleh dukung Syu”.

Syuhada tergelak lagi, “tentu Ajim tak mampu nak dukung lah”.

“Eh, mencabar nampak?”, soalnya. “Nak Ajim dukung sekarang?”

“Woish, tak lah!”, katanya cemas, takut Ajim bercakap benar.

Ajim tergelak besar melihat muka Syuhada yang cemas. “Saya suka tengok awak”

“Suka tengok saya?”, soalnya hairan.

“Ya, suka tengok awak senyum. Cantik”, katanya, direnungnya wajah gadis kesayangannya tu. Makin lama ditenung makin cinta dia dibuatnya.

“Terima kasih”

RAFAHMI yang melihat Syuhada tersenyum-senyum sendiri, timbul rasa hairan pada dirinya.

“Oi, gila ke?”, marahnya pada Syuhada. “Makanlah cepat”

“Maaf!”, mengelamun rupanya dia dari tadi. “Kak long dan Abang Long mana?”

Rafahmi terus meletakkan sudu dan garpunya diatas pinggan. Lalu mengangkat muka melihat Syuhada yang berhadapanan dengan dia di meja makan.

“Kan dah beritahu tadi”, marahnya. Ternyata Syuhada tak mendengar percakapannya. Membazir air liur je.

“Ada ke?”, soalnya.

“Adalah! Kau ingat aku ni penipu ke?”

“Maaflah, saya berangan tadi”

“Tulah lain kali berangan lagi. Malas nak repeat lagi”

Syuhada menundukkan kepala. Ia sedar akan kesalahannya yang suka berangan.

“Mak dan abah pergi ke rumah Angah, ada majlis di sana”, jawabnya akhirnya. Kerana tak ada apa nak dibualkan. Takkan nak cakap pasal warna kegemaran kot?

“Bila mereka akan balik?”

“Lewat malam tak tahu pukul berapa”, katanya sambil nasi disuapkan ke mulut.

“Nasib baik ada bibi”, keluhnya dalam lega.

“Bibi pun tak ada. Cuti. Hari ni dan esok,” beritahunya selamba. Bila difikir-fikirkan, “Kenapa kau pekak sangat? Kan dah beritahu,”

Terbeliak mata Syuhada. “Apa?!”

“Oi, mereka tak de ke ada ke, apa masalah kau ni?”, marahnya. “oh, kau fikir aku...”

Rafahmi tergelak besar melihat wajah Syuhada yang dalam ketakutan. Dia tak sangka Syuhada ada perasaan macam tu padanya.

“Jangan risaulah. Walaupun aku macam tu sekali, aku tak akan lakukan pada kau”

“Bagus”

“Lagi satu, mak suruh aku bawa kau jalan”, katanya dengan tidak memandang Syuhada. Dia teringat pesan Hajah Ramlah, kalau dia turuti permintaannya satu ni dia akan diberi elaun tambahan. Bermakna, kemasukkan duit bulanannya bertambah.

“Tak payahlah”

“Kau nak ajar aku ingkar perintah ibubapa?”, kali ni diangkatnya mukanya. Apa? Dan lepaskan peluang aku untuk beli Ferrari idaman aku?

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now