“Terima kasih kerna merawat Syuhada selama ini,” ucap Syuhada berbasi-basi. Kerna dah tiada apa hendak dibualkan, itu sahaja lah yang mampu dia katakan untuk membuka perbualan.
“Kalau nak ucap terima kasih, ucap kat Rafahmi. Dia yang tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam datang beri makan kat bilik Syuhada tu,” kata Hajah Ramlah tersenyum-senyum. Senang hatinya melihat perubahan Syuhada dan jugak layanan Rafahmi terhadap Syuhada.
Muka Syuhada membahang merah, bila di ingat-ingatkan. Memang tiap-tiap hari dan malam, Rafahmi akan datang ke biliknya. Kalau tak membawa makanan, dia akan berborak di sana, berjam-jam.
“Ah, tu pun mereka dah balik,” kata Hajah Ramlah sambil mulutnya memuncung ke arah garaj rumah.
Dr. Haji Mahadi yang khusyuk membaca surat akhbar hanya memandang sekilas, “Panjang umur”
“Assalamualaikum,” laung Rahim dan Rafahmi serentak.
“Walaikumsalam,” jawap se isi rumah.
Rafahmi muncul di depan pintu, segak sungguh dia hari ini. Berkemeja kemas, maklumlah lepas kerja. Orang pertama yang dihampirnya adalah Syuhada.
“Nah, coklat as always,” hulur Rafahmi sebakul coklat yang berupa hamper. Wajah Syuhada jelas terlihat ceria.
“Eh, kamu ni. Sejak kebelakangan ni, Syu saja yang kamu hampiri dulu. Mama ni dah jarang kamu hiraukan, ya?” Hajah Ramlah kononnya merajuk. Membuatkan seisi rumah tertawa.
“Mama ni, itu pun nak merajuk,” sebuah kucupan singgah di pipi orang tua itu. Syuhada yamg melihat, rindu pulak dengan Ibu bapanya.
“Syu,” panggil Rahim. “Ok dah sekarang?”
“Yes, Alhamdulilah. Berkat rawatan Kak Long sekarang dah ok,” jawap Syuhada sopan. Mengundang senyuman ke semua orang.
“Badak, eh bukan badak lagi,” sakat Rafahmi. “You look a little bit slimmer now, so aku panggil kau itik”
Syuhada membuat muka tak suka, “Tak nak lah”
“Eh, itik cantik tau?,” ucap Rafahmi lagi.
Syuhada hanya membuat muka tak suka dia lagi, ‘Kurang ajar punya sepupu. Tak badak, dipanggilnya kita itik pulak’
“Mula hari ni, aku nak kau panggil mak aku mak long, no more kak long.. Kak long”
“Suka hati lah,” balas Syuhada.
Jawapan Syuhada membuatkan Rafahmi geram, lalu dia menghampiri dan merampas hamper yang berada di sisi Syuhada. Yang menyebabkan Syuhada menjerit meminta kembali.
Rahim tersenyum. Alhamdulilah, bahagianya dia melihat perubahan positif Syuhada sekarang.
Namun, dia bukan buta. Syuhada hanya bersikap ceria begini hanya pada adiknya. Padanya, agak jarang dipernampakkan.
Manakala Hajah Ramlah dan Dr.Haji Mahadi hanya menggeleng lemah, macam budak-budak.
“Bagi balik lah,” pinta Syuhada sama seperti budak perempuan yang tidak bermaya gayanya. Melihat reaksi Syuhada makin galak lah Rafahmi menganggu Syuhada.
“No, say mak long dulu, baru boleh bagi,” perintah Rafahmi. Eh, keadaan ini macam deja vu je.
“Tak mahu bagi sudah,” rajuk Syuhada sambil mula melangkah meninggalkan Rafahmi dan hampernya di beranda.
“Eh, nanti!,” kerja Rafahmi. “Nah,” hulur Rafahmi.
Syuhada tersenyum menyembunyi tawa, ‘Tahu pun nak mengalah’
YOU ARE READING
Sepupu yang Tercinta (Novel)
RomanceCerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing...