Bab 36

13K 413 9
                                    

“So,” kini Rafahmi sudah berpeluk tubuh di hadapan isterinya. Setelah penat memandu selama 45 minit dari hospital. Akhirnya mereka tiba juga ke rumah.

Syuhada berkira-kira hendak menceritakan kejadian yang pernah dilihatnya apabila memasuki satu bilik kosong di Universitinya dulu. Ini berkenaan hal kehidup orang lain.

Tapi, dia perlu juga bertanya suaminya kerana baginya hal ini tidak boleh dipandang remeh. Kemungkinan perkara ini berulang kembali menyebabkannya nekad menceritakan kepada suaminya.

“Haiqal pernah cuba bunuh diri. Fahmi tahu kenapa?,”

“What? No, aku tak pernah tahu,” ujar Rafahmi. “Macam mana kau tahu?,”

“Ah, dulu tu waktu Universiti, Syu pernah nampak Haiqal mengenggam beberapa pil yang Syu rasa akan menyebabkan hmm, kematian. Dia kat dalam satu kelas kosong kat Uni tu,” cerita Syuhada. “Tak ingat kelas apa, tapi Syu nampak dia memang nekad nak bunuh diri. Siap ada botol air lagi untuk telan pil-pil tu,”

“Wah, tak sangka!,” cakap Rafahmi masih tidak percaya kenyataan yang baru didengarnya. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di birai katil. “Tunggu, apa yang kau buat lepas tu?,”

“Ah, Syu buat bodoh je, lepas tu Syu pura-pura tak nampak lah pil-pil yang dah berselerak kat lantai. Jadi, waktu dia tak pandang, Syu curi pil-pil tu yang kat meja lalu buang ke sampah, yang kat lantai Syu sengaja pijak-pijak supaya pecah,“ cerita Syuhada lalu tergelak kecil.

Rafahmi tersenyum, “Bagus lah Syu buat macam tu,”

“Itu yang Syu terperanjat habis bila nampak dia, agaknya dia dah sedar lah yang membunuh diri tu salah dari mana-mana segi pun, terutama dari aspek agama kita,”

Senyap, hanya kedengaran Rafahmi mengeluh. Haiqal, sahabat karibnya tidak pernah menyuarakan apa-apa pun dulu. Memang dulu Haiqal pernah merasa sangat tertekan dulu kerana keputusan pelajarannya yang tak memuaskan dulu.

Tapi itu kisah lalu, sekali lagi Rafahmi mengeluh.

“Enough about him,”

Rafahmi menghampiri isterinya lalu mendakap lembut isterinya. Membuatkan Syuhada sedikit terkejut. Tapi dia juga memeluk erat suaminya.

“Kenapa sentimental tetiba ni?,” soal Syuhada. Mukanya dibenamkan ke arah dada suaminya.

“I am not,” nafi Rafahmi. “It’s just aku baru sedar Syuhada is really an amazing woman after all,”

“Baru sedar?,”

Rafahmi tergelak besar, aduh. Terlepaslah pulak. Tetapi di dalam hatinya, muncul perasaan curiga pada Haiqal. Kenapa dia tiba-tiba buat keputusan tak jadi pulak? Ianya perkara yang baik, tapi ianya mencurigakan.

HAJAH Ramlah ketawa riang apabila si comel Sofia yang berusia 5 minggu jugak tersenyum. Pelbagai aksi lucu dirupakan di wajahnya sehinggakan suaminya, Dr.Haji Mahadi pun turut tergelak.

“Kamu ni, jangan lah buat muka macam tu, kalau 30 tahun lalu kamu buat muka macam tu, mahu lari aku buatnya,” kutuk Dr.Haji Mahadi.

“Esh, orang tua ni, kan tengah seronok main dengan Sofia, jangan lah kacau,” marah Hajah Ramlah, kononnya merajuk lah dikutuk macam tu.

Dr.Haji Mahadi tersenyum lebar, aduh. Dia tu dah tua, tapi perangai sama je macam budak-budak remaja. Rajuk tak kenal tempat.

“Ah, Ayu, kamu tu jalan hati-hati, kan tengah dalam pantang tu,” tegur Hajah Ramlah apabila melihat Ayu sudah membuat perjalanan ke arah ruang tamu mereka.

“Ah, bosanlah mak, asyik duduk je kat dalam bilik tu,” rungut Ayu. Hanya membuatkan Hajah Ramlah tergeleng, sebiji macam perangainya waktu dulu-dulu.

“Fahmi, geli!!,” teriak Syuhada yang kedengaran dari ruang tamu. Membuatkan Ayu geli hati. Ya Allah, tak sedar ke yang kami ni di ruang tamu?

“Allah, apa yang mereka buat tu?,” soal Hajah Ramlah.

“Budak-budak, Ramlah. Biarkan aje,” beritahu Dr.Haji Mahadi.

“Oh, mama!,” Syuhada sedikit kaget melihat ruang tamu yang disangkanya sunyi, rupanya berpenghuni. “Bila balik dari hospital?,”

“Semalam, hairan jugak mama bila masuk je ke rumah, sunyi semacam, awal kamu masuk tidur ya?,” perli Hajah Ramlah. Anak kecil, Sofia di pangkuannya didodoi lemah.

“Arr.., ya,” jawap Syuhada sedikit malu.

“Oh, mama, papa, eh, kak Yu pun ada?,” soal Rafahmi yang baru keluar dari bilik dengan sedikit tercungap-cungap.

“Ah-A, korang ni buat apa kejar-kejaran dalam bilik tu?,” soal Ayu, lalu menutup mulutnya menahan ketawa. Aduh, adik-adik ku ini.

“Ah, ni Syuhada aa.. Lupa sikat rambut,” Rafahmi memberi alasan. Syuhada sudah membuat muka. Ada ke kita dijadikannya alasan.

“Syuhada lupa sikat rambut, kenapa kamu yang sibuk?,” soal Hajah Ramlah, mengundang tawa lagi bagi Ayu. “Dah mari, ni jenguk-jenguk lah si Sofia ni,”

“Sofia~,” panggil Syuhada.

“No, mesti pak su yang dulu dodoi,” kata Rafahmi diletakannya kedua tangannya di pinggang Syuhada. Dia dengan sengajanya ingin membuatkan Syuhada geram.

“Fahmi,”

“Korang berdua ni, romantik lebih, anak belum ada,” kata-kata Hajah Ramlah tanpa sengaja menyinggung perasaan Syuhada.

“Ramlah,” tegur Dr.Haji Mahadi apabila melihat Syuhada sudah berubah reaksi wajah. Tersinggung lah tu.

“Kenapa?,” tanya Hajah Ramlah naif.

“Ma,” kini Rafahmi pulak yang bersuara.

“Maaf ya mama, belum ada rezeki,” ucap Syuhada, cuba tersenyum.

“Hmm, tak pe. Itu kerja tuhan,”

Ding dong..

Loceng rumah berbunyi mengejutkan seisi rumah.

“Siapa yang datang pagi-pagi macam ni?,” tanya Hajah Ramlah, masing-masing melihat pintu yang bakal dibuka oleh pembantu rumah mereka.

Apabila pintu terbuka, masing-masing mengerut dahi, siapa pulak perempuan berpurdah serba hitam ni.

“Assalamualaikum,” ucap perempuan berpurdah hitam. Terserlah loghat Arabnya, dia memimpin masuk anak lelaki yang sekitar usia 4 tahun.

Salam disambut. Tapi persoalannya, siapa perempuan ni? Kalau nak merompak kenapa bawa budak pulak? Dari belakang muncul tubuh lelaki yang memang tidak asing lagi pada keluarga Dr.Haji Mahadi.

“Rafaie?!”

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now