Bab 40

14.9K 392 9
                                    

“Tahniah, dayang mengandung,” ucap Dr.Misli tersenyum lebar. Mengandung? Syuhada merenung terus wajah suaminya. Rafahmi sudah tersenyum lebar, “Usianya baru 4 minggu,”

“Alhamdulilah,” ucap yang lain.

Syuhada tersenyum, “Fahmi, kita akan jadi parents,”

Rafahmi melebarkan lagi senyumannya sebelum memarik Syuhada ke dakapannya. Bila yang lain tidak berapa memerhatikan mereka, dia mendekati bibirnya ke telinga di balik tudung Syuhada.

“Thank you, sayang,” bisik Rafahmi lembut. “This the best present ever,”

Syuhada membalas pelukan suaminya.

“Semua yang ada di sini dijemput datang menghadiri majlis doa kesyukuran di rumah kami malam esuk,” umum Hajah Ramlah. Semua? Bermakna, Ajim, Haiqal, dan Dr.Misli ya?

“Maaf, malam esuk saya ada acara,” tolak Dr.Misli sopan. Dr.Haji Mahadi mengangguk tanda tak mengapa. Dah tak boleh, apa nak buat?

“Insyaa Allah, saya akan datang mak cik,” beritahu Haiqal dan Ajim serentak. Mereka kemudian merenung sesama sendiri. Budak ni.

Yang lain tergelak, hanya mereka berdua sahaja tersenyum hambar.

“Ajim, jemput adik kamu sekali ya?,” arah Hajah Ramlah. Ajim mengangguk tanda setuju.

“Kamu pulak, bawa sekali keluarga kamu tu, Qal,” beritahu Dr.Haji Mahadi. Haiqal mengangguk laju sebelum tersenyum. Dalam hatinya dia bersyukur, akhirnya ada juga peluang untuk dia bersua lagi. Astagarifullah Alazim perlahan dia mengucap.

“SAYANG,” uji Syuhada di depan cermin biliknya. Tiada kewujudan Rafahmi di sini membolehkannya berlatih lagi, sudah 30 minit dia berdiri memikirkan bagaimana cara yang paling sopan memanggil suaminya.

“Sayang,” suaranya macam perempuan gedik lagaknya.

“Sayang,” kali ni macam mendatar.

“Sayang,” macam suara lelaki pulak.

Dia mengeluh, entah sudah yang ke berapa ribu kali dia mengucapkan perkataan sayang, sampai ada kalanya dia meragui cara dia menyebut betul ke maknanya.

Tiba-tiba, dia terpandang gambar perkahwinan mereka. Wah, suamiku nampak sangat kacak! Bertuahnya aku.

Muncul satu idea, dia berdiri menghadap gambar suaminya. Lalu,

“Saaaaa...yang?,” sebut Syuhada tergagap. Aduh, ini baru gambarnya. Belum lagi tuannya. Dia mengeluh berat lagi, tak! Jangan menyerah!

“Fahmi,” panggil Syuhada, kali ni sangat lancar. Ketukan pintu biliknya menganggu latihannya.

“Sayang, come,” jemput Rafahmi berbaju putih sopan. Cemburu pulak dia bila memikir suaminya akan dipandang ramai. Aduh, memang perempuan mengandung ni kuat cemburu ya?

Syuhada menyambut tangan suaminya, lagaknya seperti sang putera memimpin sang puteri.

“Dah ramai tetamu datang?,” tanya Syuhada.

Rafahmi mengangguk. Hampir semua tetamu dah sampai, itu yang dia pergi panggil isteri kesayangannya. Syuhada meneliti wajah suaminya, sangat kacak.

“Ka Syuhada,” panggil Lydia yang berada di gigi tangga. Syuhada tersenyum mekar, “Kak nampak makin cantik lah semenjak lama tak jumpa ni,”

Rafahmi memberi isyarat, dia akan pergi ke ruang sana untuk menyambut tetamu lain. Syuhada mengangguk.

“Mana ada, Lydia lebih cantik sekarang,” puji Syuhada membuatkan Lydia yang sudah tersenyum-senyum.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now