Bab 14

14.3K 461 5
                                    

Sudah genap dua bulan, Syuhada menginap kembali di rumah sepupunya, Rafahmi. Sepupu yang selama ini dia cintai sedari zaman kanak-kanak.

Tapi Syuhada bijak mengawal perasaan selama ini, tapi oleh kerana peristiwa pertembungan Rafahmi dengan Hana dahulu, memang menggugat ketidak amanan Syuhada.

Yang akhirnya, membuat keputusan, meluahkan saja perasaannya sewaktu di hari dia meninggalkan rumah Rafahmi sekeluarga.

“Syu?,” panggil Ajim, yang sekarang memang berdiri depan-depan Syuhada. Dari segi gayanya, Ajim sudah berdiri di situ sejak awal lagi. Sejak awal Syuhada memasang angan-angan. “Hmm, ingin cepat nak pulang lah tu”

“Tak lah,” dalih Syuhada, tangannya berpura-pura sibuk menyusun kertas-kertas yang ingin disiapkan. “Kenapa Jim?,”

“Ajim nak ajak Syu keluar jalan, makan,” ajak Ajim berterus terang. Dilihatnya, Syuhada masih berada di pejabat di waktu tengah hari macam ni, siapa tak risau. “Nak?”

“Ok,” bangkit Syuhada dari duduknya. Tas tangan sudah di bahunya. Rasa bersalah jugak dia selalu menolak ajakan kawannya ini yang hampir setiap hari ditawarkan.

“SYU, pernah pergi tempat ni tak?,” soal Ajim yang baru memakirkan keretanya lalu melihat Syuhada yang terpegun dengan kebesaran bangunan.

“Tak pernah,” jawap Syuhada jujur. Ye lah, dah lah besar, jauh pulak lokasinya dari pejabat atau kediamannya.

Ajim senang hati, “Jom,” dengan selambanya dia memaut tangan Syuhada yang masih takjub dengan kebesaran struktur bangunan.

“Itu saja pesanannya?,” tanya pelayan tadi meminta kepastian.

“Ya itu saja,” jawab kedua mereka.

“So, bagaimana cantik tak?,” tanya Ajim.

“Ya, Jim, tak mahal ke tempat ni?,” tanya Syuhada. Suaranya sengaja dikecilkan, takut pelanggan lain terdengar dan kemungkinan akan menjatuhkan maruah kawannya seorang ni.

“Demi Syu, Ajim sanggup bawa Syu ke tempat macam ni,” jawap Ajim romantis tapi hanya dibalas dengan helaian tawa lembut dari Syuhada. “Syu, Ajim serius ni”

“Yelah, Syu bahagia sangat dapat ke tempat macam ni dengan kawan sehebat Ajim,” ucap Syuhada dengan tersenyum manis.

Hidangan pun sudah terjamu di depan mata. Syuhada sudah mula menyuapkan beberapa keratan ayam berserta nasi ke mulutnya. Tapi, perlahan-lahan dia meletakkan kembali sudu dan garpu yang dipakai.

“Jim, tak makan ke?,” tanya Syuhada. Apabila melihat Ajim yang hanya menongkatkan kepalanya sambil tersenyum merenung Syuhada.

“Syu makan lah, Ajim hanya nak menikmati pandangan je,” jawap Ajim sambil matanya masih terlekat ke paras wajah milik Syuhada. Oh, Syuhada, setelah sekian lama tak bertemu, awak semakin cantik sekarang.

“Eh, tak seronok lah kalau Ajim tak...,”

“Syu,” potong Ajim. Tangan Syuhada kini berada digenggamannya. Wajah Syuhada kini sudah memerah.

‘Apahal si Ajim panggil aku lembut semacam ni,’ Syuhada berdoa di dalam hati, jangan lah perkara yang tak baik berlaku..

“Sebenarnya, saya…,” gagap Ajim.

Syuhada cuba untuk menarik tangannya yang di genggaman Ajim, dah lah berdosa, tak selesa betul rasanya.

“Ajim cinta kan Syuhada,” luah Ajim akhirnya. Akhirnya, perasaan yang sudah lebih 5 tahun dipendam. Terima tak terima, belakang kira. “Sangat cintakan Syuhada, tapi saya tahu, Syu sukakan…”

Syuhada terperanjat habis, tak sangka, “Err.. Jim, saya tak.. Dapat..”

“No, please at least cuba luangkan sehari dengan Ajim,” pinta Ajim memandang sayu pada Syuhada. “Dalam sehari tu, kita bersama bukan sebagai kawan, jangan beri jawapan sekarang, Syu”

Tak, walaupun beribu hari yang diberikan, cintanya hanya pada Rafahmi. Dia tak ingin memberi harapan palsu pada kawannya ini.

“Jim, Syu tak nak beri harapan pada…,”

“No, just give me a day,” pinta Ajim lagi. “I will make you fall in love with me”

Merona muka Syuhada, aduh tak sangka pulak si Ajim ni seromantik begini. Ajim mengukir senyuman menambahkan lagi ketampanannya.

“Baiklah,” akhirnya Syuhada bersetuju. Walaupun nanti akhirnya, akan ada hati yang terluka.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now