Bab 18

13.4K 460 10
                                    

“Jadi, memang Syu sekarang ada hubungan dengan lelaki yang bernama Ajim tu lah ya?,” soal Rahim, namun tiada nada cemburu di situ. Ianya lebih kepada, gembira. “I am happy for you”

Syuhada berdiam, sedikit tersenyum apabila pandangan Rahim teralih padanya dari tumpuan di jalan raya.

“I thought you like my brother,” ucap Rahim menyebabkan Syuhada sedikit kaget.

“What make you think so?,” tanya Syuhada lemah. Adakah dirinya begitu ketara pada pandangan orang lain? Pada pandangan  kak long dan abang long nya?

“Sebab Rahim fahami Syu,” jawap Rahim tersenyum gembira. “Cukup fahami Syu”

“Ok, terima kasih, agaknya,” ucap Syuhada tersenyum, ada juga yang memahami dirinya.

“But I still think you like my brother,” ucap Rahim sekali lagi, namun tercetus juga ketawa antara mereka. Buat pertama kalinya, Syuhada merasa agak selesa di samping Rahim sekarang, tak tahu mengapa.

“Your thought, not mine,” jawab Syuhada. Namun hanya mengundang rasa sangat-sangat takut di hati Syuhada. Dia kena berhati-hati dengan firasat lelaki ini.

TELEFON bimbit Syuhada berbunyi nyaring, menyebabkan Syuhada terleka dari angannya. Di lihatnya pada papan skrin, tertera nama si penghuni hati.

“Assalamualaikum,” ucap Syuhda sebagai pembuka kata. Ada apa si Rafahmi telefon dia pada waktu pejabat dan masa di tengah dalam pejabat pulak tu.

“Walaikumsalam,”

Diam.

“Fahmi, ada apa telefon?,” soal Syuhada.

“Hmm,”

“Hmm?,”

“I..want to say I am sorry about last night,”

Rafahmi meminta maaf? Biar betul.

“Oh, Well arrr, ok,”

“Memang aku agak rude, and ah..,” suara garau di balik telefon membuatkan Syuhada tersenyum sepupu yang dicintainya meminta maaf kat dia. “I hope, kita akan berbual panjang malam nanti. So yeah, bye”

Talian dimatikan sebelum Syuhada sempat berkata apa-apa. Berbual panjang? Kalau itu yang dia mahukan, aku seribu kali mahu.

Tunggu, mengapa Rafahmi bergegas meletak telefon? Adakah dia malu? Syuhada menggelengkan kepalanya, tak mungkin.. Tak mungkin.

SYUHADA berlari laju menuju ke bilik hospital, selepas sahaja menerima panggilan dari Lydia menyatakan abangnya, Ajim sudah sedar, tinggal lah kerja-kerja pejabatnya.

“Ajim,” ucap Syuhada di ambang pintu. Lihatnya muka masing-masing agak tegang. Tapi sedikit lega apabila melihat Ajim tersenyum. Ada seorang wanita pertengahan umur duduk di kerusi di sisi katil Ajim.

“Syu, masuk lah,”

“Oh, ini lah Syuhada ya?,” suara wanita tadi agak kasar. “Tak hairan”

Tak hairan?

“Mak please,” kata Ajim berusaha sesusah payah menghentikan perempuan bergelar mak untuk bangkit dari duduknya.

“Assamualaikum, makcik”

“Walaikumsalam,” jawapnya sedikit kasar.

“Apa khabar, makcik?,”

“Baik, kenapa? Kau nak aku sakit?,”

“Mak, please. Ajim tak suka,”

“Tak suka? Hey, Jim. Disebabkan dia tangan kiri kamu dah tak berfungsi dengan baik lagi tau? Ini bala dia lah tu,” bentak ibu kepada Ajim, Hajah Umi.

Tak berfungsi dengan baik?

“Mak, Ajim hargai sangat kalau mak diam sekejap,” pujuk Ajim tegas, Hajah Umi kembali duduk berserta sokongan dari Lydia yang turut menyabarkan.

“Maafkan Syuhada makcik, Ajim, Lydia Syu minta maaf sangat-sangat,” ucap Syuhada yang kini beraliran air mata.

“Tak apa, Syu. Ini salah Ajim, ini kecuaian Ajim sendiri, Syu tak salah,”

“Tak salah? Hoi, anak aku ni hampir mati kerana gelang tak guna kamu tu, yang kamu ni Jim, buat perangai berani mati untuk perempuan gemuk ni kenapa?,” bentak Hajah Umi. “Jangan-jangan dia pakai bomoh tak, nampak saja alim bertudung apa. Perempuan jenis macam ni pilihan kamu? Eeee...”

“Mak, Ajim tak nak berkasar dengan mak jadi tolong jangan hina Syuhada, mak,” Ajim memberi amaran. “Jangan persoalkan cinta Ajim kat Syuhada, walaupun Ajim tiada ruang di hati Syuhada tapi tolong Ajim merayu, jangan hina dia”

“Hah?,” terkejut Hajah Umi. “Kamu saja yang tergila-gila kan dia? Sah, mama perlu bawa kamu jumpa bomoh lain nanti”

“Mak sudah lah, kan abang baru sembuh ni,” nasihat Lydia yang dari tadi hanya memerhati, tapi nampaknya memerlukannya kalau tak jadi lebih teruk.

Dia perlu beraksi. Apa saja.

“Tidak makcik,” ucap Syuhada, tangannya yang bergetar disembunyikan di balik tas tangannya.

Semua diam. Mata tertumpu padanya.

“Syu pun menyayangi Ajim”

“Syu, Syu tak payah buat semua ni hanya atas dasar simpati,” ucap Ajim, walaupun saat ini dia berlonjat gembira di dalam hati tapi semua ini tak bermakna kalau Syuhada hanya menerimanya hanya kerana dia kasihankannya. “Ajim tak suka”

Aliran air mata Syuhada berserta senyumannya membuatkan semua yang memandang terkesima, “Syu benar-benar sayangkan Ajim sekarang”

Selamat tinggal, Rafahmi.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now