🌸 BAB 23 🌸

27 2 0
                                    

Sambil melangkah, bayangan demi bayangan muncul di mata Aisha. Sekarang baru dia mengerti apa yang dimaksudkan Maria tadi. Kejadian yang berlaku di antara dia dan Maria di kelab malam hampir enam bulan yang lalu kini kembali mencurah-curah ke dalam fikirannya.

Aisha membiarkan sahaja tangannya ditarik Zayyan yang berada di depan. Gadis itu masih bermonolog seorang sendiri.

Dia sendiri agak terkejut dengan kejadian yang berlaku di kelab malam pada waktu itu. Tidak dia sangka dia akan bertindak sebegitu terhadap Maria. Ahh Maria memang patut menerimanya, sepupunya itu yang berani mengacau Suraya. "Good job, Aisha." Dia memuji dirinya sendiri sambil tersenyum kecil.

Langkah Aisha tiba-tiba terhenti apabila badan dan wajahnya terlanggar sesuatu di depan. Aisha mula tersedar dan mendapati mukanya sudah tersembam di dada bidang Zayyan. Sedar-sedar mereka sedang berdiri berhadapan antara satu sama lain. Aisha menggigit bibir. Entah bila jejaka itu menghentikan langkah dan menghadap ke arahnya. Tangannya kanannya masih kemas di genggaman tangan kiri Zayyan.

Aisha mengangkat mukanya. Mata Zayyan yang redup tepat memandang ke arah matanya. Aisha tidak dapat meneka riak wajah lelaki itu. Senyuman juga tidak terukir di langsung di bibir suaminya.

Aisha tersenyum sumbang dan cuba melangkah ke belakang. Zayyan menarik tangan Aisha supaya jarak antara mereka tidak berubah. Tangan kanan Zayyan terus melingkar memeluk pinggang Aisha. Dipeluk pinggang ramping Aisha dengan erat.

Aisha tercengang. Matanya terkebil-kebil melihat Zayyan. Aahh sudah.. Zayyan ni suka bertindak tanpa disangka. Muka gadis itu sudah merah padam kerana malu. Aisha memandang sekeliling. Di manakah dia sekarang? Hatinya berdebar-debar jika ada sesiapa terlihat mereka berpelukan begitu.

"Look at me." Suara lembut Zayyan menggetarkan perasaan gadis itu.

Zayyan mengemaskan lagi pelukannya. Tidak ingin Aisha lari darinya. Hati Zayyan dari tadi berasa gelisah apabila melihat Faizal bersama gadis itu tadi. Adakah isterinya itu memendam perasaan terhadap sepupu lelakinya?

"Look at me, please." Rayu Zayyan, mengulangi permintaannya. Aisha dapat merasakan suaranya terlekat di kerongkong. Gugup pula dia apabila mendengar suara Zayyan yang begitu lembut di cuping telinganya. Dia memberanikan diri membalas pandangan tajam dari mata suaminya itu.

Zayyan terdiam apabila mata mereka bertembung. Jejaka itu memandang kedua mata gadis tersebut semahunya. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Zayyan mula tersedar, sebentar tadi dia sudah bertindak secara melulu. Kini hatinya mula berbelah-bagi, haruskah dia meluahkan apa yang dia rasa sekarang kepada gadis di depannya?

Haruskah dia memberitahu Aisha yang dia cemburukan Faizal? Dan dia tidak mahu Aisha memandang mana-mana lelaki selain dia? Mungkinkah dia terlalu pentingkan diri sendiri jika dia berkemahuan begitu?

Zayyan menarik nafas berat.

"Apa yang kau sedang buat ni Zayyan?" Bisik hati jejaka itu dalam diam. "Kau tak patut bagi dia harapan.." Seketika kemudian, pegangan tangan Zayyan di pinggang Aisha semakin longgar.

"Awak?" Aisha sedikit kaget apabila Zayyan melepaskan genggaman tangan mereka. Fikiran gadis itu bercelaru dengan tindak tanduk suaminya. Apa yang Zayyan ingin sampaikan sebenarnya kali ini?

Hati kecil gadis itu berbisik, "Tidak Aisha, kau jangan lepaskan dia." Aisha tekad, terus tangan Zayyan itu disambarnya kembali. Dia yakin yang Zayyan ada menyimpan perasaan terhadapnya. Jika tidak, jejaka itu tidak akan bertindak seperti tadi apabila berhadapan dengan Faizal.

Aisha memandang mata jejaka di depannya sekali lagi, berharap yang Zayyan mengerti perasaannya ketika itu. Dia tidak mahu lagi berteka-teki dengan lelaki ini. Jantung Aisha berdegup pantas. Dia cuba mengumpulkan semua kekuatan yang dia ada.

Tangan Zayyan dipegang kemas, Aisha tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila. Digenggam tangan suaminya itu dengan kedua tangannya.

"Awak." Suara Aisha lembut. Gadis itu menelan air liur. Dia menggelengkan kepalanya. "Saya takkan lepaskan awak." Aisha tidak lepas memandang mata suaminya.

Riak muka Zayyan mula berubah. Terpaku dia melihat reaksi Aisha, pandangan mata isterinya itu penuh dengan harapan. Demi tuhan, jika diikutkan hati, ingin dia segera memeluk isterinya itu dan tidak dilepaskan. Tapi fikiran waras menghalangnya dari berbuat demikian.

Zayyan menelan air liurnya.

Matanya dipejam seketika, tidak mahu memandang kedua mata isterinya yang tidak lepas memandangnya. Tangan Aisha dilepaskan dengan perlahan.

Hati Zayyan berbisik, "Maafkan aku, Aisha."

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now