🌸 BAB 24 🌸

29 2 0
                                    

Kotak-kotak yang terletak tidak tersusun di atas lantai diangkat Aisha satu persatu. Dia baru siap mengemas barang-barangnya di dalam kotak-kotak tersebut. Banyak juga barang miliknya yang belum dibawa ke rumah Zayyan.

Hatinya kini menjadi tawar. Untuk apa lagi dia memindahkan barang miliknya itu ke sana? Kini dia sudah pasti yang masa depan dia dan Zayyan amat samar dan gelap. Kemungkinan besar suatu hari nanti dia akan kembali semula ke rumah sewa lamanya ini.

Aisha termenung. Kotak yang sedang dipegangnya diletakkan semula di lantai. Kotak itu dibuka dan dia mula mencari sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia mengeluarkan satu set lukisan dari kotak berkenaan dan disusuli pula dengan beban yang terbuku di dalam hatinya.

Aisha mewarnakan lukisan di buku tersebut bersungguh-sungguh. Ini kali pertama dia melukis semula selepas hampir empat bulan dia menjadi isteri yang sah kepada Zayyan. Dia terlalu fokus dan terbuai perasaan sehingga dia tidak sedar yang Suraya sudah duduk di sisinya.

"Kau lukis bunga bleeding heart? Biasanya kau suka lukis bunga lili putih." Suraya menyampuk di sebelahnya sambil memandang lukisan Aisha.

Tangan Aisha terus terhenti. Dia diam sahaja. Dia tahu apa yang dilakarnya adalah ekspresi perasaannya ketika itu. Lukisan bunga bleeding heart tersebut cukup menggambarkan suasana hatinya. Suraya memeluk bahu Aisha erat.

"Kau jadi ke nak pindahkan barang-barang ni ? Aku tak kisah kalau kau nak terus simpan kat sini. Lagipun sekarang aku belum jumpa penyewa lagi nak ganti kau." Ucap Suraya. Dia memahami sahabatnya itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi antara Aisha dan Zayyan. Keceriaan wajah Aisha jelas hilang hari ini.

Aisha menggelengkan kepalanya sambil memandang sahabatnya. Jauh di sudut hatinya, dia masih berharap untuk mempertahankan perkahwinannya. Dia masih yakin yang Zayyan juga menaruh perasaan terhadapnya.

"Mungkin aku tak bawa semua. Tapi ada barang di sini yang aku perlukan, contohnya macam alat melukis aku ni. Easel stand aku tu.." Ujar Aisha sambil melihat ke arah tempat easel stand aka tripod penyangga lukisan itu berdiri.

Suraya mengangguk.

"Kalau macam tu, okaylah. Jom angkat kotak-kotak kau ni masuk ke kereta." Suraya mengajak Aisha bangun. Kedua gadis itu terus berdiri. Aisha menyimpan semula buku lakar dan set melukisnya tadi.

"Kenapa kau tak cerita kat aku yang aku pernah serang Maria?" Ucap Aisha sambil menutup semula kotaknya.

"Ehh, kau dah ingat semula ke?" Tanya Suraya pantas. Terdengar nada suara Suraya sedikit ceria.

Aisha tersengih dan menggangguk.

"Tapi aku cuma ingat part dia fitnah kau di IG sampailah time aku serang dia kat kelab." Sambung gadis itu. Mata Aisha bersinar kembali melihat reaksi Suraya.

Suraya ketawa kecil, dia menjadi semakin teruja.

"So, apa kau rasa? Puas hati, kan? Aku memang dah lama nak lenyek-lenyek perempuan tu." Ucap Suraya. Waktu kejadian itu, dia amat berterima kasih kepada Aisha yang tidak teragak-agak membalas perbuatan Maria terhadapnya.

Aisha mengangguk berkali-kali. Bibirnya terukir satu senyuman hingga menyepetkan matanya. Walaupun dia tahu perbuatannya itu tidaklah baik, tapi sudah lama dia geram dengan perangai Maria terhadapnya. Apa yang dia lakukan hanyalah secebis sahaja jika dibandingkan perbuatan Maria kepadanya selama ini.

"Wahh, macam mana kau boleh ingat? Apa yang kau tengah buat masa tu?" Tanya Suraya ingin tahu. Sudah banyak cara dia dan Aisha untuk mengembalikan ingatan Aisha. Sudah merata tempat yang pernah dikunjungi Aisha dibawanya. Tapi tetap juga tidak berjaya.

"Hmm.." Aisha mula mengerutkan dahinya. Apa yang dia tengah buat? Dia terdiam sebentar. Waktu itu, Zayyan tengah menggenggam kemas tangannya. Kerutan di dahi gadis itu semakin dalam. Baru terlintas di fikiran Aisha yang bayangan memorinya muncul apabila Zayyan berada di sisinya.

**********

Zayyan menggulungkan selembar kertas kanvas putih di tangannya dan dihulurkannya kepada Leman. Leman menyambut gulungan itu dan meletakkannya di atas meja.

"Bukan lukisan ini yang kita cari. Ini hanya replika atau pendua sahaja." Ucap Zayyan dengan nada yang separuh kecewa. Rupanya usahanya selama ini sia-sia sahaja.

"Jadi maksud kau, lukisan ini bukan original? Bermakna.. semasa hari kau menyelinap masuk tu, kau ganti lukisan yang sebenarnya hanya pendua ni dengan copy yang lain?" Tanya Leman untuk kepastian. Dia sendiri merasakan yang soalannya itu berbelit.

Zayyan mengangguk dan merengus perlahan. Sebelum ini dia amat yakin yang lukisan yang dicurinya itu adalah yang asli. Ke mana agaknya lukisan asal itu pergi.

"Macam mana kau tahu yang lukisan ni bukan yang original?" Tanya Leman lagi. Kertas kanvas besar di tangannya dibuka semula. Mukanya berkerut memerhatikan lembar kanvas itu didepannya.

Zayyan mengerling ke kertas lukisan yang terpampang luas. Terdapat lukisan bunga sakura yang dilukis dengan cat air terabadi cantik di atas kertas kanvas tersebut.

"Aku pernah tengok lukisan tu masa aku kecik dulu. Aku ingat yang ada tulisan 'SAKURA' di sisi kanan bahagian belakang kanvas tu. Lukisan ini tidak ada." Terang Zayyan.

Lukisan di depannya itu saling tidak tumpah dengan lukisan yang pernah dilihatnya lapan belas tahun yang lalu. Kedua-dua lukisan itu pasti dilakarkan oleh orang yang sama. Adakah lukisan itu sengaja dihasilkan dua salinan? Zayyan mengetap bibirnya. Fikirnya, matlamat utamanya sudah hampir sampai ke penghujung.

Leman menggangguk mendengar kata-kata Zayyan.

"Lukisan ni kau nak aku hapuskan ke?" Leman bertanya lagi.

Zayyan menggelengkan kepala. "Takpe, aku simpan dulu. Mereka tidak akan suspicious sebab aku dah gantikan lukisan tu dengan lukisan lain yang sama. Mereka tak mungkin perasan yang lukisan ni dah berganti." Jawab Zayyan.

Tapi apa guna cubaannya itu. Bukan lukisan yang di tangan Leman yang dimaksudkan arwah abahnya.

"Ok. Jadi sekarang apa step kita seterusnya?" Leman bertanya lagi. Dia juga agak kecewa kerana rupanya maklumat yang dia dapat itu tidak benar. Nampaknya dia harus mencuba untuk menjejak lagi lukisan itu.

Leman memandang Zayyan yang jauh memikirkan sesuatu. Dia, Zayyan dan Amir sudah tekad akan mencari siapa pembunuh arwah abah Zayyan. Apatah lagi orang tua Zayyan itu sudah dia anggap seperti abah sendiri. Matlamat Zayyan menjadi matlamatnya juga.

Zayyan terdiam dengan pertanyaan Leman. Jika tiada cara lain, mungkin dia terpaksa juga menerima tawaran bapa mertuanya. Dia mungkin harus menyiasat lebih mendalam tentang syarikat papa Aisha. Ini bermakna dia akan jauh terikat dengan keluarga isterinya itu.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now