🌸 BAB 7 🌸

37 2 0
                                    

"Jadi.. maksudnya kau memang tak ingat apa-apa ke?" Nada Suraya agak terkejut apabila selesai medengar cerita Aisha.

Aisha menggelengkan kepala.

"Bukan semua. Aku tak ingat apa yang jadi dari 2013 hingga sekarang." Aisha menelan air liur.

"Kau ingat tak yang aku pernah gaduh besar dengan papa aku masa 2013, pastu aku pergi tidur rumah sewa kau malam tu?" Tepat mata Suraya dipandangnya.

Suraya mengangguk bersungguh-sungguh menandakan dia masih ingat apa yang terjadi.

"Haa itu je yang aku ingat. Bagi aku kejadian tu bagaikan baru semalam. Satu hari aku tidur rumah kau, keesokannya bangun tidur je tahu-tahu aku dah nikah." Aisha memandang Suraya sambil bertongkat dagu.

Suraya mengangguk faham. Patutla Aisha berperangai pelik dari semalam. Ingatkan kerana Aisha sudah putus asa untuk lari dari pernikahannya.

"Kau tak nak cek kat doktor ke? Takut ada something yang bahaya. Risau pulak aku." Tanya Suraya, gusar tentang kesihatan Aisha.

Aisha menggelengkan kepala tidak bersetuju.

"Tak perlu, aku sihat je. Cuma ingatan aku je yg hilang. Lagipun kau sendiri cakap yang aku sebelum ni elok-elok je." Ucap Aisha.

"Sebab jadi secara tiba-tiba tu yang aku risau. Apa kata kalau kita minta tolong Faizal cek? Dia kan sepupu kau? Mesti dia tolong." Ujar Suraya bersungguh-sungguh.

"Eh, jangan." Balas Aisha pantas.

"Aku nak kau rahsiakan benda ni, ok? Aku cerita kat kau je. Aku tak nak siapa pun tahu." Tegas Aisha. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kondisinya selagi dia tidak tahu cerita sebenar di antara dia dan Zayyan.

"Sekarang ni, kau kena tolong aku. Kau kena cerita semua perkara yang penting terjadi pada aku sepuluh tahun ni." Aisha menyambung lagi.

Suraya menarik nafas panjang sambil mengerutkan dahi. Cuba mengingat kembali apa yang terjadi pada Aisha.

"Lepas kau gaduh dengan papa kau masa tu, kau sambung balik belajar kat uni lama kau dekat New Zealand. Pastu kau balik Malaysia. Kau tinggal sekali dengan mama dan papa kau sekejap. Pastu kita sama-sama sewa rumah."

"Hmm lepas tu empat tahun lepas kita buka kedai bunga."

"Kita ada kedai bunga?" Aisha menyampuk. Matanya bersinar-sinar. Jadi, impiannya tercapai juga.

Suraya mengangguk.

"A ah, kedai bunga. Nanti aku tunjuk kat mana. Dah dua minggu dah kita tak bukak sebab ready kau nak kahwin, kan?" Jawab Suraya.

Suraya menghirup air di depannya sebelum menyambung.

"Hmm seingat aku, tu jerla kejadian penting yang jadi kat kau.." Suraya tersengih, cuba mengingat lagi.

"Hah? Tu je??" Aisha mencebik. Selama sepuluh tahun, cuma itu kehidupan yang dia jalani? Aisha dapat merasakan betapa kosong dan bosannya hidup dia selama ini.

"Hubungan aku dengan papa macam mana? Dah ok ke?" Aisha bertanya ingin tahu.

Seingatnya dia amat marah kepada papanya kerana memaksa dia untuk menukar jurusan pengajiannya pada ketika itu.

"Aku rasa hubungan kau dan papa kau mungkin semakin baik. Kau pun dah tamatkan pengajian Art Degree kau tu. Kau tak banyak cerita pasal papa kau. Jadi aku assume mungkin hubungan tu dah ok." Sambung Suraya lagi.

Aisha menarik nafas panjang.

"Eiman Zayyan? Macam mana aku boleh kahwin dengan dia?" Aisha memandang tepat mata sahabatnya.

"Hmm Zayyan ni seingat aku, awal-awal dia muncul tiga bulan lepas. Masa datuk kau meninggal." Suraya menelan air liur. Terlupa pula dia memberitahu tentang ketiadaan datuk Aisha.

"Datuk dah meninggal?" Aisha mengucap panjang. Dia terdiam seketika.

Hubungan dia dan datuk sebelah papanya memang tidak rapat. Mereka berdua mungkin cuma berjumpa setahun sekali sahaja. Tapi apapun juga, itu adalah datuk kandungnya.

"A ah, sebab sakit jantung." Balas Suraya pendek.

"Hmm.. So, Zayyan datang masa arwah datuk aku meninggal?" Aisha menyambung pertanyaan.

"Ya, dan yang mengejutkan papa kau macam kenal dia." Suraya bercerita bersemangat.

Aisha senyap. Dia sememangnya tahu kenyataan itu. Cuma Zayyan yang tidak pernah kenal siapa dia.

"Kau pun terkejut masa jumpa dia tiga bulan lepas. Siapa sangka kan yang korang berdua bertemu semula." Suraya menduga Aisha.

Aisha menggelengkan kepala.

"Dia bukannya kenal aku ni siapa." Ucap Aisha. Suara gadis itu sedikit kecewa bunyinya. Hanya dia yang tidak mampu lenyapkan Zayyan dari ingatannya.

"Lepas tu, macam mana boleh sampai jinjang pelamin? Takkan dalam masa tiga bulan je kitorang dah setuju untuk menikah?" Aisha semakin keliru.

"Haa.. itu yang aku rasa sangat misteri. Kalau kau nak tahu, minggu lepas tiba-tiba je kau cakap kat aku yang kau nak kahwin." Suraya membalas.

"Awal tu kau nampak juga macam serba salah. Tapi betul-betul sehari sebelum hari akad nikah, kau telefon cakap kat aku yang kau memang tak boleh kahwin dengan Zayyan. Lepas tu kau cuba larikan diri." Sambung Suraya.

"Ada aku cakap kenapa?" Aisha bertanya sambil mengerutkan dahi.

"Tak. Kau kan kalau pasal Zayyan kau memang berahsia sikit dengan aku. Sejak dari sekolah lagi, kan. Tak sangka pula jodoh kau tu sebenarnya dia." Balas Suraya sambil memandang Aisha dan tersenyum kecil.

Aisyah tidak membalas pandangan Suraya. Dia tahu yang sahabat baiknya cuba mengusik. Persahabatannya dengan Suraya sudah hampir lapan belas tahun. Gadis itu mengetahui semua rahsia luar dan dalam tentang dirinya. Malah gadis itu yang lebih memahaminya berbanding papa dan mamanya sendiri.

Aisha memeluk tubuh dan memejamkan mata. Suraya juga memang tahu bagaimana perasaannya terhadap Zayyan dari dulu lagi.

Walaupun dia kelihatan tenang apabila berhadapan suaminya itu, cuma Allah sahaja yang tahu kekuatan yang dia perlu kumpul untuk berhadapan dengan Zayyan. Apatah lagi tidak pernah kurang perasaannya terhadap Zayyan. Tetapi bukan begini hubungan yang dia harapkan untuk mereka berdua.

Tidak dinafikan yang hatinya sebenarnya terkilan kerana dia sedar yang Zayyan bersikap dingin terhadapnya. Aisha sendiri pun tidak tahu apa yang hatinya mahu. Nampaknya hubungan ini jelas bukan keinginan Zayyan.

Aisha mengeluh berat. Dia tidak pasti apakah dia harus menamatkan hubungan yang baru terikat di antara mereka. Sebelum dia tahu apa yang sebenarnya terjadi, sebaiknya dia diam dan mengikut arus sahaja.

Eiman Zayyan.. bisik Aisha.

Sangkanya mereka tidak akan pernah berjumpa lagi. Entah apa takdir yang sudah ditentukan untuk mereka berdua.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now