🌸 BAB 36 🌸

32 2 0
                                    

Zayyan memasuki semula ke ruang dewan. Hatinya sangat pedih mengingatkan Aisha yang meninggalkannya tadi. I deserve it, getus hati kecil Zayyan.

Semua tetamu yang hadir sedang berkumpul di tengah dewan dan sedang mengelilingi satu tiang yang paling besar di situ.

Nampaknya lukisan utama akan dipamerkan. Dia terpandang kelibat kedua sahabatnya di antara kumpulan manusia itu dan mula menghampiri mereka.

Tidak semena-mena tangannya ditarik seseorang. Dia tertarik pantas menuju semakin ke tengah sehinggalah dia sampai tepat di barisan paling depan.

"Awak kena berdiri di sini, baru nampak jelas lukisan tu nanti." Suara Hani kedengaran jelas di sebelahnya. Zayyan terus menarik tangannya, terkejut.

Matanya terus tertangkap Aisha dan Suraya yang juga berada di barisan yang sama, hanya beberapa langkah darinya. Aisha nampaknya menyedari yang Hani menariknya ke situ. Aisha terus mengalihkan pandangannya dan memandang penyangga lukisan yang besar dan tertutup di depan mereka.

Zayyan menelan air liur. Gadis itu berdiri betul-betul di sebelah Haiqal. Haiqal pula kelihatan sudah bersedia untuk menarik kain yang menutupi lukisan itu.

Beberapa saat kemudian, kain itu dilepaskan dari penyangga dan sebuah lukisan terserlah di sebaliknya. Kedengaran sebuah tepukan gemuruh di belakangnya dan disusuli dengan suara-suara yang menganggumi lukisan tersebut.

Hani yang berada di sebelahnya juga menepuk tangannya.

"Zayyan, tepuk tangan. Walaupun kita tak tahu lukisan ni lukisan apa, tapi kita kena tunjuk yang kita macam tahu." Bisik Hani di sebelahnya. Zayyan mula menepuk tangannya perlahan apabila mendengar kata-kata Hani.

Zayyan agak kecewa. Bukan lukisan itu yang dia harapkan. Dia terus memandang ke belakang dan melihat riak wajah kedua sahabatnya. Mereka juga kelihatan kecewa.

"Haiqal!" Tiba-tiba Hani memanggil Haiqal dan memberi isyarat supaya jejaka itu menghampirinya.

Haiqal berpaling tetapi dia tetap diam di situ. Hani kemudian menolak badan Zayyan dan mula merapati Haiqal. Muka Zayyan dan Aisha menjadi serba salah apabila mereka duduk bersebelahan.

"Haiqal, cuba jelaskan cerita di sebalik lukisan ni. Zayyan nak tahu." Hani memandang Haiqal mengharap. Gadis itu tidak mahu Zayyan lari darinya lagi.

Haiqal memandang Zayyan dan kemudian mengerling sebentar ke wajah Aisha. Dia dapat melihat ketegangan dari pandangan mereka berdua. Aisha kelihatan gelisah dan tidak memandang langsung ke arahnya.

Zayyan menatap lukisan di depannya.

Plat di bawah lukisan itu tertulis sesuatu.

Tilik
by Che Fatima
2006

"This is one of my very dear friend's favourite painting." Haiqal sengaja memulakannnya dengan kata-kata itu sambil memandang wajah Aisha.

"The artist, Che Fatima, is one of the most respected artist in our country. And this painting is her most precious painting from all of her collections" Ucap Haiqal. Matanya memandang tepat ke arah Zayyan.

"The blood tears from the girl's eye symbolizes of her fear and sad emotion. You can see that the artist use more of darker colour to emphasized the mood." Haiqal menerangkan lukisan itu tanpa diminta.

Hani hanya melopong mendengar penjelasan Haiqal. Dia mengangguk beberapa kali seolah faham.

Zayyan pula tidak memberi apa-apa reaksi. Kata-kata Haiqal langsung tidak masuk ke telinga Zayyan. Mata jejaka itu hanya memandang redup ke arah isterinya.

Haiqal yang menyedari pandangan Zayyan, menelan air liur. Dia mula rasa tergugat dengan kehadiran Zayyan.

Haiqal terus berpaling ke arah gadis itu.

"What do you think, Aisha? Do you want to add something? You studied this painting more than i was when we were in New Zealand." Haiqal bertanya.

Zayyan mengecilkan kedua matanya. Sekarang dia faham bagaimana Haiqal mengenali isterinya.

Aisha diam dan menggelengkan kepala.

"It's ok, Aisha. I know you have something to say. We all can wait." Ucap Haiqal seperti mendesak.

Aisha menelan air liur. Beberapa pasang mata tetamu lain juga melihat mereka di situ, seperti mengharapkan penjelasan lanjut darinya.

Gadis itu menatap lukisan yang berada teoat di matanya.

"Actually... the eye is belong to a boy, not a girl." Akhirnya Aisha bersuara. "And the tone emphasized here is not sad, but rage. It was subtle but still noticeable." Sambung gadis itu sambil menatap lukisan tersebut.

"And the red colour of the tears.." Aisha terdiam seketika. "And the red colour of the tears.." Ulang Aisha, tapi dia terhenti lagi. Entah kenapa suaranya seperti tersekat di tekaknya.

Zayyan menarik nafas panjang memandang reaksi Aisha.

Zayyan kemudian bersuara, "The red colour of the tears is actually not because of blood, but it comes from a reflection. Fire reflection. You can see that the artist used mix of bright red and slight of orange there." Ucap Zayyan menyambung kata-kata Aisha.

Aisha terus memandang ke arah Zayyan. Jejaka itu melangkah dan terus berdiri berhadapan dengan gadis itu. Dia menatap mata isterinya sedalam-dalamnya.

"And this is not the artist's most precious painting. Che Fatima's most precious work is called 'RAHASIA'." Sambung Zayyan lagi.

Mereka berdua bungkam beberapa saat.

Haiqal berdehem, terkesima mendengar kata-kata Zayyan. "Wow, you surprised me, Zayyan. If that is true, then why i never heard of it?" Tanya Haiqal menduga.

Pandangan Zayyan tidak berubah.
"Because the painting was never be allowed to be displayed in any exhibition." Jawab Zayyan sambil terus memandang Aisha.

Aisha sedikit tergamam. Dari mana Zayyan tahu informasi itu? Zayyan kelihatan lebih memahami lukisan itu dari dirinya.

Haiqal mengerling ke arah Aisha.

Dia lantas menepuk bahu Zayyan dan tersenyum. "Bagus, Zayyan. Tak sia-sia Hani ajak awak datang. At least i learned something new today. Thanks." Ucap Haiqal sambil menekankan nama Hani di depan Aisha.

Zayyan tersenyum kelat. Hani terus datang ke sebelah jejaka itu sambil tersenyum lebar.

"Kalau awak betul berminat dengan lukisan, awak boleh datang ke galeri ini bila-bila masa. I welcome you with open arms." Sambung Haiqal lagi.

"Thanks Haiqal." Sampuk Hani, teruja. "Nanti kita boleh datang ke sini bila-bila masa, Zayyan." Ucap Hani yang seperti kebudak-budakan. Tangan Zayyan cuba dipeluknya sekali lagi. Zayyan terus mengelak.

Aisha tidak menunjukkan apa-apa reaksi melihat gelagat Hani dengan suaminya yang berlaku di depan matanya sendiri. Wajah dingin gadis itu memandang ke arah Haiqal.

"Haiqal, sorry. Saya perlu ke tandas." Ucap Aisha dan terus berpaling pergi. Suraya di sebelahnya terus mengekori kawannya.

Zayyan hanya memandang langkah Aisha yang semakin hilang dari pandangannya.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now