🌸 BAB 47 🌸

22 2 0
                                    


Keesokan paginya mereka bersedia untuk bersarapan seperti biasa. Aisha membantu Mak Limah di dapur walaupun berkali-kali dihalang oleh wanita itu.

Zayyan pula keluar sebentar untuk mencari kuih-muih untuk disantap nanti. Tangan Aisha cekap menyediakan bahan-bahan mentah untuk dimasak.

"Mak Limah dah lama tinggal kat sini?" Tanya Aisha.

"Eh, Mak Limah bukan tinggal kat sini. Kalau Encik Zayyan balik, baru Mak Limah dan suami akan datang untuk uruskan makan minum Encik Zayyan. Kalau Encik Zayyan tak ada, Mak Limah akan datang tengokkan rumah setiap hari." Balas Mak Limah. Tangan orang tua itu sibuk mengacau air teh.

Aisha mengerutkan dahi. Dia meletakkan kuali di atas dapur dan membuka api.

"Rumah ni bukan rumah Mak Limah ke?" Aisha bertanya lagi.

Mak Limah ketawa, baginya lucu pertanyaan Aisha.

"Manalah Mak Limah mampu nak ada rumah sebesar ni. Encik Zayyan yang upah Mak Limah. Dia kan Tuan Muda rumah ni." Sambung Mak Limah.

Tangan Aisha terhenti seketika. Kemudian dia terus menumis bawang dan menggoreng kuew tiau yang dia sediakan. Rupanya banyak rahsia yang suaminya sembunyikan.

Mak Limah memerhatikan Aisha.

"Tak sangka Puan Aisha pandai masak. Encik Zayyan memang suka makan kuew tiau goreng." Puji Mak Limah.

Aisha tersengih. "Tak payahlah berpuan dengan saya Mak Limah. Panggil Aisha je." Balas Aisha jujur.

"Sebenarnya saya tak pandai masak. Tapi bila saya tahu Encik Zayyan suka makan ni, tiap-tiap hari saya cuba masak sampai kena dengan selera dia." Sambung Aisha, teringat semula masa awal-awal dia cuba memasak kuew tiau goreng untuk Zayyan.

Mak Limah tersenyum mendengar kerendahan hati Aisha. Kata-kata Aisha itu menunjukkan yang gadis itu mengambil berat tentang tuannya.

"Jangan tipu Mak Limah.. Tengok cara Puan Aisha potong tadi pun, Mak Limah tahu yang Puan Aisha dah biasa buat benda macam ni." Balas Mak Limah.

Aisya tersenyum lebar.

"Dari kecil saya hidup tanpa pembantu, Mak Limah. Saya kenalah belajar memasak dan buat semua sendiri." Laju jawapan Aisha.

Mak Limah mengerutkan mukanya mendengar kata-kata Aisha. Bukankah isteri tuannya itu adalah anak seorang datuk? Tapi lesung pipit gadis itu mengingatkannya pada seseorang.

"Ehem..ehem." Tiba-tiba suara Zayyam mencelah dari belakang.

Aisha terus berpaling. Entah sejak bila Zayyan berdiri di belakangnya.

"Awak dah balik? Kuew tiau dah siap. Boleh kita makan." Aisha tersenyum memandang suaminya.

"Jom, Mak Limah. Kita makan sama-sama?" Aisha mengajak wanita itu bersarapan sekali. Tangannya sibuk menceduk kuew tiau masuk ke dalam mangkuk.

"A ah, jom Mak Limah. Panggil Pak Zain sekali." Sampuk Zayyan. Jejaka itu kemudian mengeluarkan pinggan dari rak dapur dan mula mengeluarkan kuih yang dibelinya. Kuih itu disusun di atas pinggan.

"Wahh, ada karipap sardin!" Ucap Aisha, sedikit teruja apabila melihat kuih yang dibeli suaminya.

Zayyan tergelak. " A ah. Merata saya cari karipap sardin ni, tau? Dah favourite isteri, kan. Kena cari jugak." Balas Zayyan.

Aisha ketawa kecil.

Mak Limah di sebelah hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua sambil tersenyum. Jauh di sudut hatinya, Mak Limah bersyukur yang tuannya itu sudah menemui seseorang yang boleh membuatkannya ketawa.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now