🌸 BAB 53 🌸

23 2 0
                                    

Zayyan mematikan enjin kereta apabila kereta sudah diparkirkan di rumah teres mereka. Aisha menarik nafas panjang. Akhirnya mereka pulang kembali ke sini. Zayyan keluar dari kereta dan membuka pintu pagar. Aisha melepaskan tali pinggang keledar dan mula mencari telefonnya.

Mungkin terjatuh ke bawah kerusi kereta. Matanya meliar mencari dan cuba meraba di bawah kerusi. Tidak ada. Tertolak ke belakang kerusi agaknya.

Dia memandang ke belakang dan mula mencari di lantai belakang. Tiba-tiba tangannya terpegang satu plastik kecil. Aisha mencapainya.

Aisha mengerutkan muka. Plastik itu berisi beberapa pil putih. Dia teringat yang dia pernah menelan pil tersebut ketika malam pameran di galeri ayah Haiqal.

Pil itu dia terjumpa di dalam kabinet dapur Zayyan ketika mula-mula pindah ke rumah teres mereka. Dia sengaja mengambil dan menyimpannya apabila melihat plastik ubat itu ditulis untuk sakit kepala.

Kenapa pula pil itu berada di dalam kereta Zayyan? Aisha tidak berfikir lebih lanjut. Pil itu terus dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Pintu kereta di sebelahnya terbuka dan Zayyan berdiri di luar pintu.

"Tak nak keluar lagi ke?" Tanya Zayyan.

"Saya tak jumpa telefon." Cebik Aisha sambil memandang Zayyan manja.

Zayyan tersenyum. Tangan jejaka itu terus membuka dashboard di depan Aisha. Kelihatan telefon Aisha di dalamnya.

"Saya letak kat situ. Tadi awak tertidur, saya takut terjatuh." Ucap Zayyan.

Aisha tersengih dan terus mencapai telefonnya. Dia kemudian terus keluar dari perut kereta dan menuju ke dalam rumah.

**********

Setelah solat Maghrib, Aisha duduk di atas katil untuk mengemaskan beg pakaian mereka.

"Malam ni saya nak keluar jumpa Amir, boleh?" Tanya Zayyan sambil menukar baju melayu yang dipakainya kepada tshirt.

"Malam ni? Awak tak penat ke? Kan baru balik.. Tak boleh tunggu esok?" Tanya Aisha jujur.

"Ada benda penting saya nak bincang dengan Amir. Saya dah minta Suraya datang sini." Balas Zayyan.

Aisha terus tersenyum bila mendengar nama Suraya. Gadis itu terus mengangguk bersetuju. Dia amat merindui sahabat baiknya itu. Banyak yang ingin dia ceritakan.

Zayyan tersenyum.

"Sekejap lagi mungkin Suraya sampai. Awak tak payah tunggu saya. Takut saya balik lambat." Sambung Zayyan dan menghampiri Aisha. Dia mencium dahi isterinya.

"Ok." Balas Aisha ringkas.

"Apa-apa, call saya terus." Ucap Zayyan.

Aisha mengangguk.

Sebentar kemudian, Suraya sampai ke rumah mereka. Aisha dan Suraya kelihatan gembira setelah dua minggu mereka tidak berjumpa. Zayyan terus meninggalkan Aisha bersama Suraya untuk berjumpa Amir.

Sebaik sahaja dia menutup pintu pagar, Zayyan mengeluarkan telefonnya dan mendail seseorang. Kemudian telefon diletakkan di telinganya.

"Salam. Aku dah nak keluar. Tolong tengokkan Cik Aisha. Kalau ada yang pelik, terus telefon aku." Ucap Zayyan.

"Baik, Encik Zayyan." Kedengaran suara Bahar di balik telefon.

Zayyan mematikan telefon.

Dia menarik nafas panjang. Setelah Zayyan mengetahui yang Aisha adalah anak kepada makcik Orked, kini dia semakin percaya yang tidak mungkin bapa mertuanya adalah penyebab kematian arwah abahnya.

Dia cuma perlu tahu kenapa arwah abahnya ingin dia mencari lukisan bunga sakura tersebut.

Zayyan terus memasuki kereta dan memandu laju.

**********

"Kau pergi bulan madu kat mana?" Tanya Suraya sambil matanya menatap televisyen dengan penuh minat. Mulutnya tidak berhenti mengunyah kerepek di depannya.

Aisha tidak menjawab. Matanya juga bulat sambil memandang drama di televisyen. Mulutnya dipenuhi dengan kerepek yang sama.

Dia mengunyah lagi dan kemudian menelannya.

"Aku balik kampung Zayyan. Cantik kampung dia. Kalau kau pergi, mesti kau pun suka." Jawab Aisha tanpa memandang muka Suraya.

"Oo.." Suraya mengangguk. "Jadi betullah kau pergi bulan madu?" Tanya Suraya sambil mengusik.

Aisha terus berhenti mengunyah dan menjeling ke arah Suraya. Dia menggigit bibir geram.

Suraya tergelak kecil.

"Alah, apa nak malu? Kau dengan Zayyan kan memang dah nikah." Sambung Suraya. Dia terus memandang wajah Aisha. "Aku gembira, Aisha. Akhirnya kau dapat kebahagian yang memang kau patut dapat."

Suraya tersenyum memandang Aisha. Aisha membalas senyuman sahabatnya.

"Kau dengan Amir macam mana?" Tanya Aisha kembali.

Riak wajah Suraya terus tersipu malu.

"Macam tu lah." Suraya tersengih. " Tapi malam ni aku gaduh dengan dia. Dia dah janji nak jumpa aku, tapi dia cancel sebab nak jumpa suami kau." Suraya mencebik.

"Zayyan kata ada benda penting dia dan Amir nak bincang. Tentang kerja kot." Jawab Aisha.

"Macam tak boleh bincang esok." Mulut Suraya semakin muncung, masih tidak berpuas hati.

Aisha terdiam sebentar mendengar kata-kata Suraya. Betul juga kata sahabatnya itu. Suaminya kelihatan terburu-buru apabila keluar tadi. Apa yang perlu Zayyan dan Amir ingin bincangkan, sehingga tidak boleh menunggu esok pagi.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now