🌸 BAB 26 🌸

27 2 0
                                    

Zayyan menjeling jam di tangannya. Sudah hampir jam 9.30 malam. Dia tidak pernah pulang selewat itu. Dia mula risau apabila terfikirkan Aisha yang keseorangan di rumah. Entah bagaimana dia boleh tidak sedar waktu berlalu ketika bersama dengan Leman tadi. Mesej whatsapp yang dihantar ke Aisha juga masih belum dibaca gadis itu. Pasti gadis itu masih merajuk dengannya.

Zayyan menggosok rambutnya yang tidak kusut. Gadis ini sentiasa membuatkan emosi dan perasaannya bercampur aduk. Hatinya inginkan Aisha sepenuhnya tapi fikiran warasnya tidak mengizinkanmya.

Zayyan terus membelok masuk ke simpang menuju ke rumahnya. Hatinya sedikit lega apabila terlihat kereta Suraya dari jauh. Kenderaan itu sedang diparkir tepat di depan pagar rumahnya. Bermakna Aisha tidak keseorangan di rumah.

Keretanya terus meluncur dan berhenti di belakang kereta sahabat isterinya. Dia terus mematikan enjin kereta sambil memandang ke arah rumahnya.

Zayyan terpaku seketika apabila melihat Faizal sedang berdiri tepat di luar pintu rumah. Sepupu isterinya itu sedang berdiri rapat dengan Aisha yang sedang berdiri di muka pintu.

Zayyan terus melangkah keluar dari kereta dan menghempaskan pintu kereta. Hatinya mula mendidih. Kenapa Faizal yang sedang berada di halaman rumah mereka? Apa yang Faizal dan Aisha sedang buat waktu malam begini?

Wajah kedua-duanya tercengang dengan kemunculan Zayyan yang tiba-tiba.

Zayyan mengetap bibirnya, di matanya terlihat ketegangan dan api cemburu. Wajahnya mula merona merah, cuba menahan kemarahan yang sedang memenuhi hatinya. Langkahnya menjadi semakin cepat menghampiri mereka berdua.

"Awak." Aisha terus berlari anak ke arah Zayyan dan terus memaut tangan Zayyan. Lelaki itu terhenti. Hati Aisha mula gelisah melihat riak muka suaminya. Dia tidak mahu mereka berdua bergaduh di situ. Tangan Zayyan dipegang erat.

"Awak, jangan salah faham. Dia..dia cuma datang tolong saya. Nanti saya explain." Gementar suara gadis itu kedengaran. Aisha memandang tepat ke mata Zayyan, berharap Zayyan percaya kepadanya. Dia tidak mahu Zayyan salah faham dengan situasi itu. Aisha risau jika jarak hubungan dia dan Zayyan semakin jauh.

Zayyan tersenyum sinis. Perlukah dia percaya? Matanya hanya memandang tepat ke arah Faizal. Faizal hanya berdiri di situ dan memandangnya kembali. Kedua tangan Faizal tersemat kemas di dalam saku seluar. Zayyan merasa muak melihat wajah lelaki itu.

"Awak, please. Percaya saya." Rayu Aisha lembut, soalah-olah memahami persoalan di fikiran Zayyan. Hatinya terasa bimbang apabila melihat senyuman sinis dari bibir Zayyan. Diamnya lelaki itu membuatkan hati Aisha semakin gelisah. Pasti lelaki ini sangsi dengan dirinya. Aisha terus berpaling ke arah Faizal.

"Faizal, awak tolong balik. Lepas ni jangan datang ke sini lagi." Ucap gadis itu tegas. Matanya berharap agar Faizal terus beredar dari situ.

"Kenapa? Kita bukan buat salah pun. Saya cuma datang tolong awak. Buat apa ada suami kalau tak boleh nak tolong isteri." Faizal mengeraskan suaranya sambil membalas senyuman sinis Zayyan. Perlian Faizal membuatkan hati Zayyan menjadi semakin panas.

"Kau balik!" Ucap Zayyan ringkas, tapi tegas. Dia sedaya upaya menahan rasa cemburunya yang sedang meluap.

Faizal hanya tersenyum sinis dan mengerling tajam ke arah Zayyan.

"Kalau kau tak mampu jadi suami yang baik, elok kau lepaskan je Aisha ni. Kalau aku, aku takkan bagi dia tinggal dalam rumah kecik macam ni. Nak jadi suami tapi tak mampu. Macam takde maruah!" Kata-kata Faizal itu terus membakar hati Zayyan. Kali ini kata-kata Faizal betul-betul mencabar kelakiannya.

Zayyan terus menyentap tangannya dari tangan Aisha supaya dilepaskan. Dalam kemarahan yang membuak-buak, dia melangkah pantas menghampiri Faizal.

Tangan kirinya terus merenggut kolar baju Faizal dan tangan kanannya, yang sudah tergenggam kemas, dihayun pantas menuju ke muka Faizal.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now