🌸 BAB 6 🌸

37 2 0
                                    

Aisha melangkah dengan berat hati. Setiap satu langkahnya menaiki anak tangga, semakin dekatlah dia akan sampai ke biliknya. Ini membuatkan hati Aisha semakin berdebar-debar. Kalau boleh dia tak mahu langsung masuk ke dalam biliknya malam ini.

Seperti mamanya cakap tadi, "Bilik Aisha malam ini adalah "Bilik Pengantin." Seram sejuk pula bila difikirnya.

Fikirannya ligat untuk mencari alasan yang akan diberikan kepada Zayyan. Dia belum bersedia untuk apa sahaja yang bakal terjadi pada malam itu. Apa yang perlu dia lakukan? Melarikan diri bukanlah pilihan yang terbaik sekarang ini. Apa kata kalau dia tidur di bilik yang berlainan? Rumahnya kan banyak bilik kat tingkat atas ni. Tapi..apa pula mama dan papanya kata nanti.

Cepat Aisha, fikirkan sesuatu. Eh, senang jerlah. Cakapla jerlah yang dia tengah uzur. Tak boleh solat. Haa kan tiada siapa yang boleh cakap apa-apa nanti.

Aisha tersengih seorang diri. Lega sedikit hatinya. Tanpa dia sedari dia sudah terpacak di depan pintu biliknya.

Tanpa berfikir panjang, pintu biliknya terus dibuka.

Aisha tergamam di depan pintu. Roti di genggaman tangannya kali ini terjatuh ke lantai.

Di depannya berdiri Zayyan yang hanya ditutupi tuala dari pusat ke lutut. Bahagian badan Zayyan yang terdedah kelihatan jelas di mata Aisha. Rambut dan bahu jejaka itu masih sedikit basah dan kelihatan beberapa titisan air mengalir ke dada tegapnya. Nampaknya Zayyan baru sahaja selesai mandi.

Mata Aisha tidak berkedip. Dia terpaku beberapa saat melihat Zayyan.

Zayyan yang tidak menyangka Aisha akan naik secepat itu juga terdiam seketika. Mata mereka bertembung.

Aisha terus tersedar dan dengan pantas menutup pintu bilik. Dia berdiri di luar pintu dengan lidah yang kelu. Mukanya mula kepanasan. Dia menepuk kedua pipinya beberapa kali. Malunyaa. Badan Zayyan masih terbayang di matanya.

"Ishh, kenapa kau tak ketuk dulu, Aisha??" Jerit hatinya. Dia tidak menyangka yang jejaka itu sudah berada dalam biliknya. Dia tidak sedar bila Zayyan menaiki tingkat atas.

Aisha menjadi serba salah.

Zayyan pula menarik nafas panjang apabila Aisha menutup pintu bilik. Dia tahu yang Aisha masih berdiri di luar pintu.

Fikirnya dia sempat memakai baju sebelum Aisha masuk kembali. Dia ingatkan gadis itu ingin berbual lama dengan mamanya di dapur. Zayyan tidak berfikir panjang. Dia menyarung baju dan seluar tidurnya. Rambutnya dikeringkan sekali lagi dengan tuala dan disikat rapi.

Matanya tertangkap kepada bungkusan roti coklat yang berada di lantai. Aisha ke dapur rupanya kerana mencari makanan.

Zayyan mencapai roti tersebut dan terus membuka pintu bilik.

Aisha tergamam apabila pintu dibuka secara tiba-tiba. Dia tidak bergerak dan hanya terpaku di situ. Dia perlu bagi salam ke? Atau haruskah dia terus sahaja masuk ke dalam bilik? Aisha tidak tahu apa yang dia perlu buat dan terkebil-kebil di situ.

Zayyan hanya menatap dingin wajah putih Aisha yang berdiri tegak di depannya. Dia menyedari yang pipi gadis itu agak kemerahan, mungkin kerana malu dengan kejadian tadi.

Dia menghulurkan bungkusan roti ke arah Aisha.

"Masuk." Suara kasar Zayyan itu seperti sebuah arahan. Tiada sedikit senyuman pun yang terukir di bibir jejaka tersebut.

Aisha menyambut roti dari tangan Zayyan. Dia agak terkilan dengan ekspresi wajah suaminya. Gadis itu melangkah masuk ke bilik.

Aisha memerhatikan sahaja gelagat Zayyan dari jauh. Lelaki itu menghamparkan selimut tebal di atas lantai dan meletakkan satu bantal di hujungnya.

"Awak tidur di atas katil, saya akan tidur di sini." Zayyan memandang selimut di lantai.

"Jangan risau, bila balik di rumah saya nanti, kita akan tidur di bilik masing-masing." Ujar Zayyan lagi tanpa melihat wajah Aisha.

Aisha ingin bertanya sesuatu tetapi Zayyan terus baring di tempat tidurnya. Aisha menggigit bibir.

"Ahh ikut suka hati kaulah." Getus hati Aisha.

Dia lantas menuju ke katil dan duduk di situ. Tudungnya tidak dibuka. Rasa pelik pula jika dia tidak bertudung walaupun Zayyan sudah menjadi suaminya.

Dia memandang roti di tangannya. Alamak, lupa pula nak ambil air. Takpelah. Aisha terus membuka bungkusan roti di tangannya dan menggigit roti coklat itu dengan penuh selera.

Perutnya terlalu lapar untuk memikirkan tentang sikap Zayyan terhadapnya.

**********

"Awak.. awak.." Suara lembut itu tenggelam timbul di telinga Zayyan. Mungkin dia sedang bermimpi. Dia memeluk tubuhnya semakin rapat. Dia masih ingin menyambung tidur. Selimut ditarik untuk menutup sebahagian mukanya.

"Awak.." Kali ini terasa bahunya digoyang. Dengan berat, Zayyan membuka kedua matanya.

Wajah Aisha tepat berada di hadapan mukanya. Zayyan secara spontan terus bangun dan bingkas duduk di lantai. Rasa mengantuknya terus hilang.

Aisha yang lengkap bertelekung putih terkebil-kebil melihat gelagat Zayyan.

Zayyan terlupa yang dia berkongsi bilik dengan gadis itu. Dia mengurut-urut dadanya.

"Ya Allah, ingatkan lembaga mana tadi." Detik hati Zayyan. Nasib dia tak menjerit.

"Awak, dah Subuh." Aisha bersuara lagi. "Papa suruh kejut awak."

Zayyan menggosok matanya dan mengangguk berkali-kali. Dia lantas berdiri dan mencapai tuala. Malu pula dia kerana Aisha yang dulu mengejutkannya. Dia terus menuju ke bilik air. Selesai sahaja membasuh muka dan mengambil wuduk, Zayyan terus melangkah keluar. Dia menjeling ke arah Aisha.

Gadis itu sedang duduk di tepi katil dan masih memakai telekung. Tanpa menghiraukan Aisha, dia mencapai sejadah dan bersiap untuk solat. Aisha terus berdiri dan mengikut perbuatan Zayyan. Zayyan kaget melihat tingkah laku isterinya itu.

"Kita solat sama-sama ya? Sekarang ni awak dah jadi imam saya." Aisha dengan selamba menghamparkan sejadah di belakang Zayyan.

Aisha memandang wajah Zayyan yang serba salah. Dia yakin yang Zayyan mampu menjadi imam. Dia pernah berkali-kali menjadi makmum kepada lelaki itu.

Zayyan memejamkan mata. Betul kata Aisha, dia sudah sah menjadi imam kepada gadis yang berdiri di hadapannya.

"Ok." Ringkas jawapan Zayyan.

Untuk pertama kalinya mereka solat berjemaah setelah sah menjadi sepasang suami isteri. Setelah selesai solat Aisha bersalaman dan mengucup tangan suaminya.

"Awak." Aisha mula bersuara. Zayyan hanya diam sambil melipat sejadah.

"Err.. hari ni saya nak keluar jumpa Suraya, boleh?" Aisha ragu-ragu untuk memandang Zayyan.

"Saya tanya awak sebab nanti kalau saya keluar dan awak pula tak tahu, apa kata mama dan papa nanti." Sambung Aisha tanpa menunggu jawapan Zayyan.

Aisha tidak mahu kedua orang tuanya berfikir yang bukan-bukan tentang hubungan dia dan Zayyan.

Zayyan memandang ke arah Aisha. Dia agak terkejut apabila Aisha meminta izinnya untuk keluar. Tingkah laku gadis ini jauh berbeza dengan tingkah lakunya beberapa hari lepas. Bukankah gadis ini yang cuba melarikan diri dari pernikahan mereka? Apa muslihat Aisha kali ini? Zayyan ligat berfikir.

"Ok." Zayyan akhirnya bersuara. Dia mencapai semula tuala dan terus masuk ke bilik air untuk mandi.

Aisha tersenyum kelat. Ok je? Pagi ni hanya perkataan 'ok' yang diucapkan Zayyan terhadapnya.

Berat sungguh mulut lelaki itu, Aisha merungut perlahan. Tak pernah berubah.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now