🌸 BAB 71 🌸

24 1 0
                                    

Haiqal tersenyum sambil menuangkan minyak tanah ke seluruh kawasan galeri. Kali ini dia harus memastikan yang tidak ada ruang untuk Aisha terlepas dari rancangannya sekali lagi.

Dia harus membakar semuanya.

"Sakura.." ucapnya perlahan kegeraman. Rupanya perempuan yang ingin dimilikinya selama ini adalah Sakura.

"Jahanam kau berdua! Jahanam Sakura dan Zayyan!" Jeritnya sekuat hati.

Tubuh orang-orang upahan yang tidak sedarkan diri di atas lantai juga tidak dilepaskan Haiqal. Haiqal terus menuang minyak ke atas tubuh-tubuh yang bergelimpangan itu. Bagi Haiqal, mereka itu sudah tidak berguna lagi.

Setelah habis minyak itu dituang, Haiqal membalingkan tin yang kosong ke tepi. Matanya yang dingin memandang keliling. Bau minyak tanah yang menusuk ke hidung amat menenangkan perasaannya.

Haiqal melangkah keluar dari pintu kaca galeri yang sudah pecah dan menjauhkan dirinya beberapa langkah.

Tangannya diseluk ke saku dan mencari-cari pemetik api.

"Klik." Tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dan sesuatu yang keras diletakkan di belakang kepalanya.

"Jangan bergerak!" Suatu suara lelaki kedengaran. Kemudian seorang lagi lelaki dengan pistol di tangannya datang ke depan Haiqal berdiri. Pistol diangkat dan dihalakan ke arahnya.

"Encik Haiqal, sila keluarkan tangan anda dengan perlahan dan angkat kedua tangan encik ke belakang kepala." Suara polis di belakangnya memintanya tegas.

Haiqal tergelak kecil. Rupanya Zayyan sempat menghubungi pihak polis. Dia mengetap giginya. Dia tidak melihat pun kereta polis di luar tadi.

Pistol yang sedang dituding di belakang kepalanya semakin dirapatkan, memberi isyarat supaya dia mengikut arahan polis tersebut.

Haiqal mengetap bibir. Dia terus mengangkat kedua belakang tangannya dan diletakkan ke belakang kepala.

Polis di belakang Haiqal terus menangkap kedua tangannya dan menggari tangan itu ke belakang.

"Encik Haiqal, anda berhak untuk mendiamkan diri. Apa saja yang anda sebut boleh digunakan untuk mendakwa anda di mahkamah. Anda berhak untuk mendapatkan khidmat peguam. Sekiranya anda tidak mampu, seorang peguam akan dilantik bagi pihak anda." Kata-kata polis itu membuatkan Haiqal ketawa sinis.

Badannya terus dipusing ke belakang. Beberapa langkah di depannya dia melihat beberapa kereta polis yang baru sampai. Di sebalik kegelapan malam itu juga, Haiqal dapat melihat kelibat salah seorang kawan Zayyan berada di sisi seorang polis.

"Kawan saya masih ada di dalam encik." Terdengar suara Leman, kawan Zayyan itu memberitahu pihak polis.

"Jangan risau, Encik Sulaiman. Sudah ada pihat kami yang sudah masuk ke dalam mencari."

***********

Bau minyak tanah yang sangat kuat membuatkan Aisha terus membuka mata. Dia tidak akan sekali-kali lupa bau yang amat menakutkan itu. Bau minyak tanah tersebut terus mengingatkan Aisha tentang kejadian yang berlaku lapan belas tahun yang lalu. Waktu itu, dia juga terkunci di bilik studio seperti ini.

Aisha cuba mengedip-ngedipkan mata supaya pandangannya semakin jelas. Di hadapan matanya dia dapat melihat Zayyan sedang berdiri dan menumbuk seseorang secara bertubi-tubi.

Mata Aisha membulat apabila melihat terdapat titisan darah yang menitik dan mengalir di antara mereka berdua. Lantai yang dipijak oleh suaminya itu mula bertakung dengan cairan merah tersebut.

Aisha tercengang seketika. Dengan sedaya upaya dia berdiri dan melangkah perlahan ke arah suaminya.

"Awak.." Aisha cuba memanggil Zayyan dari belakang. Tapi suaminya tidak membalas.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now