🌸 BAB 27 🌸

28 2 0
                                    

Zayyan meninggalkan rumah dengan perasaan yang berceramuk. Kata-kata Aisha tergiang-ngiang di telinganya. Kali ini dia terlalu mengikutkan hatinya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada Aisha.

Fikirannya tidak dapat ditumpukan ke arah jalan. Dia terus menghalakan keretanya ke tepi jalan dan parkir di situ.

Zayyan termenung kosong. Seketika kemudian, dia meraup raut wajahnya dengan kedua telapak tangan. Saat itu, dia tahu yang dia sudah salah membuat keputusan. Kerana dendam, dia rela mengahwini Aisha walaupun dia tahu yang gadis itu tidak pernah mengenalinya. Dan sekarang gadis itu tersepit antara dia dan dendamnya.

Dan dek kerana tewas dengan perasaan cemburu, hari ini dia bertindak di luar kawalan. Bukan salah Aisha jika gadis itu benar-benar menyukai Faizal. Malah bukan salah Aisha juga jika gadis itu pernah berhubungan dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Dia yang memaksakan dirinya untuk hadir dalam kehidupan gadis itu.

"Selfishnya kau, Zayyan." Getus Zayyan perlahan kepada dirinya sendiri. Haruskah dia melepaskan Aisha sekarang? Dia sedar yang lambat laun perpisahan itu pasti akan terjadi juga.

Zayyan memegang dadanya, terasa berat dan pedihnya perasaannya apabila memikirkan tentang perpisahan yang bakal terjadi antara mereka. Walaupun memang itu jalan terbaik untuk mereka berdua, Zayyan terasa seperti ianya satu beban yang berat dan sangat menganggu emosi dan fikirannya.

**********

Aisha terduduk di lantai apabila Zayyan melangkah keluar dari pintu. Saat itu air matanya terus-menerus mengalir tanpa henti. Sakit hatinya seperti diramas-ramas oleh sesuatu. Dia tidak tahu apa yang dia lebih sedihkan, adakah kerana kata-kata Zayyan, atau kerana harapan antara mereka sudah hilang sama sekali.

Suraya yang hanya bersembunyi di belakang pintu dari tadi, akhirnya keluar dari bilik Aisha. Setiap kata-kata Zayyan terhadap Aisha kedengaran jelas di telinganya tadi. Dia menggigit bibir. Dia tidak mahu mencelah secara tiba-tiba antara mereka berdua. Kini terdetik rasa menyesal di hatinya apabila melihat keadaan sahabatnya itu. Sepatutnya dia terangkan sahaja apa yang sebenarnya berlaku di kelab malam kepada Zayyan tadi.

Dia terus menghampiri Aisha dan memeluk gadis itu. Disebabkan oleh dirinya, Zayyan tersalah menilai Aisha. Sebaknya hatinya melihat sahabat baiknya itu sedang menangis. Mata Suraya mula merah dan basah.

"Maafkan aku, Aisha." Ucap Suraya sambil memandang wajah gadis itu. "Aku akan pastikan yang Zayyan tahu apa yang sebenarnya terjadi di kelab malam tu. Tak adil untuk kau menerima kata-kata macam tu dari Zayyan." Sambung Suraya sambil memeluk bahu Aisha.

Aisha menggelengkan kepala.

"Tak perlu, Suraya." Ucap Aisha membalas kata-kata Suraya.

"Aku rasa itu hanya alasan Zayyan untuk menjauhkan dirinya dari aku. Dia memang tak suka aku dari awal lagi." Suara Aisha semakin sebak apabila jejaka itu terlintas di fikirannya.

"Aku memang bukan pilihan dia. Aku bingung, Suraya. Apa yang jadi antara aku dengan dia? Mungkin, papa paksa dia kahwin dengan aku. Tapi kenapa dia setuju? Kenapa?" Aisha mengelap air matanya.

"Dan kenapa aku yang perlu hilang ingatan?? Aku rasa macam nak gila, Suraya! Kalau dia tak nak aku, kenapa dari awal dia tak lepaskan aku?" Sambung Aisha meluahkan segalanya.

Jika Zayyan tidak suka, kenapa reaksi Zayyan tiap kali bersamanya bertentangan sama sekali. Adakah dia yang salah membaca tingkah laku Zayyan selama ini?

Suraya mendengar sahaja luahan Aisha. Wajah Aisha dipandang tepat.

"Aisha, kau tengok mata aku." Ucap Suraya. "Aku rasa Zayyan cakap macam tu tadi sebab dia cemburukan Faizal. Kau sendiri pernah cerita kat aku kan, yang dia selalu nampak happy kalau pandang muka kau?"

Aisha ketawa sinis mendengar kata-kata Suraya. Zayyan happy? Rupanya hanya dia yang berangan seorang diri.

"Aku yang syok sendiri." Aisha membalas lemah. "Kau tak tahu bagaimana dia pandang aku tadi. Kau tak nampak betapa hinanya aku di mata dia. Cara pandangan dia tadi, sama dengan mata orang-orang yang pernah memandang jijik pada aku sejak aku kecik." Ucapan Aisha diiringi dengan sedu sedan dari bibir gadis itu.

Suraya diam. Pelukannya semakin kuat. Setabah-tabah hati Aisha, hari ni hati sahabatnya itu kalah juga.

Aisha memejamkan matanya, badannya lemah dalam pelukan Suraya. Wajah Zayyan yang memandangnya sinis tidak hilang-hilang juga dari matanya. Aisha seperti ingin menjerit semahunya.

Kenapa Zayyan yang perlu datang dalam hidupnya? Kalaulah lelaki lain yang dia kahwini, pasti hatinya tidak seremuk ini.

**********

"Jadi kau tinggalkan dia seorang diri?" Tanya Amir sambil menghulurkan bantal dan selimut kepada Zayyan.

Zayyan meletakkan bantal dan selimut itu di atas kerusi panjang yang didudukinya.

"Tak, Suraya ada. Kalau tak, aku takkan keluar rumah." Ucap Zayyan sambil mengetuk-ngetukkan bantal, bersedia untuk baring.

Ketika pertengkarannya dengan Aisha, dia tidak teringat langsung tentang keberadaan Suraya di rumahnya. Pasti gadis itu mendengar semua kata-kata yang diucapkannya tadi kepada Aisha.

Amir tersenyum kecil. Mungkin Zayyan tidak sedar, tapi Amir tahu yang sahabatnya itu amat mengambil berat tentang Aisha. Tidak pernah dia lihat Zayyan kelihatan bingung begitu sepanjang persahabatan mereka.

Zayyan menarik nafas berat. Malam ini dia menumpang dahulu di rumah sahabatnya. Dia dan Aisha perlukan masa untuk menenangkan hati masing-masing. Dia juga masih belum memutuskan apa yang dia perlu lalukan selepas ini. Mungkin sekarang Aisha sudah membencinya.

"Dahlah, aku nak tidur. Tak payah tengok aku macam tu." Ucap Zayyan sambil memandang Amir. Kawannya itu hanya tersengih.

"Jap lagi Leman balik, kau jangan lupa tolong bukak pintu. Nanti tidur mati pulak." Ucap Amir. "Aku pun nak masuk tidur ni. Assalamualaikum." Sengih Amir tidak berhenti.

"Hmm.." balas Zayyan, malas melayan karenah Amir. Dia memejamkan mata. Sekilas pandangan mata Aisha yang berkaca muncul di fikirannya. Zayyan mengeluh lagi. Dia yang menyebabkan Aisha menitiskan air mata.

Dia memicit-micit dahinya. Bayangan wajah Aisha di fikirannya pasti tidak akan hilang malam ini.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now