🌸 BAB 55 🌸

21 1 0
                                    

Di dalam bilik hotel itu, kelihatan Haiqal yang hanya memakai tuala, duduk di tepi katil. Lelaki itu menyalakan sebatang rokok di jarinya dan mula menghisapnya perlahan.

Seorang wanita muda kelihatan sedang terbaring di sebalik selimut di atas katil. Wanita itu sedang tidur nyenyak.

Seketika kemudian, pintu biliknya di ketuk kuat. Haiqal tidak memperdulikannya.

Pintu itu diketuk berkali-kali, semakin lama semakin kuat.

"Haiqal!" Suara Maria kedengaran sayup dari luar pintu.

"Haiqall!! Baik kau buka pintu ni. Kalau tak aku akan terus menjerit kat sini!!" Lantang suara Maria kedengaran di telinganya.

Haiqal menarik nafas. Dia bingkas dari katil. Batang rokok dimatikan dalam bekas atas meja.

Dia menuju ke pintu dan membukanya.

Maria terpacak di depan pintu dengan mata membulat. Wajah gadis itu seperti marahkan sesuatu.

Haiqal menarik tangan Maria masuk ke dalam bilik. Dia terus menutup pintu.

"Kau jangan buat bisinglah." Cakap Haiqal tenang, kemudian mula menuju semula ke katil.

"Eh Haiqal. Kalau kau tak buat perangai, aku takkan bisinglah!" Ucap Maria. Dia terus menghampiri wanita yang terbaring tadi dan terus membuka selimut.

Wanita yang baru terjaga dari tidur itu terkejut apabila melihat Maria di depannya dan terus terduduk. Mata Maria terbeliak apabila melihat wanita muda itu hanya separuh berpakaian.

"Bibik! Kau balik sekarang!! Aku akan report kau kat uncle Muzaffar. Biar dia pecat kau!" Jerit Maria kepada bibik muda itu. Wanita yang dipanggil bibik itu mula kelam kabut bangun dan mencari bajunya. Dia memakainya pantas.

Maria menarik tangan wanita itu dan terus membuka pintu. Wanita itu ditolak kasar keluar dari bilik hotel. Haiqal datang menghampiri mereka dan menghulurkan satu beg tangan.

Maria mengambil beg tangan tersebut dan dihempaskan ke kaki wanita tersebut. Kemudian Maria menutup pintu bilik itu dengan kuat.

Maria terus berpaling ke arah Haiqal. Dia merembat sehelai baju di atas lantai dan menghulurkan ke arah Haiqal. Maria memerhatikan Haiqal memakai baju sambil mencekak pinggang.

"Haiqal, berapa kali aku cakap, supaya kau jangan kacau keluarga aku?? Apa yang kau buat ni, boleh jatuhkan nama family aku. Kalau kau nak Aisha, kau kacau je Aisha tu sorang!" Ucap Maria dalam kegeraman.

Haiqal cuma tersenyum sinis memandang Maria. Dia kemudian mengambil sesuatu dari atas kerusi dan menghulurkan ke Maria.

Maria tergamam apabila melihat tiub lukisan berwarna hitam di tangan Haiqal. Dia terus mencapainya dan membuka lukisan itu.

"Kau tahu tak yang Zayyan dah curi lukisan pendua bunga Sakura tu? Ini aku ambil dari bengkel kawan dia." Ucap Haiqal.

"Yang ada dalam peti besi Muzaffar selama sebulan dua ni hanya copy yang ditukarkan oleh Zayyan." Sambung Haiqal.

Maria menarik nafas panjang.

"Yang Zayyan curi tu hanya pendua. Pen.. du..a!" Jerit Maria kegeraman.

"Yang original dah terbakar, Haiqal! Dah terbakar! Dah lenyap!! Benda ni dah lapan belas tahun berlalu. Kenapa kau masih obses dengan lukisan ni???" Tanya Maria.

Maria menyambung, "Uncle Muzaffar dah banyak kali cakap kat aku. Dia hanya kebetulan jumpa lukisan ni dengan seorang pelukis. Masa dia beli lukisan ni, dia tertarik kerana lukisan ni kelihatan sama dengan original! Rupa-rupanya yang ni hanya pendua!" Ucap Maria sambil merengus.

"Haiqal, kau sendiri pun pernah cakap, kau sangat yakin yang lukisan ni hanya pendua. Kau dah lupa ke kata-kata kau??"

Haiqal mengerling ke arah Maria. Dia tahu kata-kata Maria ada kebenarannya. Tapi dia masih bimbang.

"Kenapa?" Maria bertanya sinis. "Kau risau jika lukisan original tu masih ada, maksudnya pemilik lukisan tu pun masih ada??"

Mata Haiqal terus menjadi kemerahan dan memandang Maria tajam.

"Kau nak cekik aku lagi? Cekiklah!" Balas Maria sambil membalas pandangan Haiqal.

Maria membaling lukisan dan tiub hitam itu ke atas katil. Kemudian dia mendekati Haiqal dan berdiri tepat di depan lelaki itu.

"Kau jadi obses semula, selepas terlihat Aisha dengan lukisan pendua ni di New Zealand. Tapi kau jangan lupa, semua benda dah terkubur dalam kebakaran tu, Haiqal." Ucap Maria jelas di telinga Haiqal.

Maria kemudian berpaling dan terus menarik nafas panjang. "Aku dah tak nak fikir pasal ni. Aku dah tak nak ditarik oleh kegilaan kau."

Haiqal diam.

"Kau jangan kacau lagi pekerja dalam keluarga aku. Dah tidak ada rahsia dalam rumah tu yang kau nak cari." Sambung Maria sambil melangkah untuk keluar.

"Aku dah jumpa rahsia Zayyan." Ucap Haiqal pantas. "Rahsia yang boleh membuatkan hati Aisha berubah."

Maria berpaling semula memandang wajah Haiqal.

"Bibik muda kau tu bukan pandai atas katil saja." Sambung Haiqal sambil mengerling ke Maria. "Banyak rahsia yang dia tahu, tapi dia tak bagitahu kat kau, Maria."

Maria diam, tidak berkata apa-apa.

"As i said, don't drag me between you and Zayyan. Just do whatever you want to do to him and Aisha." Balas Maria.

"Bukan ke Aisha ahli keluarga kau juga?" Tanya Haiqal.

Maria tersenyum sinis. "No, i have nothing to do with that woman. Aku pun tak tahu mak kandung dia siapa. Bagi aku, dia tetap anak pungut!" Balas Maria lagi. Dia terus melangkah keluar dari bilik hotel itu sambil merengus.

Haiqal tersenyum sinis. Dia kemudian menelan air liur.

Deringan telefon bimbitnya di atas meja membuatkannya berpaling. Haiqal terus menghampiri meja dan mencapainya.

"Hello?" Haiqal menjawab.

"Tugas dah selesai. Kami dah buat ianya seperti kejadian rompakan." Suatu suara kedengaran di hujung telefon.

"Ada yang mati?" Tanya Haiqal mendatar.

"Tidak ada."

Haiqal terus mematikan telefon dan tersenyum puas. Matanya mengerling ke arah lukisan di atas katil.

Sahabat Zayyan tersalah langkah kerana cuba menyiasat galeri ayahnya. Dalam masa yang sama, dia berasa puas kerana dapat bermain dengan emosi Zayyan.

Cuma apa yang mengganggu fikiran Haiqal sekarang, apakah tujuan Zayyan sehingga jejaka itu berusaha mencuri lukisan pendua tersebut?

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now