🌸 BAB 11 🌸

30 2 0
                                    

Aisha menyusun jambangan bunga di belakang kereta. Hanya ada dua lagi tempat yang perlu dihantar. Dia perlu selesaikan penghantaran pada minggu ini sebelum dia menutup kedai buat sementara waktu.

Dirinya perlukan masa untuk belajar semula selok belok perniagaannya sendiri. Pening kepalanya apabila dia cuba membuka semula operasi kedai bunganya. Dengan adanya servis pesanan secara talian membuatkannya semakin keliru.

Semua ini benda baru baginya.

Nasib baik ada Suraya. Satu persatu urusan di kedai diajarnya semula. Kalaulah kawan baiknya itu tidak ada, boleh jadi tunggang langgang hidupnya sekarang.

"Lepas hantar bunga ni kita baliklah." Ucap Aisha sambil menutup pintu kereta.

Suraya menggangguk. Tersenyum dia melihat wajah sahabatnya yang kepenatan. Tapi Aisha tidak merungut. Dia tahu gadis itu cekal dan rajin orangnya.

Apabila selesai, Suraya terus menghantarnya ke rumah.

"Thanks Su. Jumpa esok." Aisha tersenyum dan keluar dari kereta.

"Ok. Tu jangan lupa baju dan maggi kau kat belakang." Ucap Suraya mengingatkan sahabatnya.

Aisha mengangguk. Sebelum beredar dia mengambil dua kantung plastik dari belakang kereta.

Suraya menyedari yang Aisha akan membawa baju kotornya ke kedai dobi dalam dua kali seminggu. Tertanya juga Suraya, miskin sangat ke Zayyan, sampai mesin basuh pun tidak ada di rumah baru mereka. Tapi Suraya tidak pernah bertanya. Hal suami isteri tidak perlu dia masuk campur.

Setelah Suraya beredar, Aisha membuka kunci pagar dan terus menuju ke dalam rumah. Pintu rumah terus dikunci sejurus sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu.

"Kereta siapa tu?" Tiba-tiba suara kasar di belakangnya membuatkannya langkahnya berhenti secara tiba-tiba.

Allah, mata Aisha terpaku ke bayangan tubuh yang sedang duduk di sofa. Zayyan!

Lelaki itu tidak memandangnya. Matanya hanya terpaku di depan komputer riba di depannya.

Aisha bingung seketika. Dijeling jam ditangannya. Pukul 9.00 malam. Biasanya Zayyan sudah terperuk di bilik pada jam sebegitu. Zayyan menunggu dia pulang ke?

"Assalamualaikum." Balas Aisha tanpa menjawab soalan Zayyan.

Dia agak penat hari ini. Dalam fikirannya hanya terbayang katil dan bantal.

"Waalaikumussalam." Jawab Zayyan pantas.

"Kereta siapa tu?" Zayyan mengulang lagi suaranya. Sudah satu jam lebih dia menanti Aisha pulang di ruang tamu.

Aisha menarik nafas panjang. Zayyan pun tahu yang dia menumpang kereta Suraya selama ini. Kenapa perlu ditanya lagi.

"Kereta Suraya la awak. Kenapa tiba-tiba awak tanya pulak ni." Ucap Aisha. Keliru kenapa tiba-tiba malam ini Zayyan bertanya begitu.

Zayyan menjeling ke arah Aisha. Dia diam mendengar jawapan gadis di depannya itu. Di dalam hatinya, dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan gadis itu.

Aisha menjadi serba salah. Kenapa pula Zayyan memandangnya seperti singa? Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Zayyan kemudian terpandang kedua plastik yang dibimbit oleh Aisha. Zayyan menarik nafas panjang apabila melihat bayangan di sebalik salah satu plastik tersebut. Mee segera lagi.

Zayyan bingkas bangun dan menghampiri Aisha. Gadis itu kaget apabila Zayyan berdiri tepat di depannya. Aisha dapat merasakan degupan jantungnya semakin pantas.

"Kenapa awak suka makan benda macam ni? Sebelum balik tadi awak tak makan dulu ke?" Tanya Zayyan sambil memandang plastik yang berisi mee segera tersebut.

Aisha terdiam sebentar. Fikirannya mula ligat. Ahh.. pelik pula perangai Zayyan malam ni. Banyak pula pertanyaan lelaki itu terhadapnya. Baru sekejap tadi dia dingin, sekarang macam ambil berat pula.

"Saya dah makan tadi. Ini bekal saya tengah malam sambil buat kerja, kot-kot lapar sangat. Takkan nak keluar cari makanan malam-malam buta." Ucap Aisha jujur.

"Tapi kerap sangat awak makan maggi ni. Kenapa tak bungkus makanan je? Kan saya dah bagi duit belanja untuk awak?" Zayyan lantas mencapai kedua plastik di tangan Aisha.

Spontan, Zayyan mengeluarkan barang dari plastik kedua, ingin tahu apa lagi yang dibeli gadis itu.

"Ehh jangan tengok! Itu baju saya dari dobi..." Aisha agak terkejut dan cuba menghalang tindakan lelaki itu tapi sudah terlambat.

Zayyan menelan air liur. Terdapat beberapa helai pakaian dalam wanita dikeluarkan dari plastik tersebut. Dan kini pakaian dalam tersebut di dalam genggaman tangannya sendiri. Dia kaget dan tidak dapat bereaksi beberapa seketika.

Aisha mengetap bibir. Dia terus menarik pakaiannya dari tangan Zayyan, tapi malangnya pakaian dalamnya itu jatuh bertaburan ke lantai. Aduii malunya dia dengan lelaki itu.

Zayyan yang terpaku juga mula merasakan pipinya mulai panas. Matanya terkebil-kebil melihat ada pakaian dalam isterinya terjatuh di kakinya. Seketika kemudian, Zayyan terus mengutip semula pakaian dalam itu dan terus dimasukkan semula ke dalam plastik. Terus dihulurkan kembali kedua plastik itu ke Aisha.

Aisha mencapai segera plastik yang berada di tangan Zayyan. Terus diikat kedua plastik itu dengan ketat.

"Sorry.." Zayyan akhirnya bersuara.

"Sorry, saya tak patut cek plastik tu tanpa kebenaran awak." Ucap Zayyan lagi dengan suara yang serba salah.

"Saya.." Zayyan cuba menyusun kata-kata.

Kenapalah gatal sangat tangannya untuk memeriksa plastik di tangan Aisha. Tidak pernah lagi dia bertindak melulu begitu. Terus rasa sangsinya tadi hilang entah ke mana. Rasa malu pula yang penuh menguasai dirinya sekarang.

"Err.. takpe." Aisha tersenyum kelat. Dia juga tidak tahu ingin berkata apa.

Dia dapat merasakan yang pipinya merah kepanasan. Susah payah selama ini dia mencuci semua pakaian dalamnya di dobi. Dia berbuat begitu kerana malu untuk mencucinya di rumah. Malu jika lelaki itu melihat pakaian dalamnya tergantung di ampaian.

"Saya.. saya masuk bilik dulu." Ucap Aisha dan cuba mengelak dari bertentangan mata dengan Zayyan. Dia bergegas ingin masuk ke bilik tidurnya. Rasa malunya masih tidak hilang.

"Eh nanti.." Tangan Zayyan memaut tangan kiri Aisha membuatkan gadis itu berhenti.

Jari jemari mereka bertaut beberapa saat.

Secara tiba-tiba satu imbasan seolah bayangan muncul di depan mata Aisha.

"Kau kena kahwin dengan Zayyan. Kali ini kau kena dengar cakap papa." Suara tegas papanya kedengaran jelas di telinganya. Wajah papanya juga terlintas di matanya sambil memandang tajam ke arahnya.

Aisha terkejut. Dengan pantas dia menarik tangannya dari pegangan tangan Zayyan. Kenapa tiba-tiba wajah papa muncul di depan matanya?

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now