🌸BAB 50 🌸

28 2 0
                                    

"Apa pandangan kamu tentang lukisan ni?" Tok Ma membuka tirai merah itu seluasnya.

Aisha menatap lukisan besar di depannya dan terus tergamam. Bibirnya kelu tanpa berkata apa-apa.

Lukisan itu menggambarkan seorang wanita muda yang sedang duduk. Dia sedang memegang seorang kanak-kanak perempuan di atas ribanya. Kanak-kanak itu mungkin berusia dalam lima hingga ke enam tahun.

Aisha cuma bungkam tanpa reaksi.

"Aisha?" Zayyan memanggil nama isterinya apabila isterinya itu tidak menjawab soalan Tok Ma.

Aisha mengedip-ngedipkan matanya.

"Siapa.. siapa perempuan muda dalam lukisan tu?" Tanya Aisha dengan suara yang tersekat.

Zayyan memandang Tok Ma.

"Kenapa kamu bertanya begitu? Mungkin sahaja wanita dalam lukisan ini tidak wujud. Mungkin dia hanya satu watak sahaja dalam lukisan ini." Jawab Tok Ma.

Aisha terdiam mendengar jawapan Tok Ma. Kedua tangannya digenggam erat.

Zayyan melihat wajah Aisha yang masih membisu.

"Perempuan dalam lukisan tu bekas anak murid kesayangan Tok Ma. Dia juga kawan baik kepada arwah ibu saya. Mereka sama-sama belajar dengan Tok Ma." Ucap Zayyan sambil memandang Aisha. Dia tidak ingin isterinya itu keliru.

"Zayyan!" Ucap Tok Ma sambil memandang wajah Zayyan tajam, memberikan isyarat supaya jejaka itu berhenti bercakap.

"Kalau Tok Ma tak nak terangkan cerita di sebalik lukisan ni, kenapa Tok Ma tunjuk kat Aisha?" Tanya Zayyan tenang, sambil memandang Tok Ma.

Aisha memegang tangan Zayyan.

"Maaf Tok Ma, saya rasa saya tak layak untuk bagi pendapat tentang lukisan ini." Balas Aisha lembut. "Boleh saya minta izin ke bilik air?" Sambung Aisha lagi seolah-olah mengelak. Dia terus berpusing untuk melangkah keluar.

Tok Ma terus bersuara."Nama dia Orked. Wanita muda dalam lukisan tu nama dia Orked."

Kaki Aisha terhenti.

Tok Ma kemudian diam. Dia menyedari perubahan wajah Aisha yang ketara apabila lukisan itu dibuka. Tok Ma mula mengesyaki ada sesuatu yang Aisha sembunyikan. Orang tua itu menghampiri Aisha yang sedang membelakanginya.

Zayyan menjadi keliru melihat gelagat Tok Ma dan isterinya.

"Budak perempuan di atas riba Orked tu, adalah anak dia yang bernama Sakura. Tapi sayangnya kedua-dua mereka sudah tiada. Mereka terlibat dalam satu kebakaran yang juga meragut nyawa ibu Zayyan." Sambung Tok Ma lagi.

Aisha memandang Zayyan di sebelahnya. Matanya kelihatan sayu. Zayyan memegang tangan isterinya erat.

"Cuma dengan lukisan ini aku boleh kenang mereka berdua. Walaupun aku tak pernah jumpa anak Orked, tapi gambar foto yang Orked hantar kepada aku, masih aku simpan rapi." Tok Ma cuba menarik lebih perhatian dari Aisha.

Aisha berpaling ke arah Tok Ma. Matanya yang ingin berkaca ditahan sesungguhnya.

Tok Ma terpegun melihat mata Aisha yang makin basah. Wajah gadis itu sekarang saling tak tumpah dengan wajah Orked yang sentiasa dalam ingatannya.

"Sakura?" Tok Ma memanggil Aisha.

Akhirnya air mata Aisha jatuh ke pipi bila mendengar panggilan Tok Ma. Sudah lama dia tidak mendengar seseorang memanggilnya dengan nama Sakura.

"Tok Ma.." Akhirnya Aisha memanggil wanita itu dengan suara yang sebak. "Jadi selama ni, cikgu Tima yang arwah ibu saya sentiasa sebut-sebut, adalah Tok Ma?"

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now