🌸 BAB 59 🌸

15 1 0
                                    

Sekretari Haiqal membuka pintu pejabat di depannya. Aisha melangkah masuk, lalu pintu di belakangnya terus ditutup semula.

Kelihatan Haiqal sedang berdiri di depan meja dan menghadap ke arah luar. Lelaki itu terus berpaling dan menghadiahkan sebuah senyuman.

Aisha tersenyum kembali sambil berjalan menghampiri Haiqal.

"Hai, Aisha. Maafkan saya sebab minta awak ke sini. Ada beberapa urusan yang saya perlu selesaikan hari ini di pejabat" Ucap Haiqal.

"Tak apa, Haiqal. Lagipun saya tidak ada urusan hari ni." Balas Aisha.

"Awak datang seorang? Suraya mana?" Tanya Haiqal walaupun di hatinya, dia cuma mengharap Aisha datang keseorangan.

Aisha menggeleng.

"Suami saya ada di luar." Jawab Aisha.

Haiqal terhenti sebentar mendengar jawapan Aisha. Dia cuba menyembunyikan riak wajahnya.

"Jom kita duduk dulu." Haiqal mempelawa Aisha duduk di sofa di tengah ruangan pejabatnya.

Aisha terus melangkah dan melabuhkan punggungnya. Haiqal mengikuti Aisha dan duduk menghadap gadis itu.

Dalam masa yang sama, sekretari Haiqal membawa sedulang teh dan dihidangkan di atas meja. Aisha hanya memandang apabila sekretari itu berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Kebakaran di kedai awak macam mana? Maafkan saya sebab tak sempat melawat awak kat hospital tempoh hari." Ucap Haiqal setelah menghirup teh di depannya.

"Alhamdulillah saya dah ok. Siapa yang beritahu awak pasal kedai saya?" Tanya Aisha kehairanan. "Suraya ke?"

Dia sedikit kaget mendengar pertanyaan Aisha. Haiqal terus mengangguk.

"Bila awak akan balik New Zealand?" Tanya Aisha lagi selepas melihat anggukan Haiqal.

"Esok." Haiqal memandang wajah Aisha.

Haiqal kemudian menarik nafas.

"Aisha, saya datang awak ke sini sebab saya ingin memberitahu awak sesuatu." Ucap Haiqal berterus-terang. Nada suara Haiqal menjadi lebih serius.

Aisha memandang Haiqal tanpa berkedip.

"Saya harap setelah saya bagitahu awak, awak tidak salah anggap dengan tujuan saya. Saya rasa saya bertanggungjawab untuk melindungi awak kerana kita sudah lama berkawan baik." Sambung Haiqal.

Aisha tersenyum kelat. "Melindungi saya? Lindung dari siapa?" Tanya Aisha, tertanya-tanya.

"Maafkan saya, Aisha. Saya terpaksa bagitahu awak walaupun saya tahu, berita ini pasti menghancurkan hati awak." Ucap Haiqal tanpa menjawab persoalan Aisha.

Haiqal kemudian bingkas bangun dan menuju ke mejanya. Aisha yang terpinga-pinga hanya terdiam di sofa. Haiqal mengeluarkan sesuatu dari dalam laci dan menuju semula ke arah Aisha.

Aisha menelan air liur apabila terpandang Haiqal memegang satu tiub lukisan hitam. Haiqal duduk semula dan tiub itu dihulurkan tepat ke arahnya.

Aisha tidak terus menyambutnya.

Selepas beberapa ketika, tiub itu masih tidak disambut oleh Aisha. Haiqal menarik nafas panjang. Dia membuka tiub tersebut dan mengeluarkan lukisan di dalamnya. Kemudian, dia membentangkan lukisan itu di depan meja.

Aisha bungkam apabila melihat lukisan bunga sakura yang amat dikenalinya itu. Bagaimana lukisan ini jatuh ke tangan Haiqal? Adakah Haiqal yang mencuri dan menukarnya?

"Awak kenal lukisan ini, Aisha? Lukisan ini yang awak tak benarkan saya pamer di galeri selama ni." Ucap Haiqal.

Muka Aisha tidak bereaksi.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now